Pages

Jul 21, 2012

40 Tahun Sebelum Dilahirkan

Assalamualaikum wbt.


Hatiku sentiasa rasa gementar sejak membaca kisah pertanyaan seseorang kepada bapa Imam Abu Hanifah, bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi sebegitu istimewa dan hebat?

Apakah jawapan bapa Imam Abu Hanifah?

"Aku mendidik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Jawapan bapanya itu bermaksud bapa Imam Abu Hanifah sendiri telah diasuh dengan baik sejak kecil manakala isterinya iaitu ibu Imam Abu Hanifah juga telah diasuh dengan baik sejak kecil. Begitu juga dengan Imam Abu Hanifah sendiri telah dididik sejak dalam kandungan lagi.

Sejak itu,
Mula berkira-kira sendirian dan menanam niat mensolehahkan diriku bermula dari zaman remajaku. Terasa satu amanah yang sangat berat dan harus ditunaikan demi janji pada Penciptaku bahawa jika aku ditakdirkan berkeluarga dan mempunyai zuriat akan datang, aku sudah mendidik diriku dahulu sebelum aku mendidik anak-anakku.Aku berniat bahawa aku ingin menjadi ibu terbaik kepada anak-anakku dan isteri yang solehah kepada suamiku.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Aku mula berfikir berkali-kali sebelum melakukan sesuatu, aku lebih berhati-hati. Perjalanan diriku semakin terarah. Aku cuba meninggalkan perkara-perkara yang dirasakan tidak baik buat diriku, dan aku sentiasa membayangkan jika ia dilakukan oleh zuriatku, adakah aku akan menyukainya atau mengalirkan air mata kesedihan tika menyaksikannya.

Ternyata aku lebih tenang.

Moga-moga dengan usaha yang sedikit ini diredhai Allah swt dan aku bisa menjawab dihadapan Tuhanku kelak ke manakah umurku dihabiskan dan bagaimana aku mendidik anak-anakku.

Moga Allah swt sentiasa memberi kekuatan kepadaku untuk ISTIQAMAH DI JALAN TAQWA..

Rabbi Yassir wa la tu'assir.
Amiin Ya Rabb.

Anak yang hebat lahir daripada
ibu dan bapa yang hebat!








5 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Subhanallah, andaikata semua umat Islam mempunyai matlamat kehidupan seperti kedua ibubapa Abu Hanifah, akan lahirlah generasi yang unggul seperti di zaman Rasulullah s.a.w.

syida said...

terima kasih mengingatkan diriku ini, owh, rasa sedih..=(

~kamilah~ said...

Abd Razak: Ya ustaz, semuanya bermula daripada ibu bapa..T.kasih..


Syida: salam sahabatku...ke mana lama berdiam diri...ramadhan kareem..moga kita sentiasa bersemangat mensolehahkan diri kita.doakan saya sama..:)))

NadiaH NaDya said...

rasa takut plak nk jadi ibu bapa...huhu

~kamilah~ said...

kita berusaha..semangat2!!!