Pages

Dec 21, 2011

Berkat

Assalamualaikum wbt.



Dari Puncak Bukit Bendera

Pagi ni teringat pulak kat satu kedai makan yang paling favourite masa zaman u dulu. Sebut kata nak p makan, mesti pergi  kedai ni. Rasa agak kecewa bila kawan ajak p kedai lain. tak tahulah penangan apa yang ada kat kedai ni.

Kedai apa ye?
Tu lah kedai makan BERKAT.

Walaupun Anis selalu cakap makanan dia sikit je dalam pinggan dan harganya mahal. Tapi dalam hati tetap setia kat kedai ni.(^___^)

Selalunya memang dah jadi kedai 'ruji'.

Kalau yang dekat Sungai Dua, selalu p masa hari yang malamnya ada Kelas Perbandingan Agama. Terkejar-kejar lepas kelas, turun bas kat Masjid USM. Terus ke BERKAT dan siapkan makan sebelum Maghrib.

Menu yang paling sinonim, nasi goreng kampung + teh ais. Teh ais BERKAT ni paling best & kow dari kedai-kedai lain.Suasananya jugak yang tak berderetan dengan kedai makan yang lain membuatkan saya rasa sedikit 'privacy'.

Masa final year, dah selalu p ke BERKAT yang dah melebarkan sayapnya ke kawasan depan RST. Dan masa tu dah banyak kedai makan lain. Usue, Anis, Mira dan Ida dah kurang nak ke BERKAT. Tapi Ida selalu jugak ikut.

Tapi, Allah gantikan peneman yang setia. Cik Nadiah. Yang bestnya, Nad jugak ada perasaan yang sama terhadap BERKAT..hehe..

Saya still ingat yang Nad selalu cakap suka makan kat BERKAT sebab makanan yang diletak dalam pinggan berpatutan, tak terlalu banyak dan dia bole habiskan....

Dia juga tidak begitu gemar ke kedai makan lain yang lebih jauh untuk sampai, dan dia juga malu untuk makan di kedai-kedai lain yang berderetan sebab terlalu open dan ramai lelaki. (nad, kita kan pemalu..heh!)

Walaupun dah hampir 3 tahun tinggalkan Penang, tapi kenangan BERKAT still melekat dalam hati.
Tambah-tambah pulak masa duduk di Sabah, makan tanpa begitu rasa feel. Teringat kat BERKAT, Penang dan seluruh isinya...

Hope satu hari dapat jalan-jalan di Penang dan pergi semula ke tempat-tempat yang memorable ni.

5 comments:

NadiaH ManaF @ ナディア said...

hehehe...adoi cik mila...sweet memory.
tingat plak, kalau makan dgn ida, dia mesti cakap 'nad, jgn mnum ais,nti ssh nk kurus',haha.
bila order nasi grg paprik kat sabah, mesti tringt nasi grg paprik berkat yg sgt sedap tu,sampai sy introduced nm BERKAT kt kwn2 kt sana,tu dia penangn BERKAT,haha.
blom lagi 'pelayan2' kedai panggil kita bdk sekolah,:D.
bab pemalu tu paling buat sy ketawa..hehehe
(panjangnya ank pakcik manaf komen)

~kamilah~ said...

hehe..memang betul sgt2..
sy slalu teringatkan BERKAT.. walaupun dah lama tinggal...mmg penangan la..
rasa xda lg kedai siam yg leh tanding BERKAT kt cni.. tu la pasal, ingatkan kita budak sekolah, tahu lah kita suma awet muda..hehe
smlm ad satu perenggan yang sy padam smula.. tp ni nk cakap gak.. sy suka bila ida n nad jalan sama2.. n sy tgok dr belakang.. mmg sama tinggi, xlebih xkurang...
(pnjang jugak tuan rumah komen b'cz terlalu excited....)

NadiaH NaDya @ ナディア said...

hehe...xpe je kalo tuan rumah komen pnjang-panjang..
i'allah ada rezeki kita g penang lagi ek..hehe

~kamilah~ said...

insya Allah...
yg penting kene p BERKAT....hehe

NadiaH NaDya @ ナディア said...

baik...!!