Pages

May 21, 2018

Buat Yang Telah Pergi

Assalamualaikum wbt.

Coretan ini untuk kenangan .

Suatu kenangan yang ingin ku coretkan di sini. Telah perginya seorang teman bicara meninggalkan alam ini April yang lalu.

Dia teman bicara walaupun bukan seagama dengan ku...aku tahu dia tabah menghadapinya sepanjang melawan penyakitnya itu.

Air mata gugur tatkala mendapat khabar berita kehilangannya. Aku muhasabah diriku...terasa diriku yang dhaif ini tidak dapat memimpinnya ke agama ku sepanjang hayatnya. Hidayah milik Allah. Aku diingatkan oleh seseorang supaya tidak memikirkan yang buruk kepadanya.....kerana itu urusan sahabatku dengan Yang Maha Mencipta.

Aku cuba ingat kembali segala kenangan bersamanya.....sejak hari pertama dia memberitahu ku tentang pemyakitnya. Aku memeluknya erat. Suasana hiba menyelubungi kami ketika itu. Namun riak wajahnya sangat kuat . Semangatnya kental.

Saat dia memberitu ku akan berumah tangga dengan seorang yang sanggup menerimanya walaupun sudah mengetahui akan penyakit kanser yang dihidapinya. Aku tumpang gembira untuk dirinya.
Tidak lama selepas itu, dia telah bertukar berhampiran dengan keluarganya kerana urusan untuk mengubati penyakitnya.

Selepas dia mendirikan rumah tangga, aku telah berpakat dengan kawanku untuk pergi menziarahinya. Hadiah sudah disediakan dan aku sudah memberitahu kawan-kawanku.Ada yang telah mengirim wang kepadanya. Namun, apakan daya....tiada rezeki untuk bertemu kerana kawanku sibuk mengubati penyakitnya di luar negara.  Aku menyimpan rindu kepadanya sedalamnya. Sahabat yang sudah jauh di mata.

Sejak hari itu, aku banyak menghubunginya melalui whatsapp atau telefon.

Hingga akhir hayatnya aku tidak dapat bertemunya lagi.

Dan itulah suratan takdir yang harus aku terima.

Tenanglah sahabatku di sana.

Salam Ramadan 1439H

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah....kita semua masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan kali ini.

Moga bulan ini menjadi bulan terbaik untuk kita semua dalam mencari erti kita seorang Muslim untuk memenuhi perjalan pulang kepada Allah swt.

Sabar
Redha
Terus tersenyum.

Salam Ramadan.
Ramadan kareem.



Jul 3, 2017

Salam Aidilfitri 1438H

Assalamualaikum wbt.

Ramadan sudah berlalu. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan 11 bulan berikutnya sebelum bertemu di Ramadan akan datang dengan izin Allah swt.

Salam Aidilfitri pada sahabat blogger. Kullu 'am wa antum bikhair...

Keep istiqamah..teruskan berusaha dan berdoa..moga diberi kesihatan tubuh badan, pendengaran dan penglihatan untuk beribadah.

Teruskan dengan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan syawal.

InsyaAllah.

Jun 6, 2017

Sijil Halal Shaklee 2017

Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah Sijil Halal bagi Produk Shaklee untuk tahun 2017. Sijil ini sah sehingga 31 Disember 2017.

Ia umpama lampu hijau bagi kita umat Islam menggunakan produk ini tanpa ragu-ragu dari segi halal nya.


SIJIL HALAL SHAKLEE 2017






Sijil ini dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America). Ia adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Kita boleh menyemak di web halal JAKIM

http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZ5X2JvZHk7Ozs7&utama=CB_LIST


ISA tersenarai sebagai badan luar  pensijilan halal yang disahkan oleh JAKIM.   







Jadi, saya juga menggunakannya tanpa ragu-ragu. Untuk konsultasi terbaik, bole sms/whatsapp saya di 019-4150690

Jun 4, 2017

Salam Ramadan 1438H

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah kita masih bertemu dengan Ramadan pada tahun ini...moga kita sama-sama dapat memanfaatkan seluruh anggota kita berbakti dan beramal pada bulan yang penuh mulia ini kerana belum tentu kita masih berpeluang bertemu Ramadan yang akan datang. Maut itu pasti tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.
Sudah ramai orang yang kita sayangi, yang kita kenali, dahulunya sama-sama beribadah bersama kita telah kembali kepada Penciptanya pada tahun ini. Kita sudah tidak dapat melihat mereka dan berkasih sayang dengan mereka. Mereka yang dahulunya berbual dengan kita, memberi kita makanan atau minuman, hadir ke majlis kita dan mengambil berat tentang kita, telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tinggallah kita masih dia dunia meneruskan perjuangan, mendoakan mereka yang telah pergi.

Wahai sahabat seIslam, moga Ramadan ini adalah yang terbaik, yang tercantik, yang terindah andai ini Ramadan terakhir bagi kita. Doakan moga kita dibukakan jalan hidayah, begitu juga rakan-rakan kita yang masih belum memeluk Islam..moga diberi hidayah olehNya..

Salam Ramadan
1438H.

Nov 19, 2016

SABAR

Assalamualaikum wbt.

Antara perkara yang mudah dilafaz tetapi sukar diterjemah kepada perbuatan ialah SABAR.

SABAR  tidak terangkum kepada orang ditimpa kesempitan sahaja.

ORANG SAKIT SABAR dengan menahan kesakitannya
ORANG SIHAT SABAR dengan tidak menggunakan waktunya membuat maksiat
ORANG MISKIN SABAR dengan kesusahan hidupnya
ORANG KAYA SABAR dengan tidak membelanjakan hartanya pada tempat yang haram
ORANG BAWAHAN SABAR dalam mematuhi ketuanya
ORANG ATASAN SABAR dalam memegang amanahnya
ORANG BERKAHWIN SABAR dalam mengemudi rumahtangga
ORANG BUJANG SABAR dalam penjagaan dirinya
ORANG BERNIAGA SABAR dengan kerenah pelanggannya
PEMBELI SABAR dengan tidak membazir dalam pembeliannya

BERSABARLAH DALAM  SEGENAP KEHIDUPAN KITA........

KITA MAMPU MENGUBAHNYA....