Pages

May 29, 2012

Idola Muslimah

Assalamualaikum wbt.


Inginku menjadi seperti Siti Aminah binti Abdul Wahab...
Begitu kental emosinya setelah pemergian suami tercinta, Abdullah bin Abdul Mutalib.
Mengasuh dan mendidik junjungan mulia Nabi Muhammad saw khatimul anbiya'.

Inginku menjadi seperti Siti Khadijah binti Khuwailid...
Kekayaan dan kejayaan dalam perniagaan tidak menghalang beliau bersifat dermawan
Tetap setia memberi kekuatan kepadasuami tercinta, Rasulullah saw saat menerima wahyu pertama dan setia di sisi saat Rasulullah ditentang hebat Musyrikin Quraisy

Inginku menjadi seperti Siti Aisyah binti Abu Bakar...
Ketajaman akalnya sungguh bermakna untuk Islam
Masakan tidak, bijak merawi bait-bait hadith Rasulullah saw
Humaira panggilan suami tercinta buatnya

Inginku menjadi seperti Siti Hajar...
Seorang yang asalnya hamba, Taat pada perintah Allah tidak berbelah bagi
Ditinggalkan di Mekah bersama Nabi Ismail a.s namun tidak mengeluh kepada suaminya Nabi Ibrahim
Tetap atas pasak yang kukuh menuruti perintah Yang Maha Esa

Inginku menjadi seperti Siti Sarah...
Banyak berkorban demi suami tercinta
Doa yang tidak putus-putus kepada sebenar-benar pemberi rezeki hingga dimakbulkan
Dikurniakan seorang anak benama Ishak yang juga seorang Nabi

Inginku menjadi seperti Fatimah Az-zahra binti Muhammad...
Sifat tawadhuknya amatlah disenangi walaupun anak seorang Nabi
Seorang yang sangat bersederhana hinggakan menjual barangan peribadi untuk membeli makanan
Amat disayangi bapa dan ibunya, menjadi suri di hati Ali kwjh

Inginku menjadi seperti Siti Zulaikha...
Seorang yang jelita
Mengutamakan cinta Allah mengatasi makhluk
Mengubah cinta nafsu kepada cinta berpaksikan Allah

Inginku menjadi seperti Asma' binti Abu Bakar...
Srikandi agung terpahat tatkala Hijrah
Isteri yang sungguh setia kepada suaminya,
Tidak berkahwin biarpun suaminya pergi dahulu menghadap Ilahi
Berhijrah ketika sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair
Ibu yang kental berjuang lagi dermawan

Inginku menjadi seperti Asiah Binti Muzahin...
Istana yang indah tidak melunturkan keimanannya kepada Allah
Isteri yang berani menegakkan kebenaran walaupun berhadapan suaminya
Walaupun diseksa jasadnya, namun imannya tetap utuh

Inginku menjadi seperti Siti Rahmah...
Setia menerima Nabi Ayub dalam senang dan susah
Tatkala semua insan menjauhkan diri, beliau tetap menjaga Nabi Ayub siang dan malam tanpa keluh kesah
Hinggakan sanggup mendukung suaminya yang tidak berdaya bangun lantaran penyakit yang semakin kritikal
Itulah ujian yang digambarkan olehnya sebagai peluang merebut ganjaran akhirat

Inginku menjadi seperti mereka semua....
Tamakkah daku??


Miliki buku 10 Tokoh Idola Muslimah.
Menyemarakkan semangat kita sebagai muslimah





Nota 1 : Lagi 52 hari nak Ramadhan..(^__^)


May 27, 2012

Allah Mengangkat Ilmu Daripada Bumi

Assalamualaikum wbt.

عن عبدالله بن عمرو بن العاص:
قالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول: إِنَّ الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا
(متفق عليه)
Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain.
(Muttafaq ‘Alaih = HR Bukhari dan Muslim)

May 23, 2012

Cikgu Bahasa Inggeris Mesti Berpakaian Ikut Gaya Barat?

Assalamualaikum wbt.




Pengalaman ini diceritakan kepada saya oleh seorang kawan semasa di Sabah dahulu. Sahabat saya ini, sebelum memasuki salah sebuah universiti di Semenanjung, beliau mengambil STPM. Semasa di sekolah menengah, beliau sangat disayangi oleh beberapa orang guru bahasa Inggeris di sekolahnya kerana beliau sangat menyerlah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Selepas tamat STPM, beliau menyambung pengajian dalam bidang TESL di universiti. Rezeki beliau untuk menjadi pendidik telah tersurat. Semasa KPLI, usai praktikal, sahabat saya ini pergi semula ke sekolah untuk melawat guru-guru yang amat dirinduinya(luahan beliau kepada saya).

Sahabat saya ini sudah berhijrah memakai tudung labuh seperti seorang ustazah. MasyaAllah!. Dalam kerinduan yang amat sangat kepada guru-gurunya, beliau dengan penuh harapan pergi ke sekolah untuk bertanya khabar kepada guru-gurunya. Ada antara mereka yang menyambut baik kedatangannya.

Namun, yang amat menyedihkannya, seorang guru Bahasa Inggeris yang amat disayanginya telah memandang serong kepadanya.

Antara kata-katanya ialah, "Kita ni, jika jadi cikgu Bahasa Inggeris, tak boleh nampak sangat taksub pada agama".

Terkejut.

Hancur hati sahabat saya ini. Beliau berkata kepada saya, bahasa Inggeris hanya bahasa. Bahasa untuk memudahkan urusan dunia. Tak perlu menukar cara berpakaian, cara hidup dan segalanya menjadi "orang putih". (insyaalllah, akan saya ingat nasihatnya hingga ke akhir hayat).

Walaupun beliau sangat sayang akan gurunya, namun dia berlepas diri daripada "nasihat" gurunya itu.
Beliau mendoakan agar gurunya mendapat taufik & hidayah daripada Allah swt.

Walaupun kita mengajar apa pun subjek, walaupun kita digelar teacher di sekolah, tak salah menjadi teacher yang islamik, teacher yang memahamkan murid bahawa bahasa Inggeris hanyalah salah satu daripada ilmu Allah swt. Kita belajar bahasa Inggeris, bukan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang barat atau pegangan hidup orang kafir laknatullah.

Kita belajar bahasa Inggeris untuk memudahkan urusan kehidupan kita.

Satu perkara penting yang mesti diingat, dalam syurga nanti, penghuninya bukan bertutur dalam bahasa Inggeris, tapi bahasa Arab.

Tak perlulah seorang cikgu bahasa Inggeris berpakaian seksi dan mendedahkan aurat.

Ada baiknya kita mulakan kelas dengan ucapan "Assalamualaikum" sebelum ucapan "good morning'.

Ada baiknya kita menjadi ketua kepada murid2 membaca doa penerang hati sebelum kita mulakan kelas Bahasa Inggeris.


Sebaik-baik guru ialah seorang yang berpegang teguh pada agama, mantap akidahnya dan berupaya mengajak muridnya mendekatkan diri kepada Allah swt.

Allahu a'lam. 














Adab Orang Yang Alim

Assalamualaikum wbt.

Ini sambungan daripada entry sebelum ini yang bertajuk Adab Penuntut Ilmu. Jika seorang yang menuntut ilmu ada adabnya, apatah pula gurunya / orang yang alim.

Sumber : Kitab Sirus Salikin.

Terdapat 17 adab seorang yang alim :

  1. Ihtimal iaitu hendaklah menanggung dan menerima segala kesusahan yang didatangkan oleh anak muridnya iaitu segala pertanyaan dan pekerjaan yang menyusahkannya yakni dia hendaklah bersabar dan tidak cepat marah.
  2.  Luzumul hilm iaitu bersifat lembut dan bukan pemarah.
  3. Menundukkan kepalanya.
  4. Jangan membesarkan diri atas segala hamba Allah swt melainkan atas orang yang zalim kerana menegahkan zalimnya.
  5. Tawadhuk iaitu memilih untuk merendahkan diri dalam perhimpunan orang banyak dan di hadapan orang ramai.
  6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main di dalam perhimpunan orang banyak.
  7. Kasih sayang dengan orang yang belajar kepadanya, berperangai dengan lemah lembut dalam pekerjaan dan perkataan diperlakukan kepada muridnya seperti mereka adalah anaknya.
  8. Menanti dan memperkasa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang jahil dan membaikkan & membetulkan pertanyaan orang yang dungu dan orang yang bebal dengan menunjukkan jalan kebajikan dan benar dan meninggalkan marah serta menghentakkan kaki kepada orang yang baru belajar.
  9. Jangan meminta upah atas mengajarkan tetapi hendaklah ikhlas kerana Allah ta'ala.
  10. Jangan malu daripada berkata "Tidak tahu" pada suatu perkara yang ia syak padanya @ berkata "wallahu a'lam".
  11. Bersungguh-sungguh menghadap orang yang bertanya, dan jika dia tidak memahami soalan, hendaklah dia betul-betul memahaminya supaya dia menjawab soalan yang ditanya.
  12. Menerima dalil yang membenarkan perkataan orang dan muridnya, dan jangan ditolakkan dalilnya kerana guru itu malu kepada orang ramai kerana mengikut yang benar adalah wajib dan jikalau ada beberapa orang yang di bawah kita sekalipun.
  13. Mengikut kepada yang benar dengan kembali kepadanya ketika tersalah ia pada sesuatu masalah atau lancar lidahnya kepada sesuatu yang bukan dari kehendaknya.
  14. Menegah ia akan orang yang belajar ilmu itu akan memberi mudharat kepadanya.
  15. Menegah ia akan orang yang berniat dengan belajar ilmu itu akan memberi manfaat kepada sesuatu yang lain daripada Allah swt.
  16. Menegah ia daripada orang yang belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai mengetahui ilmu fardhu ain.
  17. Hendaklah ia mengamalkan ilmu itu supaya diikuti oleh orang yang belajar ilmu itu akan ilmunya dan perkataannya.

May 20, 2012

Wahai Ali !

Assalamualaikum wbt.


Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan wasiat kepada Saidina Ali Abu Talib.


Wahai Ali ! Orang mukmin itu ada 3 tanda :

~Benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat.
~Benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama.
~Benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

 Wahai Ali ! Orang berakal itu ada 3 tanda :
  • Menggunakan dunia untuk manfaat akhirat.
  • Menanggung kekasaran orang.
  • Sabar atas segala kesusahan.
 Wahai Ali ! Orang berilmu itu ada 3 tanda :

*Berkata benar.
*Menjauhkan yang haram.
*Merendah diri.

Wahai Ali ! Orang yang takut kepada Allah itu ada 3 tanda :

# Memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk.
#Menjauhi kawan jahat.
#Meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada haram.

Wahai Ali !

*Tiada agama bagi orang tidak takutkanNya.
*Tiada amal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya.
*Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya.
*Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya.
*Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedekahnya.
*Tiada keamanan bagi orang yang tiada rahsia.
*Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya.
*Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya.

Sumber daripada buku~ MENYERU KEPADA ALLAH : Panduan Untuk Pendakwah Muda.




May 18, 2012

Jumaat Terakhir

Assalamualaikum wbt.

Selepas solat fardhu Asar tadi, kami sekeluarga menerima berita kepulangan ke rahmatullah salah seorang tukang yang membuat kerja renovate rumah kami. Beliau salah seorang yang menyiapkan kerja-kerja akhir.

Abah terkejut kerana 2 minggu lepas, kali terakhir berjumpanya sebelum beliau pulang ke Kemaman, bersamaan hari Jumaat semasa kami bertolak ke Kuala Lumpur. Beliau kemalangan jalan raya. Namun tiada sebarang luka. Mungkin kecederaan dalaman. Beliau tidak berselera makan sejak minggu lalu.

Sepanjang bekerja di rumah kami, Abah banyak bergurau senda dengannya dan makan minum bersama di sebelah siang.

"Baru lagi bergurau dengan xxxxx." kata abah tadi.

Beliau dari negara jiran, merantau mencari rezeki di sini untuk keluarga. Adik saya ada memberitahu, beliau menunjukkan gambar anaknya yang seorang tinggal bersama isterinya di kampung.

Beliau meninggal hari Jumaat dan menurut seorang alim, seseorang yang meninggal pada malam Khamis atau hari Jumaat, dia akan terlepas dari seksa kubur pada hari tersebut.

Hidup kita ni singkat sangat.

Tapi, berapa kali kita ingat mati setiap hari?

Mati datang pada kita tak kira masa dan tempat.

Darjat seseorang bukan dikira pada harta, rupa, keturunan dan pangkat.

Tetapi TAQWA.

Terdetik dalam hati saya, Allah swt telah mengangkat darjat beliau, seorang yang pada zahirnya seorang yang susah, bekerja berat mencari rezeki yang halal dan berpanas terik. Namun di sisi Allah swt, kita tidak tahu.

Bandingkan pula dengan seseorang yang duduk di kerusi empuk, dalam bilik air cond, belum tentu darjatnya tinggi di sisi Allah swt.

Moga kita sama-sama pulang ke pangkuan Pencipta kita dengan hati yang tenang.
Moga Allah menyudahi kehidupan kita dengan kesudahan yang baik.

Al Fatihah untuk arwah.


                Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu'anhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...