Pages

May 14, 2011

Memorable Moment

Assalamualaikum wbt.










Rindu 'zaman belajar'...

Menjenguk 'tempat bermain'

Berehat di tempat yang 'menenangkan fikiran'

Berjalan di sepanjang rak yang penuh dengan Buku


p/s: kawan-kawan, jom  kita p jalan Penang! =p






May 8, 2011

Saat Lafaz Sakinah

Assalamualaikum wbt.



By : Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



May 5, 2011

The Best Solution

Assalamualaikum wbt.

Dia berasa sakit kepala dari semalam. Masih tidak berkurangan. 

Terlalu banyak berfikir???

Sudah menjadi tanggungjawab untuk memikirkannya.

Masihkah ada waktu???

InsyaAllah.

Apa yang sedang berlaku???

Sedang diuji keimanan.

Ada harapan untuk pulih???

Ya, bi iznillah...

Sudah cukupkah usaha???

Belum, cuba lagi.

Sudah berputus asa???

Tidak, itu bukan resmi GURU

Apa jalan yang terbaik???

Never give up and move forward.


Rabbi yassir wala tu'assir

May 4, 2011

Without Fail

Assalamualaikum wbt.

Pada mulanya hanya mendengar banyak kisah kehidupan yang berkisar tentang DOA YANG DIMAKBULKAN. 

Perasaan untuk mengikuti jejak langkah rakan-rakan yang berkongsi pengalaman mereka yang telah diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah untuk merasakan kemanisan kita bergantung harap hanya kepada yang Maha Memberi semakin meresap ke lubuk hati.

Apabila ujian datang bertimpa hati semakin lemah dan mencari perlindungan hanya kepada Allah.
Ketika mana tiada seorang pun yang percaya musibah yang menimpa akan kembali pulih dan tiada seorang juga yang dapat melihat bahawa sinar terang akan muncul dengan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Pencipta, kepada Allah juga segala pergantungan diserahkan.

 Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.(Al-A'raaf 7 :56)





Without fail,

Berdoalah kepada Allah, Tuhan yang selayaknya kita bergantung harap, insyaAllah akan dimudahkan jalan yang terasa sangat berat dan berliku-liku.

Akan terbuka lorong-lorong yang selama ini tertutup dan jalan yang jauh akan menjadi dekat. Perjalanan yang mengambil masa yang lama terasa singkat.

Sinar cahaya yang dicari selama ini akan ditemui dengan izin Yang Maha Berkuasa.


AND

The Most Important Is... ISTIQAMAH.


Without fail...I Thank to Allah

May 1, 2011

Travelog Seorang Da'i

Assalamualaikum wbt.

Buku ini telah lama dalam simpanan. Luangkan masa anda berkunjung ke kedai buku berdekatan untuk mencari buku-buku yang mendidik jiwa.

Usah bazirkan wang membeli majalah yang kurang bermanfaat. Kelak akan dipersoalkan ke mana wang (harta) kita digunakan.

Jom pakat baca buku ni.....



Belajar Daripada Pengalaman




Lets Do It !

Assalamualaikum wbt.


Syarat-syarat mendapat rahmat/ kasih sayang Allah....

  • Mestilah Islam
  • Solat di saf hadapaan
  • Orang yang menyambung saf solat
  • Rajin ke masjid
  • Mencium anak-anak
  • Tolak ansur dalam jual beli
  • Menyampaikan dan mengajarkan hadith
  • Meminta bebas daripada hukuman (memohon ampun kepada Allah setelah melakukan sesuatu dosa)
  • Memenuhi kepentingan orang ramai.


Kasih Sayang Allah Tiada Penghujung