Pages

Dec 17, 2011

Dosa Wanita Dan Seksaannya Di Neraka

Assalamualaikum wbt.

Tatkala membaca kisah yang diceritakan oleh Saidina Ali kwjh ini, saya rasakan yang saya perlu mencoretkannya di laman ini. Menyampaikan kepada pembaca terutama muslimah dan para ayah, suami abang dan adik. Kerana ia TERSANGAT PENTING. Kerana saya juga MUSLIMAH.





Suatu hari, Saidina Ali kwjh bersama isterinya Fatimah r.a bertandang ke rumah Nabi saw. Semasa Rasulullah menyelak daun pintu rumah untuk melihat siapa yang datang, sambil disahut oleh Fatimah r.a, mereka melihat Rasulullah saw sedang menangis.

Kemudian Fatimah r.a bertanya sebab ayahnya menangis. Rasulullah saw mula menceritakan baginda menangis kerana semasa malam Mikhraj, baginda telah melihat BEBERAPA PEREMPUAN DARIPADA UMATNYA BERADA DALAM SEKSAAN YANG AMAT SANGAT DAN SANGATLAH SALAH PEKERJAAN MEREKA ITU.

Kemudian Nabi saw menerangkan apa yang telah dilihatnya dan apakah dosa-dosa perempuan tersebut yang telah menyebabkan mereka terhumban ke dalam neraka seburuk-buruk tempat kembali.


1. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN RAMBUTNYA DAN MENDIDIH OTAK KEPALANYA.


Dosa : Dia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang lain yang haram memandangnya.


2. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN LIDAHNYA DAN API NERAKA YANG SANGAT PANAS DITUANGKAN KE DALAM LEHERNYA.


Dosa : Dia menyakiti akan suaminya.

3. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN DUA SUSUNYA DAN BUAH ZAQUM DITUANGKAN KE DALAM LEHERNYA.


Dosa : Dia memberi air susu dengan tiada izin suaminya.


4. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN KAKINYA DALAM KERENGKUNGAN API NERAKA.


Dosa : Dia keluar dari rumah tanpa izin suaminya.

5. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN DAN DIA MEMAKAN TUBUHNYA DAN API NERAKA DINYALAKAN DARIPADA BAWAHNYA.


Dosa : Dia memperhias tubuhnya kerana orang lain tetapi tidak berhias untuk suaminya.


6. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN DUA KAKINYA  TERTAMBAT KEPADA DUA SUSUNYA BERTAMBAT PULA PADA UBUN-UBUNNYA DAN DIJADIKANNYA BEBERAPA ULAR DAN KALA YANG MEMAKAN DAGINGNYA SERTA MINUM AKAN DARAHNYA.


Dosa : Dia di dunia tidak mahu bersuci badannya dan tidak mahu mandi dari haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan sembahyang.


7. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DALAM KEADAAN KELU, BUTA DAN TULI. DIA BERADA DALAM KURUNGAN API NERAKA. 


Dosa : Dia melahirkan anak zina. Kemudian ditambatkan dia pada leher suaminya.

8. PEREMPUAN YANG KEPALANYA SEPERTI KEPALA BABI DAN BADANNYA SEPERTI HIMAR(KELDAI). DI ATASNYA ADA BERIBU-RIBU WARNA DARIPADA AZAB.

Dosa : Dia suka mengadu domba dan sangat pendusta.

9. PEREMPUAN SEPERTI RUPA ANJING DAN API MASUK KE DALAM BADANNYA MELALUI MULUTNYA DAN KELUAR MELALUI DUBURNYA. 

Dosa : Dia suka berdengki sesama manusia.


*DAN SEGALA MALAIKAT MEMUKUL MEREKA ITU DENGAN PEMUKUL API NERAKA.


SUMBER : KITAB MUHIMMAH 
KARANGANAN :  Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedangkan api yang sedikit di dunia kita tak boleh menahannya, apakan pula di akhirat. Belum lagi api, hanya duduk lama berdekatan api, kita sudah tidak sanggup menahan kepanasannya.

Sia-sia amal kita jika kita balik ke kampung seburuk-buruk  tempat kembali.


Sama-sama kita ingatkan diri sendiri dan orang yang terdekat. 


Peristiwa ini bukan hanya cakap kosong. Bukan 'bed time story telling'. Tapi satu ingatan untuk kita, Nabi saw sudah lama menangis bila mengenangkan apa yang dilihat baginda.


Jika kita tak jaga diri kita, kita akan menjadi sebahagian yang dilihat Nabi. (Nauzubillah)


Sanggupkah kita menahan azab tersebut? 
Kuatkah tubuh kita menahan azab dari segenap penjuru?
Adakah talian hayat yang akan menyelamatkan kita dari seksa Allah?


Fikir-fikirkan wahai orang yang berakal!



0 comments: