Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Jun 4, 2017

Salam Ramadan 1438H

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah kita masih bertemu dengan Ramadan pada tahun ini...moga kita sama-sama dapat memanfaatkan seluruh anggota kita berbakti dan beramal pada bulan yang penuh mulia ini kerana belum tentu kita masih berpeluang bertemu Ramadan yang akan datang. Maut itu pasti tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.
Sudah ramai orang yang kita sayangi, yang kita kenali, dahulunya sama-sama beribadah bersama kita telah kembali kepada Penciptanya pada tahun ini. Kita sudah tidak dapat melihat mereka dan berkasih sayang dengan mereka. Mereka yang dahulunya berbual dengan kita, memberi kita makanan atau minuman, hadir ke majlis kita dan mengambil berat tentang kita, telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tinggallah kita masih dia dunia meneruskan perjuangan, mendoakan mereka yang telah pergi.

Wahai sahabat seIslam, moga Ramadan ini adalah yang terbaik, yang tercantik, yang terindah andai ini Ramadan terakhir bagi kita. Doakan moga kita dibukakan jalan hidayah, begitu juga rakan-rakan kita yang masih belum memeluk Islam..moga diberi hidayah olehNya..

Salam Ramadan
1438H.

Jun 20, 2015

Ramadan 1436H

Assalamualaikum wbt.



Salam Ramadan yang dinanti...
Moga Ramadan kali ini dapat meningkatkan keiamanan kita 
seiring dengan pertambahan usia di dunia yang tidak kekal ini...

Ahlan Ya Ramadan








Aug 6, 2013

"Lauk Masjid"

Assalamualaikum wbt.


Teringat nak letak gambar "lauk masjid" kat sini. Sebenarnya "lauk masjid" ni hanya nama yang di letak oleh ummi dan abah saya.

Ada memori di sebalik namanya.

Ummi selalu cerita sambil2 masak kat dapur, waktu dulu2 masa zaman ummi kecik2, ada jugak majlis berbuka kat masjid masa bulan puasa, tapi tak macam sekarang, pihak masjid sediakan semuanya. Masa dulu, pihak masjid sediakan nasi tapi lauk2 tu biasanya orang kampung bawak dari rumah masing2 untuk dikongsi dengan jiran lain di masjid.

"Lauk Masjid"

"Lauk masjid" ni antara yang femes yang di bawa oleh orang kampung. Ia adalah gulai ayam kampung(yelahh, dulu memang org guna ayam sendiri) yang dibuat hingga pekat/ditunggu hingga kuahnya ala2 nak kering gitu tapi rempah yang digunakan ialah rempah gulai tradisi Terengganu. Kalau biasanya kat pasar besar di sebelah pantai Timur ni, ada rempah gulai khas. Tapi sekarang dah dipeket cantik..Rempah gulai Cap Bunga Rose dan rempah masak Cap Bunga Rose...Biasanya orang Terengganu akan tahu cara nak guna dua rempah ni dalam pelbagai masakan.

Lauk ni jugak dah jadi tradisi kat rumah kami tiap kali Ramadhan datang. Paling kurang ada sekali "lauk masjid" ni dalam sebulan Ramadhan.

Saja saya 'snap' gambar ni untuk jadi kenangan dengan ummi dan abah. Memori bulan Ramadhan dan moga ia menjadi salah satu memori yang terpahat di ingatan selagi hayat masih ada...InsyaAllah...


p/s : hanya tinggal masa2 kecederaan Ramadhan kali ini. Adakah Ramadhan kali ini paling dimaknakan oleh diri kita masing2? sama2 kita renungkan. Masih ada masa. Gunalah sebaiknya.









Jul 17, 2013

Salam Ramadhan & Sedikit Muhasabah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah....
Pantas masa berlalu...dah lebih seminggu kita berpuasa. Allah masih beri kita semua peluang mendidik diri kita dalam madrasah Ramadhan.

Walau sebesar mana pun ujian yang mendatang pada diri kita, moga kita tidak alpa dan sentiasa beringat-ingat untuk merebut pelbagai ganjaran yang Allah sediakan untuk kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Kita seharusnya bersyukur kerana hidup beragama Islam dan memahami agama Islam dan kita sungguh istimewa disediakan bulan ini sedangkan itu tiada pada agama lain.

Dalam usaha kita menempuh jalan, meredah segala halangan, tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kembali bertemu Sang Pencipta suatu hari nanti. Bila saya fikirkan semula, dulu asal saya dari lahir ke dunia, kemudian menginjak ke umur dewasa dan seterusnya menempuh hari2 yang semakin mendekat ke noktah terakhir.

Untuk apa?

Dengan merenung semula, tujuan saya diciptakan ke dunia, ia boleh menenangkan fikiran ini dan melihat segala yang kita tempuhi sehari-hari adalah garisan2 ujian yang mesti ditempuh.

Namun,
pada akhirnya saya akan pulang ke tempat asal, bertemu Sang Pencipta. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan sentiasa perlu diingatkan tentang tujuan kehidupan yang sementara ini.

Sama2 kita bermuhasabah diri, dalam keadaan dunia yang semakin tua umurnya. Dalam suasana manusia yang semakin alpa dengan kehidupan dunia dan segala 'kecanggihan teknologi' dan segala macam perhiasan yang boleh merambangkan mata yang tidak dilapisi dengan selaput keimanan dan ketaqwaan yang jitu.

Ingin saya kongsikan di sini satu hadith menceritakan,
Seorang sahabat Rasulullah bertanya, "Ya Rasulullah, yang bagaimanakah orang yang baik perbuatannya?" Nabi menjawab,"Yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya." Sahabat bertanya lagi, "Dan yang bagaimana orang yang paling buruk?" Nabi menjawab,"Adalah orang yang panjang usianya dan buruk amal perbuatannya." 
(Hadith riwayat Ath-Thabrani dan Abu Na'im)

Selamat Mentarbiah Diri..





Aug 10, 2012

Genap Setahun Pemergian Tok

Assalamualaikum wbt.



Malam tadi, aku melalui kawasan perkuburan berdekatan dengan masjid dalam perjalanan meneruskan perjuangan titisan2 terakhir Ramadhan pada tahun ini. Dari jauh, tersusun kemas si batu nisan di atas deretan kubur yang sepi. Hanya beberapa pohon pokok yang memenuhi kawasan perkuburan ini.

Terdetik di dalam hati, "semakin ramai penghuni tanah perkuburan ni".
Ada antara mereka yang aku sangat kenal, dulu sewaktu kecil berjalan bersamaku ke masjid melalui jalan ini dan melalui kawasan perkuburan ini. Kini, mereka telah kembali ke pangkuan Allah, Zat Yang Maha Agung dan menjadi sebahagian ahli tanah perkuburan ini. Meremang seluruh tubuhku mengenangkan yang aku juga pasti akan menjadi ahlinya satu hari nanti. Bila dan di mana? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Entah mengapa aku juga teringatkan Ramadhan aku yang lepas, Ramadhan terakhir bersama tok. 19 Ramadhan yang lalu, genap setahun tok kembali menghadap yang Maha Esa. Di awal Ramadhan tahun lepas, aku yang ketika itu diuji dengan sakit kaki, tidak pergi bersolat tarawikh di masjid dan sempat menemani tok yang takut untuk tinggal di rumah seorang diri. Tok selalu menungguku bersolat tarawikh. Masih terbayang tok memakai telekung dan duduk di muka pintu bilikku. Ah, sungguh emosi!

Moga tok baik2 sahaja di alam barzakh dan moga menjadi tempat berehat sebelum hari Qiamat. Aminn.
Alhamdulillah, dalam keterujaan menanti bulan Ramadhan, aku sempat menziarahi kubur Tok di Terengganu pada bulan Sya'ban yang lalu. Aku menahan sebak sambil membersihkan pusaranya. Abah yang memimpin bacaan doa kami. Ummi juga tak tertahan kesedihan. Dan aku sebagai anak, tak terlepas memikirkan bagaimana pula hari perpisahan abadi bersama ibu bapaku yang bakal aku lalui satu saat nanti. Aku rela jika aku yang pergi dahulu sebelum mereka....

Aku turun dari kereta malam tadi dengan fikiran yang masih melayang2 jauh memikirkan tentang kematian. Aku teringatkan pula bagaimana hinanya orang munafik.
 

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
~At-Taubah 9:84~ 
 
 
Moga aku tak menjadi salah seorang daripada mereka golongan munafik. Nauzubillah....
 
Sejak tok meninggal pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan, aku juga bercita2 sangat untuk meninggal pada Hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Mohon doa daripada semua pembaca.

Dan hari ini hari Jumaat tiba lagi, aku terkenangkannya. 







Aug 6, 2012

Nuzul Quran

Assalamualaikum wbt.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alif, Laam, Miim. 
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
~Al-Baqarah 1: 1-2~ 


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
 ~Al-Qadr 97:1-5~


Segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat umur kepada kita semua pada 17 Ramadan pada tahun ini untuk kita sama-sama menghayati sejarah yang telah berlaku iaitu penurunan Al-Quran yang menjadi "tempat rujuk" kita semua umat Islam pada hari ini.

Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar tidak dapat disangkal lagi. Ramai para saintis dan ahli sejarah membaca dan mengkaji al-Quran pada akhirnya mengakui bahawa Al-Quran bukan direka oleh seorang manusia.

Moga kita sama2 cakna dengan segala peristiwa yang berlaku dalam kalendar Islam sepanjang tahun. Tambahan pula, kita sekarang berada dalam zaman di mana manusia mementingkan keduniaan dan menyanjung para kafir laknatullah. Sejak saya bersekolah dahulu hingga sekarang, hanya ustaz-ustazah Pendidikan Islam dan bahasa Arab sahaja yang menulis tarikh mengikut kalendar Islam di sekolah. Yang lainnya tetap menulis tarikh mengikut kalendar masihi dan bukannya kalendar hijrah.

Apa kata, kita (terutama cikgu2) walaupun tak mengajar pendidikan Islam, kita tulis juga tarikh mengikut kalendar hijrah setiap kali masuk ke kelas di samping tarikh kalendar masihi. InsyaAllah, anak murid kita dilatih menjadi umat Islam yang lebih cintakan agama, cerdas dan berpengetahuan tinggi dari segi agama dan keduniaan.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Baca selanjutnya Sejarah Nuzul-Quran. Sila luangkan masa KLIK DI BAWAH:
http://panduanpercuma.info/agama/909/sejarah-nuzul-al-quran/


Selamat menyambut dan menghayati peristiwa Nuzul Quran pada hari ini!
 

Aug 1, 2012

Miscellaneous Ramadan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi umur untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih bernafas dalam degupan iman dan Islam dan masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mencoretkan sesuatu di sini yang entah bila akan ku tinggalkan buat selama-lamanya. Itu pasti.

Hari ini, kita sudah memasuki fasa ke dua bulan Ramadhan al-Mubarak. 10 hari pertengahan bulan yang mulia ini. Diharapkan kita masih sama-sama dapat membahagikan masa seadilnya bagi merebut ganjaran dan keampunan sepanjang bulan ini.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang 12 hari berpuasa bagi diri saya pada tahun ini. Kegembiraan dan kesedihan yang mana apabila kita redha, nescaya Allah akan campakkan ketenangan dalam hati kita. Hingga hati kita berkata, "Ya Allah, aku redha dan pasrah dengan segala ujian Mu. Moga aku bersabar dengan segalanya. Innalillahi wa inna ilaihirajiun."


Di sekolah, kegembiraan jelas terpancar pada kami umat Islam apabila kami menerima 2 orang saudara baru. Saudara seagama dan seakidah. Ya, 2 orang anak muridku baru memeluk Islam. Makin bertambah 'jemaah' yang mengimarahkan surau pada waktu rehat. Pertama kali saya memakaikan tudung kepadanya, mereka tersipu2 malu.

"Best tak?" saya bertanya.

Mereka hanya menganggukkan kepala dan senyum lagi. :-)) sambil memegang tudung yang sudah sedia tersarung di kepala.

Sesungguhnya Allah swt lah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memimpin seseorang kepada kebenaran. Moga Allah sentiasa memimpin anak2 muridku yang berjuang meninggalkan gaya hidup jahiliyyah mereka. Jadikan mereka mutiara yang bersinar di celah2 debu kekafiran.

Saudara2 ku sedang mendengar kata2 hikmah kak ustazah
Beberapa hari yang lalu, sedang asyik mendengar ceramah, ada satu ayat penceramah tu yang menerombos ke segenap penjuru hatiku. Kak Ustazah di sebelahku perlahan-lahan menarik kertas catatanku dan menulis sesuatu. Mulanya, saya tak pasti apa yang ditulisnya. Kemudian beliau perlahan-lahan memberikan semula kepadaku. Tak sangka, ayat itu ditulis. Perasaan kami sama. Ayat itu meruntun hati kami. Mempasakkan keyakinan yang datang tiba2. Kata-kata itu berbunyi,

"Apabila kita berbaiah dengan Allah, nescaya Allah akan permudahkan."

Allah hu akbar...
Masih banyak perkara yang saya masih berhutang dengan Allah.
Masih banyak perkara yang masih belum dibaiah dengan Allah.

Minda ligat menilai diri sendiri. Masuk ke setiap inci hati. Menyelinap ke seluruh kehidupan sendiri.
Mengembara melihat kesan2 sejarah yang berlaku pada diri sendiri.

Mulai saat ini, saya memulakan langkah seterusnya kehidupan
 dengan 
"bismillahi tawakkal tu 'alallah".









Jul 26, 2012

Refresh

Assalamualaikum wbt.

Satu nasyeed yang boleh refresh mood Ramadan kita....

Welcome Ramadan 
by
Misyari Rashid al-Afasy


FN : Hari ni dah hampir seminggu berpuasa. Moga semangat kita bertambah kuat mencari kemenangan. Kita yang berperang dengan NAFSU di bulan Ramadan.

Bagaimana solat kita?
Bagaimana puasa kita?
Bagaimana tadarus al-quran kita?
Bagaimana sedekah kita?
Bagaimana amalan2 sunat kita?

Saya tinggalkan semua persoalan di atas untuk dijawab sendiri oleh hati2 kita sendiri yang sama sekali tidak dapat menipu diri kita semua....

Selamat meneruskan perjuangan Ramadan!





Jul 19, 2012

Ramadan 1433H

Assalamualaikum wbt.



Selamat Berpuasa
Dengan Sebenar-benar Puasa...
Insya Allah...

p:s : Mohon maaf segala kesalahan pada semua pembaca...

Jul 15, 2012

Ramadan Is Just Around The Corner !!!

Assalamualaikum wbt.

Sejak bulan Rejab lagi, imam masjid di kawasan rumahku telah mengulang-ulang bacaan ayat Al-Quran mengenai syariat puasa.





Syahdu hati ini ketika mendengar suruhan Allah swt melalui wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw 1400 taun yang lalu yang masih ditunaikan oleh kita umat akhir zaman. Tiada apa yang lebih menggembirakan Rasulullah saw selain daripada melihat umat yang amat disayangi baginda, masih beramal dengan ajarannya dan masih lagi bernafas dalam degupan iman..Alhamdulillah ....

Saya masuk ke pasar-pasar dan kedai, buah tamar sudah semakin banyak dijual. Pelbagai jenama dan harga yang berbeza-beza. Mood Ramadan semakin terasa.



Sudahkah kita bersedia untuk melaluinya?
Ramadan Al-Mubarak semakin menghampiri kita. Biarlah kita melangkah juga mengampirinya dalam keadaan yang BERSIH dan penuh persediaan. Persediaan bukan yang zahir sahaja tetapi yang lebih penting persiapan HATI yang khusyuk dan tawadhuk menghadap Allah swt.

Banyakkan bertaubat dan berdoa moga-moga Ramadan kali ini menjadi turning point kepada kita untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah swt.

Tidak mustahil hamba yang dhaif seperti kita, menjadi salah seorang yang diterima ibadahnya di sisi Allah swt dengan syarat kita bersungguh2 dan yakin dengan kasih-sayang Allah swt kepada hambaNya tanpa batasan.

Buat mereka yang telah berkeluarga, ceritakan pada ahli keluarga tentang kelebihan Ramadan, syariat puasa yang terdapat di dalamnya, pelbagai ganjaran Allah swt khusus dalam bulan ini seperti malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu Lailatul Qadr. Saya masih ingat, semasa kecil, abah yang banyak bercerita kepada kami adik beradik tentang bulan Ramadan. Di sinilah peranan seorang ayah dalam mentarbiyah anak2. Ibu sebagai pembantu dan pelengkap kepada ayah.

'Merosakkan kain yang bersih dengan contengan adalah mudah namun menghasilkan satu corak yang bermutu memerlukan mujahadah yang panjang'.

Selain itu, perbanyakkan bangun untuk qiamullail. Bangun menghadap Allah swt Tuhan semesta alam. Bagaiman rasanya, susah untuk diceritakan dengan kata-kata. Yang penting, bagi yang belum pernah bangun malam untuk solat, bangunlah. Rasakanlah ketenangannya dalam hatimu! Kamu juga akan semakin kuat untuk melangkah menyelesaikan tanggungjawabmu di siang hari. Belum cuba, belum tahu...Inilah latihan untuk kita bangun sahur pada bulan Ramadan nanti, bukannya makan di tengah malam sebelum tidur dengan alasan susah untuk bangun awal pagi..ruginya kita.

Bacaan al-Quran hendaklah diperhebat dan dipergiatkan. Selalunya, kita sudah mula berkira-kira untuk mengkhatamkan Al-Quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadan kali ini. Tak kurang juga yang sudah mempunyai group sendiri untuk bertadarrus dalam bulan Ramadan nanti. Ikatan silaturrahim semakin utuh dan bila satu kerja ni dilakukan berjemaah, kita rasa makin semangat! Ada yang mengingatkan kita di kala kita lemah. Tapi, apa yang penting...cubalah untuk memahami kalamullah yang dibaca.

Bersedekah juga amat digalakkan kerana salah satu hikmah kita berpuasa nanti ialah kita dapat merasa kelaparan yang dirasai oleh saudara kita yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Dari itu, ia dapat melenturkan hati kita yang keras membatu, merendahkan keegoan kita bahawasanya kita di sisi Allah tidak sekali-kali diukur dengan kekayaan yang kita miliki.

Banyak sangat sebenarnya persediaan yang mesti kita lakukan, seeloknya kita buat satu jadual yang bersesuaian untuk kita, target Ramadan kali ini dan yang paling penting luruskan niat kita Lillahi taala.

Jika kita utamakan hak Allah, insya Allah hati kita akan lebih tenang.

Marhaban Ya Ramadan!












Aug 17, 2011

Ceramah Nuzul Quran

Assalamualaikum wbt.

Sempena hari bermakna bagi seluruh umat Islam hari ini 17 Ramadan iaitu Nuzul Quran, marilah sama-sama kita hayati ceramah ini yang terbahagi kepada 4  bahagian.

Moga mendapat manfaat dan boleh disampaikan kepada kenalan-kenalan yang lain. insyaAllah


Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Ramadan...bulan diturunkan Al-Quran

Aug 2, 2011

Ada Rasa, Ada Getarnya

Assalamualaikum wbt.


The King of Fruits

"Cikgu, ada orang bawak durian", jerit seorang murid dari belakang.

Saya tersenyum. Maklumlah musim durian sekarang. Murid pun bawak bekal durian ke sekolah.

"Sapa bawak durian?" saya bertanya.

"Saya cikgu," jawab si manis di belakang sambil mengeluarkan sebiji durian dari beg sekolahnya.

"Nah cikgu" dia menghulurkan durian sambil tersenyum.

"Eh susah-susah je bagi cikgu, tima kasih..." saya tersenyum sampai telinga (^_^)

"Cikgu makan masa bukak puasa nanti..",jerit yang lain.


Hai,

Budak-budak suci. Tiada dosa.

Suka memberi.

Minggu lepas dapat buah machang dari sorang budak lain.

Murah rezeki.

Walaupun mereka non-muslim, tapi fitrah tetap sama.

FITRAH SALING MENYAMBUNGKAN SILATURRAHIM DAN CAKNA DENGAN MAKHLUK
SEKELILING.


Terdetik dalam hati. Rezeki 2 Ramadhan ni. Hikmah di sebaliknya supaya saya melihat dengan mata hati.

Supaya banyakkan bersedekah di bulan mulia ini.



Terima kasih wahai muridku.

Hari ni cikgu belajar sesuatu daripada kamu!


Jul 30, 2011

Ramadhan & Berkat Puasa

Assalamualaikum wbt.

Satu kisah yang diceritakan oleh Asy- Syibli.

Suatu hari, beliau sedang berjalan bersama satu kafilah dari Syam. Tiba-tiba datang gerombolan perompak menyerang mereka. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh rombongan Asy -Syibli kecuali menyerah diri kerana kalau melawan akan membawa kepada kebinasaan.

Maka para perompak itu merampas barang dari tangan setiap orang. Setelah semua barang rampasan itu dikumpulkan, mereka membawa kepada ketuanya. Mereka membuka bungkusan demi bungkusan dan sampailah pada sebuah bungkusan berisi makanan. Lalu mereka dengan bangganya sambil bersuka-suka. Tetapi ketua perompak itu tidak mahu makan sedikitpun, dia hanya melihat sahaja pada anak buahnya yang berpesta.

"Mengapa anda tidak makan sama?" tanya Asy-Syibli kepada ketua perompak.

"Saya berpuasa" jawabnya,

"Berpuasa? Betul ke?"

"Sungguh aku berpuasa"

"Bagaimana itu?"

"Mengapa pula?"

"Engkau merompak, merampas harta setiap yang lalu di jalan ini dan juga membunuh manusia sedangkan engkau berpuasa." kata Asy-Syibli.

"Wahai syeikh, aku mesti berbuat baik. Kami tidak ingin terus meompak." jawabnya.

Setelah beberapa tahun, Asy-Syibli pergi ke Makkatul Mukarramah untuk mengerjakan ibadah di kota suci  itu. Ketika beliau bertawaf di sekeliling Ka'bah, tiba-tiba dia melihat lelaki berbadan kurus berakaian ihram. Tiba-tiba dia teringat bahawa itu ialah ketua perompak yang pernah menyerangnya dahulu.

"Kalau tidak silap anda adalah ketua gerombolan perompak yang pernah merompak kafilah saya di suatu ketika dahulu bukan?" tanya Asy-Syibli.

"Betul tuan" jawabnya.

"Mengapa sekarang anda tiba-tiba jadi baik begini?"

"Kan sudah saya katakan dahulu kita mesti ada peluang untuk berbaik-baik. Maka puasa itulah yang telah menarikku ke jalan damai dan baik begini".

Ketua perompak itu telah bertaubat bersungguh-sungguh dan menjadi seorang muslim yang dikasihi Allah.

Puasa dapat mengubah hati yang keras menjadi lembut.






Selamat memasuki fasa tarbiyah Ramadhan!

Jul 10, 2011

Kurang Sebulan

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir -akhir ni, sudah banyak iklan kurma yang mula disiarkan.
Petanda bulan mulia Ramadhan Kareem yang ditunggu-tunggu semakin hampir menjelma.

Tak sabar rasanya ingin menikmati bulan mulia.

*
*
*
Moga Allah memberi kesempatan umur kepada kita semua untuk menghidupkan bulan Ramadhan kali ini.
InsyaAllah

COUNTING DAYS....


Apr 22, 2011

The Last Ten Nights

Assalamualaikum wbt.


"Cikgu, bila bulan puasa???", jerit salah seorang murid yang duduk di barisan paling belakang dalam kelas.

Saya berhenti menulis seketika dan memandangnya.

"Kenapa?", saya melontarkan soalan kembali.

"Bulan puasa best cikgu, dapat makan sedap-sedap", dia menjawab dengan gembira.

Saya tersenyum mendengarnya. Itulah kegembiraan seorang kanak-kanak apabila bercakap tentang bulan Ramadhan yang mulia. Mereka berkata tentang perasaan dengan jujur.

Bagaimana pula perasaan kita selaku orang dewasa?

Adakah berasa berat bila hampir Ramadhan menjelma?

Atau rasa tak sabar nak beraya?

Atau seronok dengan kemeriahan pusat beli-belah?

Jangan tertipu dengan keindahan dunia....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanamkan rindu untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu dengan bulan yang mulia ini.

Bersedialah dari sekarang, perbanyakkan ilmu dan amal.

Jadikan Ramadhan yang akan datang yang terbaik sepanjang umur kita.

Hadiah yang paling besar ialah lailatulqadr yang lebih baik daripada 1000 bulan dan kita mesti berusaha untuk bertemu dengannya.

Narrated 'Aisha:
Allah's Apostle used to practice Itikaf in the last ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the last ten nights of the month of Ramadan ,"