Pages

Jul 17, 2011

Happy (^_^)

Assalamualaikum wbt.



Najla dan Muiz ..sedondon

Muiz...rajinnye study!


Ammar... malu-malu nak senyum.

Adam..berseleranya...
Muat dah kasut besar..



Jul 16, 2011

Three Days

 Assalamualaikum wbt.


Such a long hiatus...

Tiga hari berkursus orientasi guru baru di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur (13-15 Julai 2011).

Berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru yang ramah-ramah belaka datang dari seluruh Pahang.
Tak pernah kekeringan idea bercerita pengalaman yang pelbagai sebagai guru permulaan di sekolah.

Kusyuk mendengar...

Dek kerana negeri Pahang luas, pelbagai loghat daerah yang diajuk oleh mereka membuatkan hati saya tercuit dan sentiasa tertawa mendengar cerita mereka. Maha Kaya Allah mencipta pelbagai loghat bahasa.

Tiba di penghujung kursus, rasa juga sedih mahu berpisah.
Panjang umur, kita berjumpa lagi insya Allah.
 
Melihat mereka dari belakang...

Masing-masing pulang dengan input yang penuh di dada. Kata-kata perangsang daripada guru-guru yang amat berpengalaman melonjak rasa ingin menjadi seperti mereka malah lebih daripada itu.

  Dari lobi bilik seminar

Guru yang sederhana memberitahu,
Guru yang baik menerangkan,
Guru yang lebih baik menunjukkan,
Guru yang paling hebat memberi inspirasi.

Jul 12, 2011

Miracles Of Allah

 Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah,

Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah jauh lebih baik daripada sangkaan makhluk yang serba lemah.Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, cakna kepada hambaNya, hidup manusia pasti terumbang-ambing tanpa tujuan yang jelas.

Pernah kita berasa terlalu 'down' hinggakan tidak dapat diceritakan kepada makhluk. Kesakitan yang dialami menusuk segenap hati tanpa dapat ditahan. Benar-benar mengharapkan miracle daripada Allah untuk mengubah kehidupan atau memperkenankan apa yang dihajati menjadi kenyataan.

Menahan pandangan serong daripada sesetengah mereka yang tidak memahami menambah lagi  keperitan yang ada. Pelbagai cakap belakang yang didengar semakin menguji kesabaran. Namun, apabila kita menyedari bahawa Allah sentiasa bersama, keyakinan diri mula kembali pulih.



Sungguh,

Kasih sayang Allah tiada penghujung. Dia amat mengetahui KEPERLUAN HambaNya  dan alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga Allah telah mencukupkan keperluan saya malah jauh lebih baik daripada apa yang dirancangkan.

Selalukah kita mendengar cerita mereka yang telah Allah makbulkan hajat mereka?

Percayalah, walaupun kadangkala miracle yang dihajatkan seakan-akan mustahil untuk dicapai, namun dengan KEYAKINAN DAN PENGHARAPAN YANG TINGGI KEPADA ALLAH, tidak mustahil sama sekali Allah akan memperkenannya.

Allah telah membuka banyak lorong-lorong yang tidak disangka ke dalam hidup saya. Semakin terasa betapa kerdilnya kita sebagai makhluk merencana kehidupan. Hakikatnya, rencana yang Allah aturkan Maha Sempurna daripada pemikiran makhluk.

Praise to be Allah for the tremendous miracle in my life.

Luruskan niat kita mencari keredhaan Allah, insya Allah kita akan lebih tenang dan Allah akan memudahkan jalan menuju syurganya yang abadi dan sebaik-baik tempat kembali.

Dan semoga semuanya menjadi mudah, mudah dan mudah.

Amin Ya Rabb.

Jul 10, 2011

Gopoh-Gapah

 Assalamualaikum wbt.

Sabda  Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

Gopoh-gapah itu datang daripada syaitan kecuali pada lima tempat : Mengahwinkan anak perempuan apabila baligh, membayar hutang apabila sabit, mengebumikan mayat apabila mati, meraikan tetamu apabila berkunjung datang, dan bertaubat daripada dosa setelah melakukan maksiat.

Kurang Sebulan

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir -akhir ni, sudah banyak iklan kurma yang mula disiarkan.
Petanda bulan mulia Ramadhan Kareem yang ditunggu-tunggu semakin hampir menjelma.

Tak sabar rasanya ingin menikmati bulan mulia.

*
*
*
Moga Allah memberi kesempatan umur kepada kita semua untuk menghidupkan bulan Ramadhan kali ini.
InsyaAllah

COUNTING DAYS....


Jul 9, 2011

Belum Cukup

Assalamualaikum wbt.

Belum cukup
Sabar dengan kerenah orang sekeliling
Mudah juga nak melenting

Belum cukup
Peka dengan benda yang berlaku
Pen terjatuh kat lantai pun tak sedar

Belum cukup
Bertanggungjawab dengan tugas
Ada je yang tertinggal tak dibuat

Belum cukup
Berani nak buat kelainan
Fikiran banyak negatif daripada positif



Belum cukup
Tahu banyak perkara
1001 benda lagi yang mesti digali

Hakikatnya perbaiki dan terus menampal kekurangan yang ada
Yang penting tak perlu tiru orang lain
Jadilah diri sendiri.
Pastinya lebih tenang.