Pages

Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Oct 9, 2012

Miscellaneous Sabah

Assalamualaikum wbt.



Pejam celik, dah hampir dua tahun saya meninggalkan negeri di bawah bayu. Sebenarnya, memang tak pernah terfikir akan tinggal di sana, tapi perancangan Allah Maha Hebat mengatasi segala perancangan manusia.

Masih terbayang lagi, first impression saya melihat suasana Kota Kinabalu dari udara. Banyak sekali rumah tradisional di sepanjang persisiran pantai, laut yang membiru, pantai yang putih bersih. Dan, kapal terbang yang saya naiki selamat mendarat di bumi Sabah yang bakal saya huni tanpa saudara mara tika itu.

Saya hanya bertawakkal pada Allah, moga-moga menambah petunjuk dan hidayah kepada saya dengan perpisahan sementara dengan keluarga kali itu.

Sebenarnya banyak peristiwa yang dah menjadi sejarah berlaku sepanjang berada di sana. Terkadang saya menjadi lebih bersyukur kerana sudah mendapat didikan agama sejak kecil dan itulah bekalan yang saya bawa ke sana.

Minggu-minggu awal lagi, iman saya sudah diuji...bila mana masa Pendidikan Jasmani, saya telah di'marahi' oleh pensyarah gara-gara dituduh melanggar peraturan disebabkan tak "tight in" baju masa turun padang dan tak masukkan tudung dalam t-shirt masa tu. Biarlah di mata pensyarah dan kawan-kawan, saya 'degil' tak mendengar kata. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya sangat meminta maaf kerana memang saya tak dapat mengikut peraturannya ketika itu. Sebak menahan air mata yang bila2 saja akan gugur tapi seorang daie memang mesti "tebal muka" dan saya pasti ada di kalangan rakan yang sudah memahami mengapa saya lakukan demikian. Pensyarah siap katakan pada saya," kalau tak mahu ikut peraturan, bungkus baju balik kampung." Saya dah redha waktu tu walau apa pun terjadi, ada hikmahnya. Namun, rahmat dan kasih sayang Allah swt mengatasi segalanya. Saya selamat tak dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Alhamdulillah...

Dari sudut pandang saya secara personal, kehidupan semasa itu, suasana belajar, pergaulannya sangat bebas. Bersentuhan yang bukan mahram. Inikah bakal cikgu yang nak mendidik anak-anak? Saya sangat terkilan dan memang tertekan. Cuma menjaga diri dan berdoa. Semasa satu kem yang dah diadakan, seperti biasa adalah sesi "water confident" masa tu kami dibahagikan kumpulan bercampur lelaki dan perempuan. Jurulatih menyuruh kami memegang tangan lelaki yang bukan mahram kami. Sekali lagi saya menjadi 'degil' dan 'kebal'... Ini bukan situasi mencemaskan, bukan keadaan terpaksa. Ada muka2 rakan yang tak berpuas hati dengan saya, tapi saya doakan moga mereka faham satu hari nanti sebab saya lakukan demikian.

Situasi lain pula, ramai sekali yang tidak menjaga solat malah tak bersolat. Inilah penyakit umat akhir zaman. Bukan mudah untuk tetap istiqamah menunaikan solat walaupun tahu yang ianya wajib. Jadi, nak menjadi guru bukan mudah, bukan hanya cemerlang akademik, tapi akhlak lebih penting. Usah salahkan anak murid itu dan ini, tapi cuba pandang ke belakang, siapa kita pada masa yang lalu?

Wahai jiwa2 yang tenang!

Bersabarlah bila dilabel 'tak mendengar kata', 'kolot', 'tak bergaya', 'terlalu skema'.. Itu semua tak sampai secebis dari sakit yang bakal kita tanggung di akhirat kelak akibat tak menjaga hak2 Allah.

Kita terkadang berasa malu bila dilabel sedemikian.

Tapi mengapa kita tetap dengan pendirian untuk menjaga agama kita dari dipijak-pijak oleh mereka yang cuba memadamkan cahaya Allah?

Sebab kita faham. Kita faham yang itu memang tanggungjawab kita. Walau penat macam mana sekalipun, malu macam mana sekalipun, kita tetap mempertahankannya.

Moga tetap terus istiqamah saudaraku!





May 23, 2012

Cikgu Bahasa Inggeris Mesti Berpakaian Ikut Gaya Barat?

Assalamualaikum wbt.




Pengalaman ini diceritakan kepada saya oleh seorang kawan semasa di Sabah dahulu. Sahabat saya ini, sebelum memasuki salah sebuah universiti di Semenanjung, beliau mengambil STPM. Semasa di sekolah menengah, beliau sangat disayangi oleh beberapa orang guru bahasa Inggeris di sekolahnya kerana beliau sangat menyerlah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Selepas tamat STPM, beliau menyambung pengajian dalam bidang TESL di universiti. Rezeki beliau untuk menjadi pendidik telah tersurat. Semasa KPLI, usai praktikal, sahabat saya ini pergi semula ke sekolah untuk melawat guru-guru yang amat dirinduinya(luahan beliau kepada saya).

Sahabat saya ini sudah berhijrah memakai tudung labuh seperti seorang ustazah. MasyaAllah!. Dalam kerinduan yang amat sangat kepada guru-gurunya, beliau dengan penuh harapan pergi ke sekolah untuk bertanya khabar kepada guru-gurunya. Ada antara mereka yang menyambut baik kedatangannya.

Namun, yang amat menyedihkannya, seorang guru Bahasa Inggeris yang amat disayanginya telah memandang serong kepadanya.

Antara kata-katanya ialah, "Kita ni, jika jadi cikgu Bahasa Inggeris, tak boleh nampak sangat taksub pada agama".

Terkejut.

Hancur hati sahabat saya ini. Beliau berkata kepada saya, bahasa Inggeris hanya bahasa. Bahasa untuk memudahkan urusan dunia. Tak perlu menukar cara berpakaian, cara hidup dan segalanya menjadi "orang putih". (insyaalllah, akan saya ingat nasihatnya hingga ke akhir hayat).

Walaupun beliau sangat sayang akan gurunya, namun dia berlepas diri daripada "nasihat" gurunya itu.
Beliau mendoakan agar gurunya mendapat taufik & hidayah daripada Allah swt.

Walaupun kita mengajar apa pun subjek, walaupun kita digelar teacher di sekolah, tak salah menjadi teacher yang islamik, teacher yang memahamkan murid bahawa bahasa Inggeris hanyalah salah satu daripada ilmu Allah swt. Kita belajar bahasa Inggeris, bukan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang barat atau pegangan hidup orang kafir laknatullah.

Kita belajar bahasa Inggeris untuk memudahkan urusan kehidupan kita.

Satu perkara penting yang mesti diingat, dalam syurga nanti, penghuninya bukan bertutur dalam bahasa Inggeris, tapi bahasa Arab.

Tak perlulah seorang cikgu bahasa Inggeris berpakaian seksi dan mendedahkan aurat.

Ada baiknya kita mulakan kelas dengan ucapan "Assalamualaikum" sebelum ucapan "good morning'.

Ada baiknya kita menjadi ketua kepada murid2 membaca doa penerang hati sebelum kita mulakan kelas Bahasa Inggeris.


Sebaik-baik guru ialah seorang yang berpegang teguh pada agama, mantap akidahnya dan berupaya mengajak muridnya mendekatkan diri kepada Allah swt.

Allahu a'lam. 














Dec 22, 2011

Lelaki Suka Simpan Janggut?

Assalamualaikum wbt.




Semasa di Sabah, seorang pensyarah pendidikan jasmani yang beragama Islam telah berkali-kali memberi amaran kepada dua orang rakan sekelasku.

Masih segar dalam ingatan, bagaimana tiap kali adanya kelas pendidikan jasmani, mulalah kami sekelas telah dapat merasakan yang suasana tegang telah tercetus kerana pensyarah tersebut tidak putus-putus mengarahkan mereka berdua supaya tidak menyimpan janggut dan jambang.

"Kalau kamu tak mahu ikut peraturan, jangan masuk sini, ramai lagi yang nak masuk. Saya bagi kamu dua minggu untuk bersihkan muka kamu tu," kata pensyarah tersebut dalam nada yang sangat tegas.

"Dulu masa interview kamu dah janji nak buang janggut kan? Yang interview kamu tu kawan saya. Dia pesan suruh tengok-tengokkan kamu."

Rakanku hanya tersenyum dan tunduk

Kami sekelas diam membisu. Semuanya melayan fikiran masing-masing dan menilai sejauh mana kebenaran apa yang dikatakannya.

Setahu saya, dari sekolah dahulu, ustaz-ustazah selalu mengatakan menyimpan janggut adalah sunnah nabi.

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Kami ada bertanya sendiri kepada rakan sekelas tersebut, sama ada mereka hendak mencukur janggut dan jambang mereka seperti yang dikehendaki pensyarah tersebut, namun mereka mengatakan tidak sekali-kali.

Saya juga banyak kali memikirkan tentang perkara ini kerana ianya menjadi topik hangat di dalam kelas kami.
Saya ucapkan tahniah juga kepada mereka kerana bersabar menahan kata-kata pensyarah tersebut tiap kali kelas pendidikan jasmani diadakan.

Syukur, baru-baru ini saya terbaca di satu blog yang mengatakan terdapat hikmah lelaki disyariatkan menyimpan janggut.

Hujahnya berbunyi begini,


Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Caranya bagaimana?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Suatu ketika dahulu, di sekitar abad ke- 6 M, seorang lelaki yang yatim piatu sejak kecil, buta huruf serta tiada tahu menulis dan membaca telah menceritakan sesuatu yang menakjubkan mengenai alam semesta, ekonomi, politik, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya.

Setelah beberapa ketika daripada kewafatan baginda saw, para saintis melalui kajian yang silih berganti telah mula menemui serta mengakui kebenaran yang tercatat di dalam Al – Quran sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun dahulu.

KESIMPULANNYA : Simpan lah janggut anda wahai Suami dan lelaki. Cuba lihat ahli saintis barat zaman dahulu, yang mencipta lampu, yang membuat telefon, semua gambar mereka yang sampai kepada kita ialah wajah yang BERJANGGUT. Kenapa??

(sumber)


See, ISLAM SENTIASA DI ATAS!

Nov 23, 2011

Terkenang....

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari, selesai solat Zohor di rumah, saya turun ke kawasan parking Beverly Hills, sambil turun tangga, sambil tu jugak check semula dalam beg. Telekung, stationary, terjemahan Quran, noteboook, handphone dan wallet. Dan payung yang dipinjam daripada housemate. Lengkap. Melangkah terus tanpa begitu tergesa-gesa. Masih ada 10 minit sebelum seorang sahabat lama datang menjemputku kali ini.

Fikiran melayang, "Di mana tempat perjumpaan kali ini?" bercakap seorang di dalam hati.

Dan selang 5 minit, sahabatku tiba bersama suami dan sepasang little mujahidnya. Senyuman terukir. Dia duduk di tempat duduk belakang bersama saya. Salam dihulurkan dan dia membisikkan sesuatu ke telingaku. Terasa kehangatan ukhwah itu.  

"Maaflah Kamilah, sempit sikit, si kecik ni tidur, dah penat kot, dari pagi tadi tak tidur, ada program kat Teluk Likas". Dia berkata kepadaku dengan mesra sambil menunjukkan mujahidah kecil yang tidur nyenyak di ribaannya. Mujahid yang sulung pula mengintaiku dari tempat duduk hadapan. Saya hanya mampu tersenyum kepada anak pejuang itu.

Sepanjang perjalanan, telefon sahabatku tidak berhenti berdering, semuanya bertanyakan tentang pertemuan yang dijanjikan sebentar lagi. Mungkin ramai juga kali ini. Bisikku dalam hati. Saya betul-betul rasa seperti menyusahkannya kerana dia datang menjemputku hanya dengan bantuan GPS kerana mereka baru saja pindah ke Sabah tidak sampai sebulan.

Kereta mula memasuki kawasan perumahan dua tingkat. Mata saya memerhatikan sekeliling. Hujan lebat.
Akhirnya, berhenti di hadapan sebuah rumah tersergam indah. Rupanya, ramai yang sudah ada di situ. Kami disambut mesra oleh kawan-kawan kepada sahabatku. 

Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh suami kepada salah seorang akhawat yang berada di situ. Pertama kali saya berkenalan dengan ramai juga orang Semenanjung yang juga sedang menuntut ilmu di Sabah dan terdapat juga yang telah bekerja.

Banyak juga agenda yang telah disempurnakan satu persatu pada hari itu. Kemuadian yang tinggal hanya 'kaum wanita'. Sampailah pada suatu yang surprise...Sambutan hari lahir salah seorang akhawat yang baru sahaja saya kenali...

Alhamdulillah.....

Sekarang, hujan di luar membawaku mengenangkan waktu seperti ini pada tahun lalu....


Hari lahir seorang ukht... tahun lalu......











Oct 31, 2011

Separuh Penuh Vs Separuh Kosong

Assalamualaikum wbt.


Duduk 'bersepah' di ruang tamu. Masing-masing study ikut pilihan hati. Jumlah semuanya 6 orang. Ditambah dengan seorang yang selalu berkampung di rumah kami menjadi 7.

Makin gamat sebab masing-masing kalut dengan 'exam mood'. Mulut tak henti tanya itu ini yang tak faham, kurang pasti dan tak pernah tahu.

Semuanya di celah-celah buku.

Dan tiba-tiba Kak Dayang bersuara sambil memegang gelas jernih berisi air.

 "Eh, korang cuba teka. Kalau korang tengok gelas ni separuh penuh ka separuh kosong?"

Semua letak buku serentak.

Tiap-tiap orang pulak tu kene jawab. Ada yang jawab separuh penuh, ada yang jawab separuh kosong.
Ada yang takut nak jawab tapi akhirnya jawab juga setelah dipaksa.

"OK lah saya bagi jawapannya", Kak Dayang bersuara sambil ketawa.

"Actually, tiada jawapan yang betul bah..."


"Kalau kamu jawab separuh penuh dats mean fikiran kamu positif."


"Kalau kamu kata separuh kosong, kamu tu negatif orangnya."


Rumah makin gamat dengan suara-suara 'anak dara'.


"Patut la ko selalu fikir bukan-bukan." Salah seorang menepuk sambil ketawa pada rakan yang cakap separuh kosong. Serentak ketawa berderai lagi.

Yang menjawab separuh kosong terus menutup muka dengan bantal.



Begitulah kehidupan. Kita boleh lihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza.
Tiap yang berlaku sepatutnya dilihat dari sudut positif.

Pencerahan selepas kegelapan yang melanda amatlah penting.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155) 



How About You??



p/s : -terima sms dr seorg shbt ptg ni. Moga awok tabah sokmo ye.....=D

Oct 30, 2011

KFC

Assalamualaikum wbt.

"Kita nak makan apa hari ni?" kata salah seorang housemate suatu hari.

"Jom kita gi KFC ja lah depan sana. Tukang masak cuti hari ni bah..." sapa yang lain pula.

Dan sepakat hari itu ke deretan kedai di Beverly Hills. Jalan beriringan dari rumah. Almaklum semuanya tiada kenderaan. Cuaca hari tu mendung. Berjalan melintasi blok-blok yang lain disebabkan rumah kami jauh ke belakang.

Sambil jalan mulut tak henti bercerita,

"Rumah kita dah penuh dengan BBM(Bahan Bantu Mengajar). Nak menyapu pun kene letak tepi-tepi BBM tu". 

"Baru nampak rumah tiser(teacher)".

"Malam tadi ada orang tu tido atas kertas mahjong. Aku terkejut bangun2 tengok dia atas kertas mahjong".
Serentak ketawa menandakan seisi rumah tahu siapakah itu...=).

Langkah terus diatur.

"Nak tunggu bulan 11 ni maunya penuh rumah kita.Confirm tak bawak balik semenanjung".

"Sayang la pulak. Tapi akak yang Sarawak ni pun tak bawak balik juga...".

"Nanti kita bilang sama Pam, dia kan selalu jumpa madam di kelas bah..". Yang lain hanya mengangguk setuju.

Hujan rintik-rintik mula turun. Langkah makin laju. Sambil jalan ,sambil bercerita, sambil bergurau. Ada yang pegang payung cucuk payung yang lain.

"Sampai........" salah sorang kami mematikan perbualan.

Masuk KFC, terus menju ke meja paling tepi, paling tersorok.

"Privacy sikit kat sini". Saya bersuara.
Yang lain senyum.


Beverly Hills 2010


Dan kelmarin saya melintasi KFC. Teringat semula kenangan itu. Melihat dari luar mereka yang di dalam seronok dengan rakan masing-masing. Saya kesunyian tanpa rakan-rakan.

Hajat untuk masuk dibatalkan. Dunia pekerjaan yang membataskan pergerakan bersama dengan rakan. Masa dengan rakan sekerja yang terbatas dek kerana kesibukan masing-masing yang kebanyakannya sudah berumah tangga.

Bukan hidup dalam kenangan. Tapi lebih mensyukuri nikmat belajar. Nikmat berukhwah. Nikmat yang sudah berlalu.


Rebutlah Peluang Berukhwah Selagi Ada!

 

Jul 8, 2011

Delicious

Assalamualaikum wbt.

 google image

Teringin nak makan satu makanan ni.

First time makan masa duk kat Sabah.

Housemate yang order masa tu.

 BUTTER PRAWN

Masa makan kat satu kedai di Ampang,
try order butter prawn ni.
tapi 
adik manis yang ambik order wat muka pelik.

Dia cakap, Apa tu?
erm, tak pe lah dik, akak makan je menu lain yang ada..=p

Dan

Pernah juga try masak dengan housemate tapi butter tu tak jadi serangup kat kedai..

 Mengidam la pulak hari ni...hehe


p/s : cik nadiah, alang-alang duk kat Sabah sekarang, tolong la masak untuk saya ye!...




Apr 19, 2011

Reflection

Assalamualaikum wbt.


Tahun lalu.....

Catatan perjalanan di Sabah.

Masih banyak destinasi yang masih terpelihara daripada 'tangan-tangan manusia'.

Monolog sendirian bagaimana Allah megawal dan mentadbir setiap helaian daun, sungai, bukit-bukau dan langit yang tidak bertiang dengan cukup lengkap tanpa bergantung pada suatu makhluk selainNYA.

Itulah beza Allah dan makhluk ciptaanNYA. makhluk ciptaan Allah dari kalangan manusia dan jin mempunyai kabinet untuk mentadbir kehidupan mereka. Namun ia belum mampu menandingi Kebesaran Allah.


sejauh mata memandang.....

laluan penduduk tempatan

Warning




Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire.(Al-Imraan3:191) 



Allah the Greatest !

Feb 28, 2011

Sudah Berlalu

Assalamualaikum wbt.

Detik itu semakin lama semakin jauh ditinggalkan masa yang berlalu namun masih segar dalam ingatan. Masih banyak yang dapat diceritakan satu persatu.

Tidak pula ketandusan idea untuk mengingat kembali saat tersebut. Tatkala menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Sekolah yang memenangi banyak anugerah di peringkat kebangsaan.

Ada sahaja rombongan pelawat setiap minggu datang dari seluruh Sabah dan Semenanjung yang datang untuk melihat sendiri sekolah tersebut dan membawa pulang idea-idea bernas ke sekolah masing-masing.

Saya mempelajari banyak sekali perkara baru tidak kira aspek pedagogi mahupun akhlak. Akhlak sesama muslim dan bukan muslim.

Kenangan yang tidak akan dilupakan.....insyaAllah.

malu pulak yang tengah =p
bukti kreatif
 congkak moden
Ni hasil tangan Azmeera
Sedapnye...nyum
Tengok pun da kenyang...
 sape nak join?

 latihan kebakaran

p/s : Cik Nadiah, bersedialah anda..hehe

Tambah kenalan, luas pengalaman

Jan 21, 2011

Berkenal-kenalan

Assalamualaikum wbt.

Pertama kali menjejakkan kaki di sana, perasaan bercampur baur, tetapi seingat saya rasa berdebar yang paling merajai hati tika itu. Sejak orientasi lagi, mula mengenali teman sebilik seramai 5 orang. Tiga orang dari Semenanjung dan dua lagi dari Sabah dan Sarawak.

Syukur, semuanya ramah-ramah. Orientasi yang tidak sampai seminggu digunakan sebaik mungkin untuk mula berkenal-kenalan. Ye lah, masing-masing tengah terkejut. Ada yang sudah pernah bekerja tetapi tiba-tiba kene orientasi (abes la saya).

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al-Hujurat 49:13)




Selepas orientasi, kami tinggal menyewa di Beverly Hills dan ditambah seorang lagi ahli rumah menjadi enam orang iaitu Pamela a.k.a Pam (sebenarnya Pam yang ajak kami masuk rumah tu). Rumah yang serba lengkap. Tinggal masuk bawak baju sahaja. Memang sangat berpuas hati.

Bermulalah episod kehidupan bersama kami. Di IPG, kawan-kawan ada gelaran khas pada kami serumah. They called us 'Geng Bas Sekolah' instead of our name. Mungkin sebab masa semester satu kami naik bas sekolah tiap hari. Rindu dengan nama tu.

Sepanjang hampir setahun macam-macam episod suka-duka yang dilalui bersama.

Tidur paling tak teratur semasa praktikum. Asam garam praktikum lebih-lebih lagi malam sebelum kene 'observe'. Tidur di celah-celah 'teaching aid'. Dari hujung sini sampai la hujung sana penuh dengan 'teaching aid' masing-masing. Ada yang bangun terus menulis (mengigau).

Kenangan berpuasa bersama. Pam turut join kami berbuka. Agama bukan penghalang kerana kita sendiri sebagai orang Islam dituntut berbuat baik kepada sesiapa selagi perkara itu tidak bertentangan dengan Islam. Kita dituntut memperkenalkan Islam kepada non-muslim.

Program masak-masak bersama walaupun saya bukan la chef di dalam rumah tu. Kalau sedap sama-sama makan, kalu tak sedap pun sama-sama habiskan...huhu.

************************************

Kini setelah berjauhan, air mata bisa mengalir tika dapat berbual dengan bekas teman serumah.
 Antara ayat-ayat wajib yang keluar :-
-nak balik Beverly!
-rindu nak turun dari rumah sama-sama, nak kalut sama-sama!
-nak rebut cermin pagi-pagi..hurmm..(ada seorang daripada kami yang pantang ada jerawat walaupun 1, mulalah satu rumah jadi risau sama sekali !)


Subhanallah! ukhwah ialah sesuatu yang indah. Tersenyum sendirian bila mengenangkan. Terasa manisnya.

US

Pantai Teluk Likas Mac 2010

p/s : Tiada dalam gambar - Pamela.

Bertemu dan berpisah kerana Allah!


Jan 16, 2011

Sedekah

Assalamualaikum wbt.

Setiap kali keluar bersamanya, dia sentiasa mencari-cari peminta sedekah. Keinginan untuk MEMBERI sentiasa menebal dalam dirinya. Dia bukanlah seorang yang kaya-raya. Ketulusan hatinya menenangkan sesiapa sahaja yang mendampinginya. Jika ada 10 orang, dihulurkan kepada semua. Apabila ternampak peminta sedekah dari jauh mula dia menyeluk beg mencari dompetnya. Air matanya sangat mudah mengalir apabila melihat orang susah.

Mula berasa kagum melihatnya. Apabila masalah melanda dia mula menyatakan mungkin sudah lama tidak berSEDEKAH. Daku tersenyum mendengar kata-katanya.



Sedekah tidak semestinya banyak dan tidak pula semesti semasa senang. Sebaliknya sedekah ketika kesusahan adalah lebih bermakna.


Ada pula yang mencela apabila melihat hanya sedikit pemberian seseorang kepada peminta sedekah.

"Alahai, seringgit je dia bagi".

"Sikitnye dia hulur, nampak macam kaya"

Janganlah kita menjadi salah satu ciri munafik.

Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk  disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:79)

Pernah ternampak seseorang yang melencong melalui jalan lain semata-mata ingin mengelakkan daripada bertemu dengan peminta sedekah. Itulah salah satu daripada kezaliman yang tidak disedari.

Jika peminta sedekah itu memeluk Islam kerana pemberian kita, tertarik dengan sikap kita (kata-kata Ustazah semasa kelas di Sabah) , itu adalah lebih baik.

Sebenarnya, banyak sangat bentuk sedekah yang boleh diberi. Senyum juga salah satu daripada sedekah  yang tidak memerlukan modal. Mengalihkan dahan kayu yang menghalang jalan juga sedekah.

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang BERSEDEKAH dan orang-orang perempuan yang BERSEDEKAH , serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al- Hadiid 57:18)

Mulalah bersedekah sekadar yang termampu.

Sudahkah anda bersedekah hari ini ?

Jan 13, 2011

Lorong

Assalamualaikum wbt.

 Beverly Hills Kota Kinabalu


Lorong ini....
Dilalui hampir setiap hari sepanjang di Kota Kinabalu
Menggamit seribu kenangan
Mencatat suka duka ahli-ahli 'geng bas sekolah'
Menyaksikan insan-insan keluar berjalan kaki demi ke tempat dakwah
Mendengar kata hati 'mereka' ketika kesulitan melanda
Melihat senyum lebar ahlinya tika nikmat kesenangan dikecapi
Membisikkan supaya pejuang itu membetulkan niat menuntut ilmu kerana Allah
Memanggil 'hati-hati' mereka untuk terus kembali kepada fitrah

Lorong ini....
Hanyalah satu lorong dari 'lorong-lorong kehidupan'
Pilihlah lorong yang terbaik
Supaya tidak sesat di sepanjang perjalanan
Supaya selamat sampai ke destinasi terakhir



Lorong yang kaya dengan ketenangan hakiki itu yang terbaik !

Jan 5, 2011

"Saya islam" atau "Saya Islam"

Assalamualaikum wbt.

Saban kali kita mendengar, "Ada apa dengan nama?" ia tidak menggambarkan sesuatu secara keseluruhannya.
Saya belajar sesuatu yang menarik perhatian saya pada suatu hari sewaktu majlis ilmu.

"Saya lari"         "Saya Lari"

Usai menulis perkataan ini pada papan putih, penyampai a.k.a sahabat saya, beliau bertanya kepada kami apakah perbezaan tentang dua pernyataan tersebut. Pelbagai jawapan diberikan. Tiba-tiba saya ditanya. Sungguh waktu itu saya hanya terfikirkan huruf l pada perkataan Lari itu dan begitu juga jawapan yang saya berikan.Ternyata sahabat saya ini penuh dengan ilmu Pedagogi walaupun beliau bukanlah seorang guru. AHSANTI!!. Dengan tenang beliau menyambung kata-katanya, "Jika 'saya Lari', saya akan tetap Lari walaupun saya duduk. Semua ahli majlis tersenyum tanda faham sambil menganggukkan kepala. Tetapi jika 'saya lari', saya akan dikatakan duduk jika saya duduk. Itulah yang dikatakan kata kerja atau kata nama. Niat saya bukanlah untuk mengajar tatabahasa kepada anda.

Hakikatnya,

Bagaimana pula yang di bawah ini?, Beliau menyambung lagi.


"Saya islam"         "Saya Islam"

Adakah 'saya Islam' terbukti dengan nama sahaja tanpa disertai dengan amal soleh yang menggambarkan nama tersebut?.Tentunya tidak. Seseorang yang mengaku Islam mestilah membuktikan dengan PERBUATAN DAN DISERTAI DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH(ingatan buat diri sendiri sebenarnya).

Oleh kerana itu, pilihlah untuk menjadi 'saya islam'. Bukan hanya pada nama tapi disertai dengan perbuatan. Pastinya Allah akan meredhai keislaman kita. InsyaALLAH!

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-Baqarah 2:208)

 'Pegang Islam sungguh-sungguh dalam segenap perbuatan'

 Mulalah berkata pada diri "Saya islam"