Pages

Oct 22, 2014

Apakah Hati Yg Disukai & Dibenci oleh Allah

Assalamualaikum wbt.
 

Sama-sama kita mendengar dan mengambil pengajaran daripada ceramah Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.



Sumber : Youtube.

Oct 13, 2014

Malu

Assalamualaikum wbt.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 
"Iman itu memiliki 70 atau 60  lebih cabang. Cabang yang paling utama adalah mengucapkan (menegakkan) kalimat laa ilaaha illallah, sedang yang paling rendahnya adalah menyingkirkan duri dari jalan. Dan malu itu merupakan salah satu cabang iman."

(Riwayat al-Bukhari no.9 dan Muslim no.35)


Al-bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a., beliau berkata yang bermaksud, 
"Adalah Rasulullah saw itu lebih pemalu daripada seorang gadis pingitan. Jika melihat sesuatu yang tidak baginda sukai,kami boleh mengetahui daripada raut wajah baginda."

(Riwayat al-Bukhari no. 6119 dan Muslim no.2320)

Imam Nawawi berkata: "Menurut para ulama, bahawa hakikat malu itu adalah sebuah perangai yang diciptakan agar pemiliknya meninggalkan hal-hal yang buruk dan mencegahnya agar tidak mengurangkan hak yang mesti diberikan kepada ahlinya".

Jun 10, 2014

Jiwa Hamba

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi pinjaman iman dan segala nikmat yang dikecapi tanpa boleh dihitung oleh kita sebagai hamba.

Semakin lama semakin jarang menulis di sini. Mungkin kadangkala saya berfikir bekali-kali untuk menulis dan pada akhirnya tidak berkesempatan mencoret sesuatu di sini. Mahu menulis namun mestilah sesuatu yang bermanfaat kepada yang membaca.

Orang kata, bukan mudah kita mahu bernafas dalam jiwa hamba. Apabila kita mula mahu bernafas dalam jiwa hamba, ada saja seribu satu halangan yang mendatang. Dunia pekerjaan dan dunia menuntut ilmu mempunyai suasana yang amat berbeza. Walaupun hakikatnya setiap hari kita belajar sesuatu yang baru, ia bukan mudah seperti ketika menuntut ilmu dahulu. Kita bergaul dengan segenap lapisan umur yang berlainan latar belakang pendidikan.

Futur

Hingga satu masa kita rasakan diri kita terkena penyakit futur. Salah satu tanda-tanda futur ialah apabila kita daripada seorang yang rajin beribadah, kuat bekerja, thabat di jalan dakwah tiba-tiba menjadi malas bekerja,malas beribadah, berat tulang di jalan agama Allah.

Jika ada tanda-tanda seperti ini, awasilah diri kita daripada penyakit futur terus merebak dan bermaharajalela dalam diri kita.

Rawatan?

1- Membaca, merenung dan memikirkan kandungan al-Quran.
2-Merasakan keagungan Allah.
3- Mendalami ilmu syariat.
4-Mencari persekitaran dan sahabat soleh.
5-Memperbanyakkan kerja amal.
6-Tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)
7-Banyak mengingati mati.
8-Kepatuhan dan berlepas diri daripada orang kafir
9-Muhasabah jiwa ketika datang kelemahan
10-Menelaah kisah teladan salafussoleh

Moga-moga dengan rawatan yang diberikan kepada diri kita mampu dijakdikan antibodi daripada serangan penyakit futur.

Mulakan dengan diri kita

Jika mahukan saudara di sekeliling kita menjadi baik, mulakan dulu dengan diri kita. Jika mahukan saudara kita tetap kuat melangkah ke depan di jalan agama Allah yang banyak likunya dan penuh duri, mulakan dahulu dengan diri kita.

Nikmat yang paling berharga apabila masih ada sahabat yang sudi menegur kelemahan kita, memimpin tangan kita saat kita terjatuh dan mengingatkan kita saat kita terlupa. Itulah  nikmat hidayah Allah swt yang didatangkan melalui sahabat kita. Ucaplah seribu penghargan kepada mereka kerana tanpa mereka siapalah kita yang tak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan.



Keep Istiqamah!



May 11, 2014

Fakta-Fakta Ringkas Tentang Al-Quran

Assalamualaikum wbt.




Jumlah ayat di dalam Al-Qur'an mengikut Ibn Abbas adalah sebanyak 6231.


Jumlah juz Al-Qur'an adalah sebanyak 30.


Jmlah surah di dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.


Jumlah ayat Basmalah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.


Surah yang mempunyai dua basmalah didalamnya adalah surah An-Naml.


Surah yang tidak dimulakan dengan Basmalah adalah Taubah.


Surah pertama didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Fatihah.


Surah terakhir didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Nas.


Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah Al-'Alaq.


Surah lengkap pertama yang diturunkan adalah Al-Muddastir.


Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah.


Surah lengkap terakhir yang diturunkan mengikut Ibn Abbas adalah surah An-Nasr


Surah terpanjang dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Baqarah.


Surah terpendek dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Kaustar.


Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an adalah ayat 282 surah Al-Baqarah.


Ayat terpendek dalam Al-Qur'an adalah ayat 1 surah Al-Fajr.


Ayat sajadah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 14.


Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah Al-Haj.


Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah Al-'Araf.


Surah terakhir yang mengandungi ayat sajadah Al-'Alaq.


Surah yang terletak di pertengahan Al-Qur'an Al-Kahfi.


Jumlah surah jenis Makki adalah sebanyak 86.


Jumlah surah jenis Madani adalah sebanyak 28.


Bacaan imalah terdapat pada ayat 41 surah Hud.




Bacaan tashil terdapat pada ayat 44 surah Fussilat.



Bacaan naql terdapat pada ayat 11 surah Al-Hujurat :


Bacaan isymam terdapat pada ayat 11 surah Yusuf :
Bacaan saktah terdapat pada 5 ayat :

a) Ayat 1, surah Kahfi


b) Ayat 51, surah Yaasin


c) Ayat 28, surah Haqqah (boleh saktah dan waqaf)


d) Ayat 27, surah Qiyamah


e) Ayat 14, surah Muthaffifin

 

(Sumber)






Mar 17, 2014

Kehidupan Realiti

Assalamualaikum wbt.

Bismillah..........

Hari ini, saya nak kongsikan satu hasil cetusan idea seorang sahabat yang amat istimewa dalam hidup saya.
Sama-sama kita mengambil iktibar daripada hasil tulisan beliau. Saya menunaikan amanah untuk di 'publish' di ruang ini....



KEHIDUPAN REALITI (part 1)

Hari demi hari, hidup semakin mencabar.Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi orang yang berguna dan cerdik pandai.Dapat gaji besar, rumah besar, kereta besar..macam dalam bait  lagu ‘kalau aku kaya’.Itulah realitinya..

Semasa anak-anak dalam kandungan,ibu bapa dah plan anak-anak bakal jadi apa..doktor,engineer, lawyer, pilot, penyanyi,pelakon dll..Maka,sejak dari kecik, anak-anak akan dihantar ke seberapa banyak tempat tuition untuk menuntut ilmu sains, English ,matematik dan sebagainya. Ibu bapa sanggup menghabis duit beratus-ratus demi anak-anak..Selain itu,anak-anak akan dihantar ke kelas muzik untuk release tension mereka.So,anak-anak akan diajar bermain piano,biola,violin, tarian dan sebagainya..

Bila anak-anak belajar agama..???tak pe,nanti mereka akan belajar agama di sekolah.Apa guna ustazah dan ustaz dibayar kalau tak mengajar anak-anak mengenai solat, hukum hakam dan lain lain. Bila anak-anak praktikkan solat, puasa dan lain-lain ajaran islam.. ??Nanti-nanti mesti tahu.Kan dalam kad pengenalan ada tulis ‘ISLAM’. Tu yang penting. Ibu bapa nak suruh anak-anak solat zohor,kesian budak-budak penat balik sekolah.Nak suruh solat asar,mereka dah kena bersiap untuk kelas muzik.Nak suruh solat maghrib,tak sempat sebab kena bersiap untuk ke tuition. Nak suruh solat isyak,penat aktiviti seharian..Biarlah budak-budak ni tidur.Nak kejut untuk solat subuh..awal sangat.kesian..Jadi bila mereka bersolat.. ???tak pe..besar nanti mereka tahu kewajipan solat itu..ayat ini ada dalam pemikiran ibu bapa kini. 

Maka akan lahirlah generasi yang kiblat pun tak tahu arah mana..Lebih malang,kiblat apa pun tak tahu..Sejadah ada..Tu pun nasib ada sebab hantaran mak ayah pada zaman perkahwinan dulu. Tak mustahil kajian yang dilakukan di sekolah-sekolah menengah di satu daerah mencatatkan lebih dari 70% para pelajar tidak cukup SOLAT 5 WAKTU. PELAJAR SEKOLAH MENENGAH bukan sekolah rendah. Salah siapa ??Salah ibu bapa atau para guru ?? Para guru bersama pelajarnya 8 jam sehari sahaja. Selebihnya.. ???Tidak kesian ke lahirnya generasi yang terlalu kejar dunia sehingga lupa tugas sebenar kita dilahirkan didunia ini ?

KEHIDUPAN REALITI (part 2)

Apabila sudah dewasa,maka anak-anak akan dapat tawaran universiti..Ibu bapa gembira sebab anak-anaknya pandai dan dapat tawaran di universiti ternama dan kos yang power. Sesetengah ibu bapa just remind anak-anak mereka tentang pointer..’Kamu buatlah apa pun,yang penting pointer mesti dekan’.Maka,anak-anak mencari kegembiraan  ‘diluar’. Di universiti, mereka akan berjumpa dengan macam-macam ragam jenis manusia. Dan yang penting, tiap individu tidak akan masuk campur hal orang lain. Katanya kenapa perlu menjaga tepi kain oarang. Ini menyebabkan rakan serumah membuat maksiat, tak tegur. Alasannya, kubur masing-masing. So, tahun pertama kebanyakkan adik- adik gadis sudah mempunyai teman lelaki. Katanya untuk berkongsi masalah. Kenapa mesti berkongsi masalah dengan teman yang berlain jantina ??biasanya,apabila ditanya, mereka akan menjawab’Tak pe,dia bakal imam saya ‘.BAKAL je kot..niat tak menghalalkan cara.

WAHAI ADIK –ADIK GADIS, KITA ADA MARUAH UNTUK DIJAGA. MARUAH AGAMA,MARUAH IBU BAPA,MARUAH DIRI.KALAU SEMASA MENJADI TEMAN,SUDAH PEGANG SANA SINI.SIAP SALAM CIUM TANGAN SEBELUM BERPISAH.KATANYA KENA PRACTICE.NANTI KALAU DAH KAHWIN,SENANG.PRACTICE MAKE PERFECT.HELLO..BENDA MACAMNI TAK DA NAK PRACTICE. TIME ‘BERCOUPLE’ SIAP TOLONG MASAK MAKAN KESUKAAN TEMANNYA.KATANYA NAK RASA MAKANAN AIR TANGAN TEMAN WANITANYA.TAK DA MAKNANYA..KEDAI MAKAN BANYAK KAT LUAR..NAK MAKAN APA,BOLEH CARI..ADA YANG TOLONG BASUH PAKAIAN TEMAN LELAKINYA..AMBOI..KEDAI DOBI BELAMBAK KAT LUAR..BOLEH BUAT SENDIRI..COME ON LA..ADA YANG LEBIH MALANG,SIAP BOLEH STAY UP MALAM-MALAM KAT LUAR DENGAN PASANGAN MASING-MASING .KATANYA UNTUK LEBIH MENGENALI DIRI PASANGAN.JAGA DIRI KAMU ADIK-ADIK GADIS..

Wahai ibu bapa..kalian tahu anak-anak keluar dengan siapa ??Keluar pulang ke rumah pukul berapa??Cara pemakaian macam mana ??? pergi ke mana ??Tak pe,ibu bapa akan cakap..kami yakin dengan anak kami.Kami yang mendidik mereka..baik lah..Anda tahu cara anak-anak anda..tapi hakikatnya adakah anda tahu… ???

Di mana kesilapan besar semua masalah ini berlaku ???Sama-sama kita berfikir dan berdoa semoga keturunan kita dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T.Ayuh semua saudaraku , kita berubah sebelum terlambat. Kepada saudara-saudara yang telah bergelar ibu bapa, berilah ilmu agama dan ilmu akhirat semaksimum kepada anak-anak kalian. Kepada adik-adik, ayuhlah berubah..Dunia hanya sementara,Jangan terlalu leka dan tersalah langkah. Berubahlah selagi diberi peluang. Kepada saudara-saudara islam sekelian, sama-samalah kita bertegur, mengingati kearah kebaikan. Tidakkah kita semua bersaudara.. ??Ayuh berubah dan berdoa menjadi hamba yang lebih baik disisiNya.

P/s : berbakat juga sahabat saya ni.......saya akan pujuk beliau untuk sama2 berjuang di medan ini satu hari nanti...kita akan berkunjung ke blog beliau :)) Biiznillah...




Mar 2, 2014

Selamat Kembali Kepada Fitrah

Assalamualaikum wbt.


Minggu lepas.....

Alhamdulillah, syukur mendapat berita 3 orang anak muridku memeluk Islam bersama keluarga mereka.

Selamat kembali kepada fitrah...

Fitrah sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Sang Pencipta.

Bermakna....

Tugas kita untuk membantu sesama saudara seagama bermula...

Ya Allah Ya Tuhan kami, kuatkan hati kami untuk tetap taat kepadaMu.. Amiin Ya Rabb.





Feb 16, 2014

Lapan Syurga

Assalamualaikum wbt.

Pertama
Darul Jalal - daripada lu'lu' (permata) yang putih.

Kedua
Darul Salam - daripada yakut yang merah

Ketiga
Jannatul Ma'wa - daripada zabarjad (Permata) yang hijau

Keempat
Jannatul Khuld -daripada marjan yang kuning

Kelima 
Jannatul Naim - daripada perak yang putih

Keenam
Jannatul Firdaus - daripada emas yang merah

Ketujuh
Jannatun 'Adn - daripada mutiara yang putih

Kelapan
Darul Qarar ( tempat tinggi dan kekal)


Sumber : Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub
                Penyusun : Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani 

* Ingatan daripada guruku, adapun semua sifat ini adalah tidak sama dan tidak akan dapat dicapai oleh akal manusia. Hanya Allah SWT sahaja yang menengetahuinya. Wallahu 'alam.


Google Image

Feb 5, 2014

Generasi Burung Kakak Tua

Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang, kita pergi ke rumah seseorang, tentunya kita pernah lihat burung yang pandai bercakap.
Ada yang pandai bagi salam. Jadi, burung tu tak henti beri salam tiap kali nampak orang yang datang mendekat padanya. Itulah yang diulang-ulang tiap ketika dan masa.

Saya bukanlah berniat untuk menceritakan tentang burung kakak tua yang sebenar, namun sedikit sebanyak ia boleh mengingatkan kita supaya tidak menjadi generasi burung kakak tua iaitu tidak faham apa yang dituturkannya.

Kita lihat ramai yang sudah mula ada kesedaran mempelajari Al-Quran, tahu membacanya dengan bertajwid. Namun, yang sedikit kegusaran yang timbul apabila kita tidak tahu apa maknanya. Dari usia kanak-kanak, kita sudah berpuluh kali khatam Al-Quran namun kita tidak tahu apakah yang kita baca sebenarnya.

Hakikatnya, Al-Quran bukanlah diturunkan sebagai sesuatu yang sia-sia, ia sebagai ingatan kepada seluruh umat manusia. Petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman. Ia bisa menghidupkan hati yang mati. Mengingatkan hati yang lalai. Mengembalikan roh jihad yang sudah pudar. Mengingatkan tentang kematian.

Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

(Al-A'raaf 7:52)

Akhir kalam untuk kali ini, marilah kita sama-sama membaca Al-Quran beserta maknanya. Sudah sampai masanya kita memperbaharui amalan kita, belajar Al-Quran beserta maknanya dan disertai dengan amalan selepas memahaminya. Kita manusia. Tiada yang sempurna. Tetapi kita berusaha untuk membaiki diri kerana Allah swt tidak melihat kepada hasil, tetapi kepada usaha kita sebagai hamba.

Ya, kita bukanlah 'bos' di dunia. Kita adalah hamba.Ciri-ciri hamba? Tentulah taat dan patuh pada segala perintah Tuhannya. Rabb Yang Maha Agung.



 "Kita tidak mahu menjadi generasi burung kakak tua"