Assalamualaikum wbt.
"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."
(Ali-Imran 139)
Seruan
daripada Allah s.w.t. kepada seluruh mukminin. Kamu sekali-kali tidak
akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu
sekali-kali tidak akan diresapi kekecewaan. Kekecewaan tidak akan
bergabung dengan keimanan, kamu berada pada darjat yang paling tinggi
selagi mana kamu beriman serta mempunyai talian dengan Allah yang Maha
Mulia lagi Berkuasa.
Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza.
Ini adalah kewajiban setiap individu..
- Qunut
- Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan
waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.
- Tinggalkan
makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada
saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang
menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
- Mendermalah
untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan diumumkan oleh
persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara
terus samada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.
- Bersama-sama turut serta mempersiapkan rombongan (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api).
- Menyumbanglah
dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi
Palestin, maka menyumbanglah dengan darah kamu untuk menyelamatkan para
mujahidin di sana).
- Luahkan kemarahan kamu dengan segala
wasilah yang dibenarkan - sertailah perhimpunan yang disusun secara sah
di stadium dan dataran di peringkat negeri atau kebangsaan ataupun di
kawasan-kawasan perumahan dan kampung.
- Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkanlah sms dan emel.
- Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamu menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin).
- Wahai para pemudi dan wanita yang beriman mendermalah dengan barang-barang perhiasan yang kamu miliki.
- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh:-
- Para Pendakwah: Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
- Ahli Parlimen: Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
- Ahli Politik dan Parti: Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
- Pengamal
Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa
untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
- Wartawan:
Sertailah dengan kalimah : melalui bahan bacaan ataupun televisyen,
sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga
melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin.
Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang
berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.
Kewajiban secara jama'ie
Semua
Kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang
berhimpun untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu
masuk ke Palestin dibuka. Dengan izin Allah semua pertubuhan ini dengan
kerjasama daripada rakyat Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia
akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan
institusi-institusi antarabangsa.
"Dan katakanlah: Bekerjalah
kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan
orang-orang Mukmin.." (At-Taubah : 105)
Sumber :
Aman Palestin
www.amanpalestin.net
Apa yang telah kita sumbangkan?
Apa yang boleh kita sumbangkan?
Tiap hari kita mendengar berita, kisah benar yang berlaku di Palestin.
Namun mengapa kita seolah-olah tidak ambil peduli.
Jika kita ambil peduli, hanya sekadar membaca berita tentangnya.
Kita sebenarnya sungguh selesa dengan keadaan kita sekarang. Tempat tinggal kita yang aman damai, tiada halangan untuk kita mengamalkan Islam.
Kita berasa tidak mampu untuk berada di sana bersama-sama berjuang. Namun, kita masih lagi boleh berdoa kerana doa senjata ampuh muslimin, kita boleh lagi menyalurkan bantuan wang (Link di tepi blog ini), menyalurkan ubat-ubatan, pakaian kita, kepakaran kita seperti mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, hantar sms pada rakan-rakan.
Mungkin sebab kita kurang bersemangat nak membantu kerana kurangnya pengetahuan kita tentang apa yang sebenarnya yang terjadi, kita kurang tahu apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh rakyat Palestin, apa nilainya Palestin pada kita umat Islam, apa sejarah yang sebenarnya dah berlaku di Palestin.
Jom sama-sama kita meluangkan masa, cari maklumat, baca dan 'study' tentang Palestin. Ramai yang menjadi pengguna tegar internet, tapi maaaalas sangat nak baca tentang Palestin. Ruginya kita. Banyak sangat dah masa yang terbuang, membaca tentang hiburan yang tiada memberi sebarang faedah untuk Islam.
InsyaAllah, selepas kita lebih faham, kita tahu apa hubungan kita dan Palestin, kita tahu tujuan kita membantu, kita akan lebih bersemangat untuk menghulurkan bantuan yang termampu. Teringat saya pada method dakwah pada seseorang yang baru mengenal Islam, diajarkan kepadanya Konsep Ketuhanan- Akidah dahulu sebelum disuruh bersolat, berpuasa dan sebagainya kerana memahami konsep dahulu itu penting. Kita bukan robot untuk membuat sesuatu tanpa mengetahui apa yang dibuat, tapi kita manusia yang mempunyai akal untuk mengetahui apa yang dilakukan. Ia lebih menjamin ISTIQAMAH.
Palestin jauh di mata, tapi dekat di hati!