Pages

Dec 22, 2011

Lelaki Suka Simpan Janggut?

Assalamualaikum wbt.




Semasa di Sabah, seorang pensyarah pendidikan jasmani yang beragama Islam telah berkali-kali memberi amaran kepada dua orang rakan sekelasku.

Masih segar dalam ingatan, bagaimana tiap kali adanya kelas pendidikan jasmani, mulalah kami sekelas telah dapat merasakan yang suasana tegang telah tercetus kerana pensyarah tersebut tidak putus-putus mengarahkan mereka berdua supaya tidak menyimpan janggut dan jambang.

"Kalau kamu tak mahu ikut peraturan, jangan masuk sini, ramai lagi yang nak masuk. Saya bagi kamu dua minggu untuk bersihkan muka kamu tu," kata pensyarah tersebut dalam nada yang sangat tegas.

"Dulu masa interview kamu dah janji nak buang janggut kan? Yang interview kamu tu kawan saya. Dia pesan suruh tengok-tengokkan kamu."

Rakanku hanya tersenyum dan tunduk

Kami sekelas diam membisu. Semuanya melayan fikiran masing-masing dan menilai sejauh mana kebenaran apa yang dikatakannya.

Setahu saya, dari sekolah dahulu, ustaz-ustazah selalu mengatakan menyimpan janggut adalah sunnah nabi.

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Kami ada bertanya sendiri kepada rakan sekelas tersebut, sama ada mereka hendak mencukur janggut dan jambang mereka seperti yang dikehendaki pensyarah tersebut, namun mereka mengatakan tidak sekali-kali.

Saya juga banyak kali memikirkan tentang perkara ini kerana ianya menjadi topik hangat di dalam kelas kami.
Saya ucapkan tahniah juga kepada mereka kerana bersabar menahan kata-kata pensyarah tersebut tiap kali kelas pendidikan jasmani diadakan.

Syukur, baru-baru ini saya terbaca di satu blog yang mengatakan terdapat hikmah lelaki disyariatkan menyimpan janggut.

Hujahnya berbunyi begini,


Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Caranya bagaimana?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Suatu ketika dahulu, di sekitar abad ke- 6 M, seorang lelaki yang yatim piatu sejak kecil, buta huruf serta tiada tahu menulis dan membaca telah menceritakan sesuatu yang menakjubkan mengenai alam semesta, ekonomi, politik, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya.

Setelah beberapa ketika daripada kewafatan baginda saw, para saintis melalui kajian yang silih berganti telah mula menemui serta mengakui kebenaran yang tercatat di dalam Al – Quran sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun dahulu.

KESIMPULANNYA : Simpan lah janggut anda wahai Suami dan lelaki. Cuba lihat ahli saintis barat zaman dahulu, yang mencipta lampu, yang membuat telefon, semua gambar mereka yang sampai kepada kita ialah wajah yang BERJANGGUT. Kenapa??

(sumber)


See, ISLAM SENTIASA DI ATAS!

0 comments: