Pages

Jul 8, 2011

Delicious

Assalamualaikum wbt.

 google image

Teringin nak makan satu makanan ni.

First time makan masa duk kat Sabah.

Housemate yang order masa tu.

 BUTTER PRAWN

Masa makan kat satu kedai di Ampang,
try order butter prawn ni.
tapi 
adik manis yang ambik order wat muka pelik.

Dia cakap, Apa tu?
erm, tak pe lah dik, akak makan je menu lain yang ada..=p

Dan

Pernah juga try masak dengan housemate tapi butter tu tak jadi serangup kat kedai..

 Mengidam la pulak hari ni...hehe


p/s : cik nadiah, alang-alang duk kat Sabah sekarang, tolong la masak untuk saya ye!...




Jul 6, 2011

Berjalan Selama Lima Tahun Menuju Ka'bah

Assalamualaikum wbt.

Cerita ini saya petik daripada sebuah buku yang berada dalam simpanan.
Boleh dijadikan motivasi dan pembakar semangat bagi pembaca sekalian.

Ceritanya begini,

Seorang soleh menceritakan pengalamannya ketika bertawaf di sekeliling Ka'bah. Katanya, dia melihat seorang lelaki dalam usia setengah umur. Dia kelihatan sangat letih kerana terlalu banyak beribadat, badannya kurus, matanya cekung tetapi bibirnya terus bergerak-gerak.


Di tangannya ada sebatang tongkat yang digunakannya sebagai pembantu untuk menguatkan pergerakannya ketika bertawaf.


"Anda berasal dari mana?" tanya orang soleh yang empunya cerita.


"Dari Khurasan" jawabnya.


"Anda sendiri datang dari mana?" tanya lelaki itu kembali.


"Dari negeri anu".


"Berapa lama anda menempuh perjalanan negerimu sehingga sampai ke Ka'bah ini? " tanya lelaki itu.


"Dalam masa dua atau tiga bulan", jawab orang soleh.


"MasyaAllah. kalau begitu, apakah anda tidak mengerjakan haji setiap tahun?"


"Anda sendiri, berapa lama menempuh perjalanan dari rumah sehingga sampai ke sini?, tanya orang soleh.


"Lima tahun", jawab lelaki itu.


Mendengar  jawapan "lima tahun", orang soleh itu sangat kagum akan kesungguhan dan kesabaran si lelaki itu
.
Patutlah badannya kelihatan sangat letih dan kurus. Kemudian dia berkata, "Demi Allah sesungguhnya ini adalah rahmat dan keutamaan dari Allah yang telah menguatkan anda berjalan. Dia juga membuktikan betapa besar cinta murni kepada-Nya sehingga sanggup menempuh cabaran ini."

Lelaki itu tersenyum, kemudian terus bersyair,

Datangilah kekasih yang kau rindui walaupun jauh, letih dan segala rintangan yang menghalang jangan jadikan penghalang menziarahinya sesungguhnya pecinta itu akan menziarahi yang dicinta.

The Last 10 Nights ~ Ramadhan 1429H

Raptai Sukan

Assalamualaikum wbt.










Pepatah Arab bermaksud : 
"'Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat''

Jul 3, 2011

In Progress...

Assalamualaikum wbt.


Lihat tickers hari ini.
Menghitung diri sebenarnya.

Belajar, belajar dan terus belajar.

Kasihan memikirkan anak murid.

Maafkan cikgu andai belum memenuhi kehendakmu terutama dalam menyampaikan ilmu.

Cikgu juga sedang belajar.

Belajar melalui pengalaman.

Tidak dinafikan tekanan yang cikgu hadapi bila melihat kamu susah menerima apa yang cikgu sampaikan.

Langsung tak terdetik dalam hati cikgu menyalahkan kamu.

Cikgu yang kadangkala kebuntuan idea untuk memudahkan kamu semua.

Walau dari mana asal kamu

Yakinlah kamu boleh mengubah nasib diri dan keluarga.

Tiada yang mustahil dengan kehendak Allah.


Kuliyah Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum wbt.


KULIYAH OLEH : AL-FADHIL USTAZ AZHAR BIN IDRUS

TEMPAT  : MASJID BATU 11 JALAN GAMBANG -KUANTAN

TARIKH  : 19 JULAI 2011(SELASA)

MASA  : SELEPAS SOLAT MAGHRIB


 google image

Jul 1, 2011

Sharing

Assalamualaikum wbt.


"Banyaknya warna kamu....",saya menegurnya.

Dia tersenyum meleret kemudian memanggil rakan-rakannya datang berkongsi pensel warna.
Dan begitulah setiap hari jika pensel warna diperlukan.


Membandingkan diri di zaman sekolah dahulu tidak penah mengalami situasi serba kekurangan.

Kini saya banyak belajar melalui pemerhatian tentang suasana kehidupan anak murid.
Mula 'mengqada'kan' rasa bersyukur yang saya terlepas pandang sewaktu kecil dahulu.

Sebak hati melihat mereka.

Jika hari ini kita rasa susah, pastinya ada lagi orang yang jauhhhhhh lagi susah daripada kita.
Kadang kala kesusahan ialah guru yang terbaik untuk kita lebih bersyukur.

Sedangkan murid-muridku boleh bersyukur, susah pun masih boleh kongsi pensel warna dengan satu kelas, apatah pula orang dewasa sepertiku.






Tuan pensel warna.....

Another group....


Ya Allah, kurniakanlah petunjuk-Mu kepada murid-muridku