Pages

Dec 1, 2011

Pagi 1 Disember

Assalamualaikum wbt.


Pagi-pagi turun dari rumah, dengan harapan segala urusan dipermudahkan dan dapat selesai secepat mungkin. Memandu berhati-hati membelah kesejukan pagi sambil tersenyum sendirian mendengar celoteh DJ radio. Sampai di bandar, suasana masih lengang. Parking belum penuh.

Turun dari kereta, terus melintas jalan ke bank. Seperti biasa, tanggungjawab setiap bulan, membayar hutang kereta. Sedang memasukkan wang ke cash deposit machine, SENYAP. Ya Allah, bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Duitku yang berjumlah .... dah berada dalam machine tu.. Seorang uncle juga terkejut. Beliau sedang mengeluarkan wang yang berjumlah ribuan ringgit. ATM cardnya juga tersekat di ATM machine.

Aduan dibuat kepada pihak berkenaan.

Saya terpaku di depan bank. Terfikir pasti ada hikmahnya terjadi begini. Ada pengajaran Allah nak ajarkan. Ya Allah, saya teringat sesuatu. Memang saya terlupa pagi ini. Saya lupa nak baca 'bismillahirrahmanirrahim" semasa nak mulakan urusan di machine tadi.



'Ampunkan aku ya Allah, Engkau amat sayangkanku, sekali aku terlupa serta-merta Engkau ingatkan.'

Tenang. Saya berjalan meninggalkan bank. Pergi ke Tabung Haji. Belum ramai orang di situ.
Terus mendapat nombor giliran. Semasa pegawai yang bertugas ingin mengambil cap jariku, terdengar beliau berkata Bismillahirrahmanirrahim. Ohh, sayunya hati. Sekali lagi peringatan untukku. Dua kali pengajaran yang sama pagi ni tetapi Allah swt create dalam bentuk berbeza. 

 SATU : Saya yang tak mulakan kerja dengan bismillah hari ni.

DUA :  Pegawai di kaunter TH yang mulakan kerjanya dengan bismillah. 

Pembaca sekalian, mulakan segala pekerjaan kita dengan nama yang paling AGUNG.
Sangat mustajab. Insya Allah segala urusan kita dipermudahkan. Sangat mudah. Tak memerlukan tenaga yang banyak untuk menyebutnya.


Start your day with Bismillahirrahmanirrahim!


2 comments:

syahidah said...

hehe, syida bayar kereta guna cimb clicks, senang, tapi transfer bayar ke bank islam kenalah charge rm 1 untuk setiap perkhidmatan....

lagipun area bentong dan karak tiada bank islam, kemudian di raub sahaja yang ada, saya malas nak bayar di kaunter waktu pejabat, lagi lagi mesin waktu gaji dapat selalu rosak, malas betul nak beratur, jadi senanglah, gaji masuk kat cimb, so online je, huhu, pastu print lah transaksi tu utk simpanan, milah guna bank apa, maybank2u pun ada online kan...

~kamilah~ said...

huhu...
tempat kejadian ni bank islam..
mmg p wat cash deposit tiap bulan kat bank islam..