Pages

Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts

Sep 9, 2011

Rasulullah Tahu Zaid Akan Mati Syahid

Assalamualaikum wbt.

Satu cerita tentang mukjizat insan agung yang sentiasa kita rindui iaitu Nabi Muhammad saw.

Peristiwa pada peperangan Mu'tah. Ketika Rasulullah saw mengirimkan sejumlah pasukan untuk memerangi bangsa Rom di bawah pimpinan panglima perang Zaid bin Harithah r.a. dengan jumlah pasukan sebanyak 3000 orang sementara pasukan Rumawi yang akan mereka hadapi berjumlah 200 000 orang.

Ketika itu para sahabat pernah mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum keberangkatan mereka ke medan perang, "Kita akan memetik kemenangan dalam perang kemudian disusul dengan syahidnya Zaid bin Harithah, kemudian disusul dengan syahidnya Abdullah bin Rawahah, kemudian diambillah pucuk pimpinan oleh Khalid bin Walid atau yang bergelar pedang Allah dengan bendera Islam di tangannya dan umat Islam pun memperoleh kemenangan dalam perang tersebut.

Ketika pasukan muslimin kembali dari peperangan yang hebat tersebut,benarlah apa yang beliau beritakan sebelumnya akan peristiwa yang terjadi selama peperangan tersebut. Dan benarlah ketika mereka mendengar Abdullah bin Rawahah  yang mengambil alih pimpinan pasukan dan dilanjutkan oleh Khalid bin Walid yang terkenal dengan strategi peperangannya.

Ketika beliau melihat jumlah pasukan lawan yang begitu besar, beliau pun melakukan gerakan yang menggambarkan seakan-akan umat Islam dalam jumlah yang sangat besar.

Sejarah telah membuktikan kemahiran Khalid bin walid dalam berperang, sehingga benarlah bahawa Rasulullah saw menganugerahkannya kehormatan sebagai pedang Allah.

Buku yang dipinjam daripada seorang sahabat yang disanjungi...syukran ya Ustazah Akma!



p/s : Zaid, Khalid al-Walid antara nama-nama yang baik diberikan kepada anak. Special untuk mereka yang sedang menanti kelahiran zuriat..

May 22, 2011

Memberi Makan

Assalamualaikum wbt.

Biasanya apakah yang dilakukan oleh kebanyakan kita pada hari ini selepas solat Subuh?

Ada yang menarik semula selimut untuk menyambung tidur dan pelbagai aktiviti seharian yang lain.

Namun, tahukah kita apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW selepas solat Subuh???

Mari kita hayati kisah di bawah.
Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertanya kepada anaknya Aishah r.a,
'Adakah lagi yang tidak aku lakukan tetapi dilakukan oleh Rasulullah SAW?

 Jawab Aishah r.a, "Ada. Sesungguhnya Rasulullah SAW selepas solat Subuh pergi ke pasar mencari orang miskin untuk memberi makan kepada mereka."

Mendengarkan penjelasan Aishah r.a itu Saidina Abu Bakar terkejut lalu terus meluru ke dapur untuk mengambil seguni roti.
Kemudian beliau memikul guni itu menuju ke pasar. Sesampainya di sana, beliau terlihat seorang Yahudi yang buta lalu mendekatinya.

Beliau kemudian mengoyakkan roti itu lalu menyuruh Yahudi tersebut membuka mulutnya, mengunyah dan menelan.

Orang Yahudi tersebut bertanya, Siapakah kamu sebenarnya?

Saidina Abu Bakar r.a menjawab, "Aku dahulu orang yang memberi makan kepadamu."
Belum sempat lagi beliau menelan dengan sempurna, Saidina Abu Bakar r.a mengulangi perkara yang sama. Disuruhnya membuka mulut, mengunyah dan menelan roti yang lain pula.

Kemudian Yahudi tersebut bertanya lagi, Siapakah kamu sebenarnya?

Saidina Abu Bakar r.a menjawab, "Aku dahulu orang yang memberi makan kepadamu."
Semasa kali ketiga Saidina Abu Bakar r.a ingin menyuap roti kepada Yahudi tersebut, orang itu tidak membuka mulut. Namun dia tetap mengulangi soalan yang sama,

"Siapakah kamu sebenarnya?"

Saidina Abu Bakar r.a menjawab, "Aku dahulu orang yang memberi makan kepadamu."

Dia menjawab, "Tidak. orang yang memberi makan kepadaku dahulu tidak begini. Dia mencubit roti lalu merendamnya ke dalam air sebelum menyuap ke mulutku. Semasa roti tersebut berada di dalam mulutku, aku sempat merasa kesedapan dan aroma roti tersebut."

Saidina Abu Bakar r.a sangat terkejut mendengar penjelasan tersebut. Subhanallah !!!
Sungguh indah akhlak Rasulullah SAW. 

Kemudian beliau berkata, "Ya, aku bernama Abu Bakr, dan orang yang memberi makan kepadamu dahulu ialah Muhammad bin Abdullah. Baginda telah wafat"

Orang Yahudi tersebut terperanjat lalu berkata, "Jika begitu celakalah aku, akulah orang yang selalu memburukkan Muhammad tiap kali bertemu dengan orang di pasar, namun Muhammad yang telah memberi makan kepadaku!" 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW yang patut kita contohi. Akhlak mulia yang tiada tandingan.
Jika hari ini kita sukar untuk bertemu dengan orang miskin, berilah makan kepada haiwan peliharaan seperti kucing, ayam dan itik. Usah terkejut andai kucing yang lapar itu akan menolong kita di akhirat kelak dengan izin Allah SWT.

  Ayuh Kita Contohi Akhlak Rasulullah SAW

Jan 31, 2011

Adakah Kau Lupa???

Assalamualaikum wbt.



Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid 
 
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Peganglah erat tangan sahabat anda...hayati lagu ini...
Air mata akan mengalir deras tanpa dapat ditahan.

Adakah Kau Lupa?