Imam Nawawi berkata: "Menurut para ulama, bahawa hakikat malu itu adalah sebuah perangai yang diciptakan agar pemiliknya meninggalkan hal-hal yang buruk dan mencegahnya agar tidak mengurangkan hak yang mesti diberikan kepada ahlinya".
Showing posts with label hadith. Show all posts
Showing posts with label hadith. Show all posts
Oct 13, 2014
Malu
Assalamualaikum wbt.
Imam Nawawi berkata: "Menurut para ulama, bahawa hakikat malu itu adalah sebuah perangai yang diciptakan agar pemiliknya meninggalkan hal-hal yang buruk dan mencegahnya agar tidak mengurangkan hak yang mesti diberikan kepada ahlinya".
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Iman itu memiliki 70 atau 60 lebih cabang. Cabang yang paling utama adalah mengucapkan (menegakkan) kalimat laa ilaaha illallah, sedang yang paling rendahnya adalah menyingkirkan duri dari jalan. Dan malu itu merupakan salah satu cabang iman."
(Riwayat al-Bukhari no.9 dan Muslim no.35)
Al-bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a., beliau berkata yang bermaksud,
"Adalah Rasulullah saw itu lebih pemalu daripada seorang gadis pingitan. Jika melihat sesuatu yang tidak baginda sukai,kami boleh mengetahui daripada raut wajah baginda."
(Riwayat al-Bukhari no. 6119 dan Muslim no.2320)
Imam Nawawi berkata: "Menurut para ulama, bahawa hakikat malu itu adalah sebuah perangai yang diciptakan agar pemiliknya meninggalkan hal-hal yang buruk dan mencegahnya agar tidak mengurangkan hak yang mesti diberikan kepada ahlinya".
Jan 17, 2013
Garisan Segi Empat, Lurus Dan Garis-Garis Kecil
Assalamualaikum wbt.
Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., beliau berkata maksudnya,
"Suatu ketika Nabi SAW membuat garisan segi empat, kemudian baginda membuat garisan lurus memanjang di tengah-tengahnya hingga keluar dari batas garis persegi itu, sementara di kedua sisi garis tengah itu terdapat garis-garis kecil. Baginda lalu menerangkan : 'Beginilah manusia. Garis persegi ini menggambarkan kurungan ajalnya yang sekali-kali dia tidakkan mampu lari darinya. Garis lurus memanjang yang keluar dari batas garis persegi ini menggambarkan angan-angannya, sedang garisan kecil ini menggambarkan berbagai gangguan dan cubaan yang bakal menimpanya;jika ia mampu selamat daripada yang satu, mungkin akan tertimpa oleh yang lain dan jika ia mampu menghindar daripada yang satu, boleh jadi akan terperangkap oleh satunya lagi (dan seterusnya)."
~Riwayat al-Bukhari no 6417~
Jan 6, 2013
Di Sebalik Musibah
Assalamualaikum wbt.
Daripada Abu Said dan Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud,
Tiada sesuatu pun yang menimpa diri seorang Mukmin, sama ada berupa keletihan, rasa sakit, kecemasan, kesedihan, gangguan, mahupun kesusahan, bahkan sampai tertusuk duri sekalipun, melainkan Allah akan menghapus dosanya berkat musibah yang menimpanya.
~Riwayat Muslim no.2573~
Dec 4, 2012
Tentang Hudud
Assalamualaikum wbt.
Hudud.
Sesuatu hukum Allah yang banyak disalah anggap, diringan-ringankan oleh sesetengah pihak dewasa ini.
Mari kita sama-sama membaca dan memahamai sebaiknya intipati yang terdapat dalam hadith yang ingin saya kongsikan kali ini.

Daripada Aisyah r.a,
"Bahawa kaum Quraisy pernah dirisaukan tentang hal seorang wanita daripada kalangan Bani Makhzum yang terbukti mencuri. Mereka lalu mengadakan musyawarah. Seseorang daripada mereka berkata, " Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah tentang hal ini?" Ada yang menjawab, "Tidak ada yang boleh berbicara dengan beliau dalam hal ini, melainkan Usamah bin Zaid, seorang yang disayangi Rasulullah saw. Seterusnya Usamah pun melaksanakan tugas tersebut, namun Rasulullah saw menjawab, "Apakah engkau mahu meminta bantuan tentang hukum had yang telah ditetapkan Allah agar diringankan?". Seterusnya, baginda berdiri dan bersabda, "Sesungguhnya punca hancurnya umat sebelum kamu adalah jika ada orang terhormat daripada kalangan mereka mencuri, mereka tidak menghukumnya ; namun ketika yang mencuri adalah orang yang lemah,mereka menegakkan hukuman atasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad saw mencuri, tentu akan ku potong tangannya".
~Riwayat al-Bukhari no 3475 dan Muslim no 8~
Hukum Allah pasti akan mewujudkan keamanan...dan menyelesaikan masalah jenayah yang sangat berleluasa...
Usah ragu
Usah bimbang
Takutkah kita akan hukum Allah?
Nov 30, 2012
Tujuh Golongan Mendapat Naungan Allah
Assalamualaikum wbt.
Pagi ini, saya membelek kitab Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi dan diringkaskan oleh Syaikh Yusuf Al-Nabhani, mencari-cari sedikit bekal untuk hati, saya bertaawwuz, basmallah, berselawat ke atas Nabi saw dan mula membuka helaian demi helaian kitab. Tiba-tiba mata saya tertancap pada satu hadith Nabi saw yang sungguh padat dan menyentap hati kecil saya.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi saw, baginda bersabda,
"Tujuh golongan yang akan Allah swt menaungi mereka di bawah naunganNya yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya iaitu imam yang adil, pemuda yang taat beribadah kepada Allah swt, orang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling menyayangi kerana Allah sehingga bertemu dan berpisah juga keranaNya, lelaki yang diajak seorang wanita cantik untuk berbuat maksiat, namun berkata, "Sesungguhnya aku takut kepada Allah", orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sepi sehingga berlinang air matanya."
~Riwayat Bukhari no. 1423 dan Muslim no.1031~
Di manakah kita?
Sep 27, 2012
Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala
Assalamualaikum wbt.
Daripada
Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
-
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
-
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
-
Zakat dijadikan hutang.
-
Suami memperturutkan kehendak isteri.
-
Anak derhaka terhadap ibunya,
-
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
-
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
-
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
-
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
-
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
-
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
-
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
-
Para artis-artis disanjung-sanjung.
-
Muzik banyak dimainkan.
-
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika
itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka
akan dirobah menjadi makhluk lain".
~H.R
Tarmizi~
Sep 11, 2012
Ghuraba
Assalamualaikum wbt.
Di kala rasa tersisih kerana menegakkan agama..
Ingatlah pada hadith ini wahai saudaraku...
Lantas hati dan semangatmu akan teguh kembali.....
Di kala rasa tersisih kerana menegakkan agama..
Ingatlah pada hadith ini wahai saudaraku...
Lantas hati dan semangatmu akan teguh kembali.....
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah bahwa
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Beliau ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing
itu ?”. Beliau bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rosaknya
manusia”. Dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada sunnahku”.
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Thabrani]
Tenang sekali dikala mengingati sabda Rasul junjunganku ini ....
| Semakin membesar... |
Jun 22, 2012
Sabar Dan Berbuat Baik
Assalamualaikum wbt.
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku
mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka
tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi
mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap
mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.”
Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau
katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang
panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah
Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang
demikian itu”.
Jun 5, 2012
Ulamak Tak Dipedulikan
Assalamualaikum wbt.
Dari Sahl
bin Saad as-Saaidi r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda;
'Ya Allah!
Jangan kau temukan aku dan
mudah-mudahan kamu (sahabat)
tidak bertemu
dengan suatu masa di mana para ulama
sudah tidak diikut lagi, dan orang yang
penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada
fasiqnya), lidah mereka
seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."
.
~H.R. Ahmad~
May 27, 2012
Allah Mengangkat Ilmu Daripada Bumi
Assalamualaikum wbt.
عن عبدالله بن عمرو بن العاص:
قالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول: إِنَّ
الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ،
وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّ إذَا لَمْ يُبْقِ
عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ،
فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا
(متفق عليه)
Daripada
Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah
(sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah
mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia
mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika
tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’
(orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya,
maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan
menyesatkan orang lain.
(Muttafaq ‘Alaih = HR Bukhari dan Muslim)
Apr 4, 2012
Jangan Marah
Assalamualaikum wbt.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda :Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhari )
Jan 19, 2012
Hadiah Bagi Yang Meringankan Beban Orang Lain
Assalamualaikum wbt.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda :
"Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya, selagi hamba-Nya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisi-Nya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya."

Dec 14, 2011
Dec 9, 2011
Ajaib Orang Mukmin
Assalamualaikum wbt.
Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
Hadith riwayat Muslim.
Jul 10, 2011
Gopoh-Gapah
Assalamualaikum wbt.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Gopoh-gapah itu datang daripada syaitan kecuali pada lima tempat : Mengahwinkan anak perempuan apabila baligh, membayar hutang apabila sabit, mengebumikan mayat apabila mati, meraikan tetamu apabila berkunjung datang, dan bertaubat daripada dosa setelah melakukan maksiat.

Jun 2, 2011
Masa
Assalamualaikum wbt
Nabi saw telah bersabda yang bermaksud :
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi