Pages

Dec 9, 2011

Ajaib Orang Mukmin

Assalamualaikum wbt.

 
Rasulullah saw bersabda:  
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 
Hadith riwayat Muslim.

Dec 7, 2011

Akhlak Isteri Dengan Tetamu

Assalamualaikum wbt.

Kita selalu ke rumah rakan-rakan atau saudara-mara. Begitu juga rumah kita sendiri sentiasa dikunjungi tetamu. Bagaimanakah akhlak kita dengan tetamu? Adakah kita sentiasa menjaga maruah keluarga dan diri sendiri sepanjang tetamu berada di rumah? Atau kita banyak merungut tetnatang kehidupan keluarga kita di hadapan tetamu?

Saya kongsikan cerita yang berlaku kepada isteri Nabi Ismail a.s.

Pada awal sejarah pendudukan Mekah, Nabi Ismail a.s membesar bersama-sama kaum Jurhum dan mempelajari bahasa Arab daripada mereka. Ketinggian akhlak dan peribadinya menjadikan mereka sayang dan hormat kepadanya.

Apabila Ismail dewasa, mereka pun mengahwinkannya dengan salah seorang perempuan daripada kaum Jurhum. Setelah Hajar(ibunya) meninggal dunia, Ibrahim telah datang selepas perkahwinan Ismail untuk menziarahi keluarganya yang telah lama ditinggalkan. Tetapi baginda hanya dapat menemui isteri Ismail dan bertanya tentang Ismail. Isteri Ismail menjawab, "Dia keluar mencari rezeki bagi kehidupan kami."
Ibrahim bertanya pula tentang kehidupan mereka. Isterinya memberitahu, "Kami hidup dalam kemiskinan, kami hidup dalam kesempitan dan kesusahan," adunya lagi.

Ibrahim lalu berpesan, "Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu kepadanya supaya menukar ambang pintu rumahnya."

Apabila Ismail pulang, dia berasa sesuatu yang luar biasa lalu bertanya kepada isterinya, "Adakah sesiapa datang melawat kamu?." Isterinya menjawab, "Ya, sorang lelaki tua begini penampilannya(seolah-olah merendahkannya) telah datang dan bertanyakan kepadaku tentang keadaan hidup kita dan aku telah memberitahunya bahawa kita hidup dalam kemiskinan dan kesusahan." Ismail bertanya lagi, "Adakah dia berpesan apa-apa?."

Isterinya menjawab, "Ya, dia menyuruh aku menyampaikan salam kepadamu dan menukar ambang pintu rumahmu." Ismail memberitahu, "Orang itu ialah bapaku dan dia telah mengarahkanku menceraikanmu. Kembalilah kepada keluargamu." Lalu Ismail menceraikannya dan berkahwin pula dengan seorang perempuan lain yang juga daripada kaum Jurhum.

Sekali lagi Ibrahim berjauhan dengan mereka dalam jangka masa (selama) yang dikehendaki Allah s.w.t dan kemudian datang lagi menziarahi mereka. Tetapi kali ini juga baginda tidak dapat mememui Ismail. Baginda datang menemui isteri Ismail dan bertanya tentang Ismail. Jawabnya, "Dia keluar mencari rezeki untuk menyara kehidupan kami."

Ibrahim bertanya pula tentang keadaan hidup mereka. Isterinya menjawab,"Kami hidup dalam kesenangan dan kemewahan." Kemudian beliau bersyukur kepada Allah dan Ibrahim bertanya lagi,
"Apakah yang kamu makan?" Jawabnya, "Daging." Tanya Ibrahim lagi,"Apa yang kamu minum?" Jawabnya "Air.". Ibrahim lalu berdoa, "Ya Allah, berkatilah daging dan air mereka."

Ibrahim lau berpesan kepada isteri Ismail, "Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu kepadanya agar mengekalkan ambang pintu rumahnya."

Apabila Ismail pulang, dia bertanya kepada isterinya, "Adakah sesiapa telah datang melawat kamu?". Isterinya menjawab, "Ya, ada seorang lelaki tua yang sangat baik penampilannya telah datang." Dia memujinya dan menambah, "Dia bertanya kepadaku tentang kamu dan aku memberitahunya.Dia juga bertanya tentang kehidupan kita dan aku telah memberitahunya bahawa kita hidup dalam kesenangan."

Ismail bertanya lagi, "Adakah dia berpesan apa-apa?". Isterinya menjawab, "Ya, dia menyuruh aku menyampaikan salam kepadamu dan mengekalkan ambang pintu rumahmu." Ismail berkata, "Orang itu adalah bapaku dan ambang pintu ialah kamu. Dia telah menasihatiku agar aku kekal bersama kamu."

**********************************
Beberapa pengajaran yang boleh didapati daripada kisah ini,

1. Isteri sepatutnya sentiasa menjaga maruah keluarga terutama suami sepanjang masa walaupun semasa ketiadaan suami. (Kerahsiaan rumahtangga)

2. Isteri tidak sepatutnya merungut tentang kehidupan mereka di hadapan tetamu.

3. Bercakap dengan penuh adab dan berlapik. (Nabi ibrahim a.s.)

4. Tidak menceritakan keburukan tetamu yang datang.

5. Isteri perlu banyak bersyukur dengan kehidupan yang ada, kemampuan suami, bukan mengeluh di hadapan otang lain.

Dec 6, 2011

Amalan Sunat Pada 10 Muharram

Assalamualaikum wbt.

Terima satu mesej dari teman pagi ni.

Dia mengingatkan tentang amalan sunat dilakukan pada hari ini bersamaan 10 Muharram.
(Sumber : Kitab Jamua'ahkami Mawaddi - Syeikh Daud Al-Fatoni)

Antaranya ialah :-

  • Berpuasa sunat
  • Mandi sunat
  • Memakai celak
  • Memotong kuku
  • Bertemu orang alim
  • Bersedekah
  • Menyapu kepala anak yatim bermula depan hingga belakang 

Dec 5, 2011

Suara

Assalamualaikum wbt.


Semenjak pagi semalam, tekak mula rasa lain macam. Walaupun tak  terlalu sakit. Rasa dahi, sejuk.
Suara mula berubah. Adik mula ketawakan.  Mana taknya, sibuk nak bercakap dan mereka susah nak memahami gara-gara suara yang kadang dengar kadang hilang. Saya ketawa tanpa suara. Adehhh...dah biasa bercakap kat sekolah. Tak boleh nak diam.

Bangun pagi tadi, suara tak da langsung. Cuba bercakap jugak tapi macam berbisik dan tu lah yang terbaik untuk pagi ni.Cuba bercakap pasal banjir kilat di Kuantan. Namun, abah tak dengar apa yang saya katakan.

"Camna suara cikgu camni arini??"

Saya senyum dan diam seperti kecewa.

Sepatutnya, ke Kuantan lagi pagi ni untuk selesaikan dua perkara penting. Tapi terpaksa ditangguh. Amat sukar berkomunikasi dalam keadaan begini. NIKMATNYA ADA SUARA.

Tak boleh nak expresskan perasaan sekarang. Ujian sakit untuk Allah hapuskan dosa-dosa.

Menuntut kesabaran kerana walaupun tiada suara hari ni, masih terlalu banyak nikmat Allah yang tidak terhitung.

Nikmat IMAN DAN ISLAM.

Nikmat PANCAINDERA.

Semuanya digunakan tanpa bayaran bulanan. Semuanya PERCUMA.

"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?".

Dec 3, 2011

Allah Beli Dari Orang Mukmin

Assalamualaikum wbt.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 
(At-Taubah 9:111) 

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (At-Taubah 9:112)  



p/s : kanak-kanak riang sudah mula berkhemah di dusun. (^___^).

Dec 1, 2011

Pagi 1 Disember

Assalamualaikum wbt.


Pagi-pagi turun dari rumah, dengan harapan segala urusan dipermudahkan dan dapat selesai secepat mungkin. Memandu berhati-hati membelah kesejukan pagi sambil tersenyum sendirian mendengar celoteh DJ radio. Sampai di bandar, suasana masih lengang. Parking belum penuh.

Turun dari kereta, terus melintas jalan ke bank. Seperti biasa, tanggungjawab setiap bulan, membayar hutang kereta. Sedang memasukkan wang ke cash deposit machine, SENYAP. Ya Allah, bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Duitku yang berjumlah .... dah berada dalam machine tu.. Seorang uncle juga terkejut. Beliau sedang mengeluarkan wang yang berjumlah ribuan ringgit. ATM cardnya juga tersekat di ATM machine.

Aduan dibuat kepada pihak berkenaan.

Saya terpaku di depan bank. Terfikir pasti ada hikmahnya terjadi begini. Ada pengajaran Allah nak ajarkan. Ya Allah, saya teringat sesuatu. Memang saya terlupa pagi ini. Saya lupa nak baca 'bismillahirrahmanirrahim" semasa nak mulakan urusan di machine tadi.



'Ampunkan aku ya Allah, Engkau amat sayangkanku, sekali aku terlupa serta-merta Engkau ingatkan.'

Tenang. Saya berjalan meninggalkan bank. Pergi ke Tabung Haji. Belum ramai orang di situ.
Terus mendapat nombor giliran. Semasa pegawai yang bertugas ingin mengambil cap jariku, terdengar beliau berkata Bismillahirrahmanirrahim. Ohh, sayunya hati. Sekali lagi peringatan untukku. Dua kali pengajaran yang sama pagi ni tetapi Allah swt create dalam bentuk berbeza. 

 SATU : Saya yang tak mulakan kerja dengan bismillah hari ni.

DUA :  Pegawai di kaunter TH yang mulakan kerjanya dengan bismillah. 

Pembaca sekalian, mulakan segala pekerjaan kita dengan nama yang paling AGUNG.
Sangat mustajab. Insya Allah segala urusan kita dipermudahkan. Sangat mudah. Tak memerlukan tenaga yang banyak untuk menyebutnya.


Start your day with Bismillahirrahmanirrahim!