Hari lahir seorang ukht... tahun lalu...... |
Nov 23, 2011
Terkenang....
Assalamualaikum wbt.
Suatu hari, selesai solat Zohor di rumah, saya turun ke kawasan parking Beverly Hills, sambil turun tangga, sambil tu jugak check semula dalam beg. Telekung, stationary, terjemahan Quran, noteboook, handphone dan wallet. Dan payung yang dipinjam daripada housemate. Lengkap. Melangkah terus tanpa begitu tergesa-gesa. Masih ada 10 minit sebelum seorang sahabat lama datang menjemputku kali ini.
Fikiran melayang, "Di mana tempat perjumpaan kali ini?" bercakap seorang di dalam hati.
Dan selang 5 minit, sahabatku tiba bersama suami dan sepasang little mujahidnya. Senyuman terukir. Dia duduk di tempat duduk belakang bersama saya. Salam dihulurkan dan dia membisikkan sesuatu ke telingaku. Terasa kehangatan ukhwah itu.
"Maaflah Kamilah, sempit sikit, si kecik ni tidur, dah penat kot, dari pagi tadi tak tidur, ada program kat Teluk Likas". Dia berkata kepadaku dengan mesra sambil menunjukkan mujahidah kecil yang tidur nyenyak di ribaannya. Mujahid yang sulung pula mengintaiku dari tempat duduk hadapan. Saya hanya mampu tersenyum kepada anak pejuang itu.
Sepanjang perjalanan, telefon sahabatku tidak berhenti berdering, semuanya bertanyakan tentang pertemuan yang dijanjikan sebentar lagi. Mungkin ramai juga kali ini. Bisikku dalam hati. Saya betul-betul rasa seperti menyusahkannya kerana dia datang menjemputku hanya dengan bantuan GPS kerana mereka baru saja pindah ke Sabah tidak sampai sebulan.
Kereta mula memasuki kawasan perumahan dua tingkat. Mata saya memerhatikan sekeliling. Hujan lebat.
Akhirnya, berhenti di hadapan sebuah rumah tersergam indah. Rupanya, ramai yang sudah ada di situ. Kami disambut mesra oleh kawan-kawan kepada sahabatku.
Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh suami kepada salah seorang akhawat yang berada di situ. Pertama kali saya berkenalan dengan ramai juga orang Semenanjung yang juga sedang menuntut ilmu di Sabah dan terdapat juga yang telah bekerja.
Banyak juga agenda yang telah disempurnakan satu persatu pada hari itu. Kemuadian yang tinggal hanya 'kaum wanita'. Sampailah pada suatu yang surprise...Sambutan hari lahir salah seorang akhawat yang baru sahaja saya kenali...
Alhamdulillah.....
Sekarang, hujan di luar membawaku mengenangkan waktu seperti ini pada tahun lalu....
1 comments:
kamilah...
nice sharing~~
Post a Comment