Pages

Aug 25, 2012

Comfort Zone

Assalamualaikum wbt.

 Hari baru
 Umurku menginjak selangkah lagi menuju ke garisan penamat.

Kadangkala aku tenggelam dalam keasyikan dunia.
Aku kealpaan.
Keseronokan yang datang membuatkan aku
Bisa melupakan masalah yang dilalui sebelumnya.
Hai dunia, kenapa kau best sangat?

Kadangkala aku takut
Takut untuk menerima hakikat
Yang aku pasti suatu hari akan melalui saat-saat sukar
Kerna hidup ibarat putaran roda
Tak selamanya aku di atas
Hai dunia, kenapa kau best sangat?

Aku gembira sekali melihat keseronokan kanak2
Menyambut lebaran
Dan itu aku yang dulu sewaktu kecil
Bermain siang dan malam tanpa memikirkan
tanggungjawab
Tapi itu semua sudah lama menjadi sejarah hidup
takkan berulang lagi saat itu
Walaupun aku cuba memutarkan kembali waktunya
Hai dunia, kenapa kau best sangat?

Aku gembira sekali
Adanya keluarga yang bahagia
Sahabat2 yang sangat memahami aku,
Bisa menuntunku di saat aku kelemahan
Perjalanan hidup yang sentiasa dipermudahkan
Rezeki yang melimpah ruah.
Ya, jarang sekali aku rasa kesusahan dan kesempitan
Hai dunia, kenapa kau best sangat?

Aku sedar satu hakikat
Semua nikmat itu tak kan bermakna
Jika aku tak menjadi hamba yang bersyukur

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Semua nikmat percuma
Khas dari Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

:-))

Artifak yang telah dijumpai..:))

1 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Setiap yang dilihat, apa yang dirasa, apa sahaja yang dimakan dan diminum dan apa sahaja yang didengar, semuanya mengusik jiwa, kerana merasakan kebesaran Tuhan dan keagungan~Nya.

^_^