Pages

Aug 6, 2012

Nuzul Quran

Assalamualaikum wbt.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Alif, Laam, Miim. 
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
~Al-Baqarah 1: 1-2~ 


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
 ~Al-Qadr 97:1-5~


Segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat umur kepada kita semua pada 17 Ramadan pada tahun ini untuk kita sama-sama menghayati sejarah yang telah berlaku iaitu penurunan Al-Quran yang menjadi "tempat rujuk" kita semua umat Islam pada hari ini.

Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar tidak dapat disangkal lagi. Ramai para saintis dan ahli sejarah membaca dan mengkaji al-Quran pada akhirnya mengakui bahawa Al-Quran bukan direka oleh seorang manusia.

Moga kita sama2 cakna dengan segala peristiwa yang berlaku dalam kalendar Islam sepanjang tahun. Tambahan pula, kita sekarang berada dalam zaman di mana manusia mementingkan keduniaan dan menyanjung para kafir laknatullah. Sejak saya bersekolah dahulu hingga sekarang, hanya ustaz-ustazah Pendidikan Islam dan bahasa Arab sahaja yang menulis tarikh mengikut kalendar Islam di sekolah. Yang lainnya tetap menulis tarikh mengikut kalendar masihi dan bukannya kalendar hijrah.

Apa kata, kita (terutama cikgu2) walaupun tak mengajar pendidikan Islam, kita tulis juga tarikh mengikut kalendar hijrah setiap kali masuk ke kelas di samping tarikh kalendar masihi. InsyaAllah, anak murid kita dilatih menjadi umat Islam yang lebih cintakan agama, cerdas dan berpengetahuan tinggi dari segi agama dan keduniaan.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Baca selanjutnya Sejarah Nuzul-Quran. Sila luangkan masa KLIK DI BAWAH:
http://panduanpercuma.info/agama/909/sejarah-nuzul-al-quran/


Selamat menyambut dan menghayati peristiwa Nuzul Quran pada hari ini!
 

4 comments:

NadiaH NaDya said...

idea yang bgs...kdg2 ckgu pun boleh lupa tarikh ikut kalender hijrah..:P

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Elok benar cadangan cikgu tu supaya pelajar bisa mengenal tarikh kalendar Islam.

NEDI ARWANDI said...

lailah Al-Qodr, malam yang dirindu para hamba yang bertaqwa. malam yang berlimpahan keutamaan dan karunia laksana tetesan air hujan namun hanya akan diraih oleh orang-orang yang bermujahadah dalam taqarrub di malam kemuliaan itu.

~An-Nur~ said...

Blogger NadiaH NaDya : hurmm..ye lah..mmg kadang terlupa..bulannya ingat, tapi tarikhnya lupa..kalau ramadhan baru btul2 alert..

Abd razak : sy pun sedang mencuba utk istiqamah menulis di kelas

Nedi Arwandi : t.kasih atas peringatan yg sunnguh mendalam maksudnya..