Pages

Dec 31, 2011

Si Polan

Assalamualaikum wbt.


Panas terik di luar
Mengintai dari jendela kamar
Cahaya matahari menembusi celahan daun rendang
Tak segusar hatinya

Kadang terasa menangis sendirian
Menahan sakit
Cuba tersenyum
Tewas juga

Dia bemonolog sendirian dengan Yang maha Esa
Ya, Allah...
Penyakit juga makhluk Mu
Syukur aku diuji

Dia berperang dengan perasaan
Dia berperang dengan harapan hari mendatang
Dia berperang dengan harapan orang sekeliling
Entah sempat atau tidak dilunaskan semuanya

Dia mula koreksi diri
Dia mula merasakan hidup hanya sebentar cuma
Dia mula merasakan betapa maut akan datang menjemputnya
Dia pasrah andai itu takdirnya

Dia melihat kepada orang sekeliling
Dia sebak andai sudah tinggal secebis masa untuk bersama mereka
Dia bersyukur sakit itu tidak terkena kepada saudaranya
Dia risau andai saudaranya akan menangis saban waktu menahan sakit

Dia mengadu kepada yang memberi sakit
Supaya dia tabah dan kuat
Bersemangat untuk pulih kembali
Dia sedar yang banyak lagi janji yang belum dilunaskan

Dia cuba menghiburkan orang sekeliling
Dia mahu orang sekeliling terhibur selagi adanya dia
Tapi dia tewas bila berseorangan
Dia juga insan biasa

Sakit kaffarah dosa
Allah mahu membersihkannya
Supaya dia tidak menanggung semuanya di akhirat

0 comments: