Pages

Dec 16, 2011

Satu Titik Paling Jitu

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah...tiba lagi kita pada hari Jumaat penghulu segala hari. Teringat saya pada ketua aspuri semasa di sekolah agama dulu. Bila tiba hari Jumaat, berulangkali beliau mengingatkan kami supaya banyakkan berdoa sepanjang hari Jumaat.

Kerana apa?

Kerana hari Jumaat adalah antara waktu yang mustajab doanya. Beliau bertanya kepada kami, pernah tak tengok orang memanah? Nampak tak ada satu titik yang paling tepat yang ada pada sasaran panahan?. Dan begitulah lebih hebat lagi, Allah telah menyediakan satu masa yang tidak diketahui oleh manusia pada hari Jumaat.



Barangsiapa yang berdoa pada saat itu, nescaya Allah akan mengabulkan doanya. Mudah bukan?

Oleh itu, banyakkanlah berdoa sepanjang hari Jumaat, mengadu hajat kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

LET'S GRAB THE CHANCE!

2 comments:

NadiaH ManaF @ ナディア said...

penghulu segala hari....

~kamilah~ said...

untungnya kita orang islam ada penghulu segala hari....