Pages

Aug 28, 2011

Eid Mubarak!

Assalamualaikum wbt.

Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.
Berikut saya kongsikan beberapa amalan sunat dilakukan ketika Aidilfitri.

Dipetik dari sini.

Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri


Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -


1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum keluar dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.




EID MUBARAK!

Aug 26, 2011

Sinar Islam Di Celah Debu Kekafiran

Assalamualaikum wbt.

Siapa sangka, di celah debu kekafiran, dapat dilihat sinar Islam yang paling menyerlah. Itulah yang terdetik di dalam hati setiap kali melihat mereka. Kanak-kanak Islam yang hanya berjumlah kurang 20 orang daripada beratus-ratus murid yang lain.

Sebenarnya mereka ingin sangat mendalami Islam, tapi sangat-sangat kurang pendedahan kepada agama. Tiada siapa yang datang membimbing mereka secara khusus dari kawasan luar. Itulah hakikatnya kita sebagai orang Islam. Kasih sayang kita tidak sepatutnya terbatas kepada mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kita atau punya kepentingan kepada kita atau kita dapat bergantung kepadanya semasa susah.

Jika kita tidak dapat menyumbangkan harta, sumbangkanlah ilmu kepada mereka. Tetapi jika kita kurang mempunyai ilmu, namun ada lebihan harta atau jalan yang terbaik, hulurlah sumbangan kepada orang Islam yang masih samar-samar dalam Islam. Sumbangan material di saat-saat awal mereka menganut Islam amat-amat diperlukan.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan ilmu itu tidak penting, tetapi sumbangan material juga penting kerana mereka mesti diajar untuk makan hanya makanan yang halal, membeli pakaian yang menutup aurat dan sebagainya. Semuanya memerlukan wang. Kita pastinya tidak mampu membayangkan kita sendiri di tempat mereka, bagaimana peritnya, tercari-cari sinar kebahagiaan dalam agama Islam.

Sedekah kita juga menjadi satu dakwah kepada mereka, bagaimana kasih sayang sesama Islam dibentuk.
Tanggungjawab kita untuk memantapkan akidah mereka supaya tiada yang murtad.


Sayu saya melihat dan memikirkan nasib mereka selepas mereka tamat sekolah rendah. Saya sangat berharap dapat membantu mereka untuk ke sekolah agama yang lebih menjaga akidah mereka. Mereka sangat memerlukan suasana tarbiyyah tersebut.

Tugas dakwah di sekolah bukan sahaja pada bahu ustaz ustazah, guru biasa seperti saya juga tidak terkecuali. Itu yang saya mesti ingat dan bermuhasabah.

Semalam, saya ke sebuah sekolah agama di Kuantan bertemu dengan mudir sekolah. Alhamdulillah, mudir dengan berbesar hati sudi menerima 3 orang murid Islam saya ke sekolah itu pada tahun hadapan tanpa melalui ujian saringan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mudir.
YA, ALLAH TAHU KESUSAHAN MEREKA. ALLAH BUKA JALAN KEPADA MEREKA. JALAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA.


Doakan saya dapat menyumbangkan sesuatu untuk membantu mereka. Sebenarnya kerja kita sangat banyak. Kerja sehari-hari dan kerja dakwah. Itulah nyawa kita.


Dakwah tidak semestinya keluar berhari-hari atau berhabisan harta, dakwah kepada keluarga, kenalan terdekat, rakan sekerja dan orang yang dipimpin, itulah yang utama.




bersedia untuk amali solat


 Allah kasihkan mereka.

 Doakan mereka menjadi insan yang beriman.


Ayuh kita bantu saudara seakidah!

Aug 24, 2011

Pulangnya Tok ke Rahmatullah

Assalamualaikum wbt.

Tanggal 19 Ramadhan 1432H bersamaan Jumaat yang lalu, tok telah selamat kembali ke pangkuan Penciptanya.

Terasa tenang apabila seseorang telah memberitahu bahawa orang yang meninggal pada hari Jumaat bertepatan pula dalam bulan Ramadhan insya Allah akan terlepas daripada siksa kubur sehingga hari kiamat.


Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda:

 "Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur"
                                                                      Hadis Riwayat Tarmizi
 
p/s : kita sebagai anak yang soleh mesti cakna dengan perkara yang hendak dilakukan jika berlaku kematian kerana kematian datang tanpa petanda atau ingatan terlebih dahulu..

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosanya.

Aug 17, 2011

Ceramah Nuzul Quran

Assalamualaikum wbt.

Sempena hari bermakna bagi seluruh umat Islam hari ini 17 Ramadan iaitu Nuzul Quran, marilah sama-sama kita hayati ceramah ini yang terbahagi kepada 4  bahagian.

Moga mendapat manfaat dan boleh disampaikan kepada kenalan-kenalan yang lain. insyaAllah


Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Ramadan...bulan diturunkan Al-Quran

Aug 15, 2011

Terapi Solat

Assalamualaikum wbt.


Berjalan di alam maya hari ini, saya ingin kongsikan satu artikel yang saya copy paste dari sini

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti  Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok telah menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan soalt ke atas kesihatan manusia secara saintifik. Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat dan Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh
Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot
  • Otot Menjadi Lebih Kuat: Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.
Dapatan Ng Siew Chok – Isyarat Otak
  • Orang Mendirikan Solat Berfikiran Tenang : Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
  • Tama’ninah Kktiviti paling Tenang: Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
  • Solat Mampu Meningkatkan Daya Fokus: Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dapatan Dr Fatimah Ibrahim – Komposisi Tubuh
  • Perlu Lakuan 5 aktiviti Untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik: Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
  • Solat Jemaah Lebih Baik: kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang” katanya.
  • Solat Tarawih & Puasa: Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
  • Pengubat Sakit Pinggang: Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
  • Pengubat Mati Pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
  • Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Ubah suai dan sumber : Berita Harian



SABDA NABI SAW, 
SOLLU KAMA RAAITUMUNI USOLLI...

Aug 10, 2011

Be Prepared

Assalamualaikum wbt.

Saat yang pasti datang, tiada yang kekal abadi melainkan Allah swt.

Saat sanak-saudara dan rakan taulan menangisi pemergian seseorang yang lebih dahulu dijemput pulang ke pangkuan Rabbnya.

Saat tertutup pintu taubat.

Saat yang tidak boleh dicepatkan walau sesaat dan tidak juga boleh dilambatkan walau sesaat.

Saat yang bakal mengubah hidup seseorang.

Saat melangkah ke destinai seterusnya dalam perjalanan yang panjang pulang ke pangkuan Tuhan setelah lama mengembara.
 
Saat hanya amalan menjadi bekal.

Saat perpisahan dengan segala yang dicintai di dunia, harta, anak-pinak.


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (A-li'Imraan 3:185)




Hakikat ~~~~ Bersedia setiap saat yang tinggal. Masa semakin suntuk.
Kita tak punyai masa lagi.
Ayuh, banyak- banyak bertaubat dari dosa.


Kullu nafsin zaaiqatul maut...


Aug 8, 2011

Ujian Sakit & Doktor

Assalamualaikum wbt.


UJIAN SAKIT
Setelah 3 minggu mengalami kesakitan di kaki, hari ni dah tak mampu menahan, saya ke klinik. Sebenarnya dah tertangguh dari minggu lepas akibat kekangan urusan kerja yang difikirkan lebih penting untuk dilaksanakan.

Sedih juga Ramadhan tahun ni saya solat duduk akibat kaki kiri yang tak dapat dibengkokkan. Bila dah sakit ni,barulah rasa nikmat sihat, nikmat solat berdiri. Beringatlah kita waktu sihat sebelum datang masa sakit.

Selalu saja teringat-ingat masa solat berdiri dulu, rasa hebatnya Allah cipta kaki boleh lurus dan bengkokkan. Allah beri ujian sakit ni sebagai penghapus dosa.

Doakan saya cepat sembuh bi iznillah.


DOKTOR
Semasa di klinik, dalam masa sejam lebih, sempat juga people watching, macam-macam gaya sakit yang saya lihat. Yang saya sempat kira lebih daripada 20 gaya sakit yang berlainan. Mulalah saya fikir, hebatnya doktor nak facing dengan suma pesakit, nak detect penyakit yang pelbagai.

Tiba giliran saya masuk berjumpa doktor, disambut dengan senyuman. Rasa ringan sikit kesakitan bila tengok ketenangan doktor (dan inilah doktor yang baik). Seorang dukturah. Masih muda remaja :p

Seperti biasa, soal jawab seorang doktor dengan pesakit, sambil tangan doktor cepat menulis pada borang laporan pemeriksaan. Mulut pula rancak menerangkan apa yang ditulis kepada saya. Sekejap saja sudah 2 page ditulisnya.

Saya disaran untuk menjalani fisioterapi pada tarikh yang ditetapkan. Saya hanya mengiyakan dan bertanya apa yang bermain di fikiran.


Jika sakit tidak berkurangan atau semakin teruk, akan dirujuk untuk further checking di bahagian orthopedic.



********************************

Saya pernah terbaca hasil kajian tentang profesion yang paling dipercayai. Kajian ini dijalankan beberapa tahun yang lalu.Berikut adalah keputusannya.



See!
Orang yang paling dipercayai ialah doktor!

Nilai lah pada diri kita sendiri. Bila berhadapan dengan doktor, apa yang doktor katakan itulah yang kita percayai tanpa banyak soal.

Kepada doktor-doktor dan bakal doktor, pesakit yang datang berjumpa mempunyai harapan yang tinggi kepada anda. Gunalah sebaiknya kerana kerja  doktor sangat mulia dan amanah yang dipikul sangat berat.



CONTOHI IBNU SINA



 

Aug 6, 2011

Apa Nak Jadi?

Assalamualaikum wbt.

Berjalan di alam maya akhir-akhir ini membuatkan hati saya cuba menilai seadil mungkin pelbagai isu semasa berkaitan dengan tanah air.

Yang pastinya, sedarkah kita bahawa Allah sedang melihat segala perbuatan kita yang zahir dan tersembunyi?

Yang zalim akan kecundang dan yang benar akan mendapat juga kemenangan.

Bagaimana dengan nasib generasi akan datang?

Jangan pula kerana kepentingan individu hinggakan negara tergadai.

DAN

Kita sebagai individu yang punyai ilmu dan akal.
Tanggungjawab kita, menilai dengan MATA HATI

Segala yang terjadi adalah untuk kita fikirkan.
Kita bukan lagi kanak-kanak yang hanya ingin berada di ZON SELESA.

Dunia serba canggih
Layari internet, bukan hanya untuk seronok-seronok.
Hal dan isu semasa mesti AMBIL PUSING.

Apa sumbangan kita?
Hanya hati ada jawapannya.



 

Hakikat Bahagia

 Assalamualaikum wbt.


Hakikat Bahagia

ialah
 
KETENANGAN BILA HATI MENGINGATI TUHAN

Aug 3, 2011

Child Education in Islam

Assalamualaikum wbt.


Child Education in Islam



Abdullah Nasih Ulwan

This book outlines the basic Islamic concepts in child education. The author has tried to coordiante the main ideas, as well as the basics precepts for raising Muslim children in all the different spheres of life.

First of all, the importance of correct belief and faith cannot be inculcated in young children except through the teaching and example of their parents; and obviously, the role of the mature and religious mother is foremost. This state of harmony can only be achieved when matrimonial relations are relatively stable.

Care is to be taken in providing young children with all the necessary elements in the fields of ethical, physical and psychological education. This cannot be overemphasized. It is established that the common ailments of human societies, personal as well as social, find their remedy in monotheism and justice. Therefore, emphasis on these two moral principles is essential.

Muslim children must develop a clear understanding of the concept of the oneness of Allah, mainly through the performance of devotional acts of worship, to Him, and through developing a sense of justice in all personnel and social dealings.

The author has briefly outlined these glorious concepts in this book. Through his deep understanding of Islam, and his eminent conviction and personal adherence to its glorious principles, he introduces this book to the readers, with all practical instructions, with the intention of helping to build up a Muslim nation, worthily to uphold the honorable tenets of the Glorious Qur'an and Sunnah.

Sumber dari :  http://www.sunniforum.com/forum/showthread.php?25649-Child-Education-in-Islam

Saya download di sini 



Hentikan Fitnah

Assalamualaikum wbt.


Suatu benda yang kita rasa kecil tapi kalau benda tu FITNAH

Makin melarat, merebak.

Dari mulut ke mulut dan ditambah rencahnya.

Kan elok bertanya pada tuannya.

Bicara dari hati ke hati

Jagalah diri kita daripada FITNAH

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. 
(Al-Baqarah 2:191) 



Lari jauh daripada FITNAH

Hentikan FITNAH yang sedang merebak

Lemparkan sejauh yang mungkin hingga tiada makhluk yang sakit kerananya!


Aug 2, 2011

Ada Rasa, Ada Getarnya

Assalamualaikum wbt.


The King of Fruits

"Cikgu, ada orang bawak durian", jerit seorang murid dari belakang.

Saya tersenyum. Maklumlah musim durian sekarang. Murid pun bawak bekal durian ke sekolah.

"Sapa bawak durian?" saya bertanya.

"Saya cikgu," jawab si manis di belakang sambil mengeluarkan sebiji durian dari beg sekolahnya.

"Nah cikgu" dia menghulurkan durian sambil tersenyum.

"Eh susah-susah je bagi cikgu, tima kasih..." saya tersenyum sampai telinga (^_^)

"Cikgu makan masa bukak puasa nanti..",jerit yang lain.


Hai,

Budak-budak suci. Tiada dosa.

Suka memberi.

Minggu lepas dapat buah machang dari sorang budak lain.

Murah rezeki.

Walaupun mereka non-muslim, tapi fitrah tetap sama.

FITRAH SALING MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM DAN CAKNA DENGAN MAKHLUK
SEKELILING.


Terdetik dalam hati. Rezeki 2 Ramadhan ni. Hikmah di sebaliknya supaya saya melihat dengan mata hati.

Supaya banyakkan bersedekah di bulan mulia ini.



Terima kasih wahai muridku.

Hari ni cikgu belajar sesuatu daripada kamu!