Di Hadapan Sebuah Pasaraya
"Assalamualaikum"
"Assalamualaikum"
Seorang remaja menyapa. Dia membawa uncang untuk meminta belas ihsan sedikit.
Suatu hari, saya ke suatu pasaraya untuk membeli barang-barang hadiah Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah. Kira-kira sebulan yang lalu. Dalam hati, saya bukan tak mahu bagi, tapi dalam wallet ada note RM50 hanya sekeping itu dan beberapa syiling 20 sen.
"Tak sampai hati pulak nak bagi syiling ni,"getus hatiku. Nak bagi yang RM 50 nak guna isi minyak jap lagi.Ya Allah. Tapi saya mesti beri sesuatu padanya.
Timbul akal nak pecahkan duit RM50 ni.
Maka saya terus memberitahu kepada rakan yang non-muslim untuk masuk semula ke pasaraya.
"Akak baliklah dulu, saya nak beli air kotak jap kat dalam", kata saya dalam nada kelam-kabut. Kakak (kawan) hanya mengekoriku. Dia ambil air tin. Terus membuat pembayaran.
Saya menuju ke pintu keluar tergesa-gesa. Alamak, mana saudara tadi? .Kakak yang sudah mahu pulang dan kami berpecah di pintu keluar tersebut. Sungguh saya say goodbye kat kakak tanpa ada fokus dalam hati.
Saya berdiri terpacak. Mata melilau kiri dan kanan macam orang hilang anak. Saya berjalan laju ke arah kanan, berlalu di depan bank takut2 ada, tapi ternyata dia sudah hilang. Hilang entah ke mana.
"Di mana kamu?"
"Di mana kamu?"
Menyesalnya dalam hati, tak suruh dia tunggu sekejap di luar tadi. Menyesal. Menyesal. Air mata seakan mahu berderai. Pandangan kabur. Saya berjalan longlai ke kereta dan tangan masih menggenggam note yang mahu diberikan.
Dalam hati berdoa, "Ya Allah, pertemukanlah dia dengan orang yang mahu bersedekah kepadanya. Sungguh aku rasa bersalah hari ni. Mungkin juga dia utusanMu yang Engkau hantar untuk mengujiku hari ini. Ampunkan aku."
0 comments:
Post a Comment