Pages

Nov 29, 2011

Tabung Masjid Untuk Digunakan Sebaiknya

Assalamualaikum wbt.

Pedih hati ini menahan sabar. Sabar dengan kerenah manusia yang tidak memahami atau belum memahami.

Jika kita besedekah ke tabung masjid atau ke rumah-rumah anak yatim sebagai contoh, kita pastinya niatkan supaya wang tersebut digunakan untuk program yang bermanfaat atau membeli kelengkapan yang diperlukan.
Kita tidak mahu sekiranya wang tersebut diperam seeloknya dalam simpanan akaun masjid tanpa digunakan.

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan ke atasnya” 
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Masyarakat di sekeliling kita masih ramai yang berfikiran cetek, masih ramai yang tidak memegang amanah sebaiknya. Saya katakan sebegini kerana ianya berasas.

Ramai yang telah bersedekah ke tabung sebuah masjid. Sayangnya, pemegang amanah sebagai bendahari tidak betul-betul memahami erti dia menjadi bendahari. Terlalu berkira dan kedekut untuk mengeluarkan dana untuk program. Baginya, semakin banyak duit masjid dikumpul, dia adalah bendahari yang berjaya. Apabila AJK mencadangkan supaya majlis ilmu diperhebat, dia menentang sekerasnya dengan alasan membazir. Tidak mahu mengeluarkan wang untuk dibayar kepada penceramah atau untuk menjamu jemaah yang hadir.


Bila dicadangkan pula supaya tabir putih dibeli untuk kegunaan ustaz yang ingin berceramah menggunakan projektor, dikatanya juga membazir. Kesudahannya, kain kafan yang disediakan untuk kematian digunakan sebagai tabir.

Sedarlah wahai bendahari!

Wang tersebut bukan sama sekali wang anda. Antum hanya pemegang amanah. Amanah yang akan disoal di akhirat kelak. Ke mana wang telah disedekah oleh hadirin ke tabung masjid?. Jangan kerana wang tersebut telah menjadikan kita hina di akhirat kelak.

Para penderma akan menuntut kembali kepada kamu sebagai bendahari kerana tidak menggunakan wang sedekah mereka semasa di dunia.

Begitulah harapan menggunung orang yang bersedekah ke tabung masjid.

Berhijrahlah pemikiran mulai sekarang. Keluar dari kepompong kejahilan dan lihatlah dunia yang lebih kekal abadi.

Amanah...nampak kecil tapi sangat besar!

0 comments: