Pages

Mar 31, 2013

Cinta Di Langit Gaza

Assalamualaikum wbt.



Penulis :Riduan Mohamad Nor
Harga : RM20.00
 
Petikan daripada buku ini....

Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa para pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya.

Buku ini diletakkan tajuk 'cinta Di Langit Gaza', bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra' itu meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al-Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup di bawah syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga untuk berbahagi dengan anda semua.


TERUSKAN MEMBACA...
 








Mar 9, 2013

Mangsa

Assalamualaikum wbt.



Akhir-akhir ini, saya rasakan yang saya terlalu sibuk pada dunia. Timbul rasa 'tak selesa' dengan perasaan yang menjengah diri.

Terlalu sibuk itu dan ini hinggakan ada yang menjadi mangsa. Mangsa yang tak sepatutnya menjadi mangsa keadaan. Setiap detik yang berlalu, hari berganti hari, minggu dan bulan, rupanya ada yang telah menjadi mangsa.

Dan hari semalam, saya rasakan tekanan ini memuncak. Rasa bersalah pada yang telah menjadi mangsa.

Solat
Kadang terkejar-kejar
Kadang bukan di awal waktu
Kadang dalam keadaan letih 
Dan, hati mula lah tidak hadir sepenuhnya di kala solat.

Mengaji  Al-Quran & Mentadabbur
Kadang mengaji tak konsisten
Masih terkejar-kejar

Ya, saya sangat rasa bersalah pada sesuatu yang tak sepatutnya menjadi mangsa telah menjadi mangsa.
Harapnya, saya dapat 'improve' dan lenyapkan rasa bersalah ini.

InsyaAllah.

****************************************************************

P:S - Al-Fatihah buat Arwah Ustaz Rujhan Hj Razali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam, Jumaat. Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang2 yang beriman.
  


*Pertama kali saya mengenali Arwah Ustaz ketika Tingkatan 5. Pada masa itu Ustaz telah menyampaikan tazkirah di surau sekolah. Beliau seorang yang sangat hebat dalam berdakwah.
MasyaAllah wa tabarakallah.