Pages

Aug 6, 2013

"Lauk Masjid"

Assalamualaikum wbt.


Teringat nak letak gambar "lauk masjid" kat sini. Sebenarnya "lauk masjid" ni hanya nama yang di letak oleh ummi dan abah saya.

Ada memori di sebalik namanya.

Ummi selalu cerita sambil2 masak kat dapur, waktu dulu2 masa zaman ummi kecik2, ada jugak majlis berbuka kat masjid masa bulan puasa, tapi tak macam sekarang, pihak masjid sediakan semuanya. Masa dulu, pihak masjid sediakan nasi tapi lauk2 tu biasanya orang kampung bawak dari rumah masing2 untuk dikongsi dengan jiran lain di masjid.

"Lauk Masjid"

"Lauk masjid" ni antara yang femes yang di bawa oleh orang kampung. Ia adalah gulai ayam kampung(yelahh, dulu memang org guna ayam sendiri) yang dibuat hingga pekat/ditunggu hingga kuahnya ala2 nak kering gitu tapi rempah yang digunakan ialah rempah gulai tradisi Terengganu. Kalau biasanya kat pasar besar di sebelah pantai Timur ni, ada rempah gulai khas. Tapi sekarang dah dipeket cantik..Rempah gulai Cap Bunga Rose dan rempah masak Cap Bunga Rose...Biasanya orang Terengganu akan tahu cara nak guna dua rempah ni dalam pelbagai masakan.

Lauk ni jugak dah jadi tradisi kat rumah kami tiap kali Ramadhan datang. Paling kurang ada sekali "lauk masjid" ni dalam sebulan Ramadhan.

Saja saya 'snap' gambar ni untuk jadi kenangan dengan ummi dan abah. Memori bulan Ramadhan dan moga ia menjadi salah satu memori yang terpahat di ingatan selagi hayat masih ada...InsyaAllah...


p/s : hanya tinggal masa2 kecederaan Ramadhan kali ini. Adakah Ramadhan kali ini paling dimaknakan oleh diri kita masing2? sama2 kita renungkan. Masih ada masa. Gunalah sebaiknya.









Jul 26, 2013

Tak Dapat Diwarisi

Assalamualaikum wbt.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

Begitulah indahnya bait2 lirik dalam lagu Iman Mutiara yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan suatu ketika dahulu....

Hakikat Iman yang tidak boleh diwarisi dan diwariskan. Daripada mana pun asal kita, keturunan kita dan begitu juga zuriat keturunan kita, semuanya tak dapat mewarisi iman melainkan Satu Jalan iaitu KEMBALI KEPADA ALLAH.

Ayuh bersegera kita kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan kita kerana hanya itu sahaja jalan untuk kita merasakan IMAN di dalam hati kita.

Masih belum terlambat selagi nyawa masih dipinjamkan, umur masih dipinjamkan dan segalanya secara percuma...Alhamdulillah tidak pernah diminta bayaran.

Semoga kita terus berusaha berubah ke arah kebaikan dalam segala segi kehidupan kerana usia kita yang bertambah seharusnya lebih mematangkan kita semua..insyaAllah.

Akhiru kalam,

Maa3salamah...


Jul 17, 2013

Salam Ramadhan & Sedikit Muhasabah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah....
Pantas masa berlalu...dah lebih seminggu kita berpuasa. Allah masih beri kita semua peluang mendidik diri kita dalam madrasah Ramadhan.

Walau sebesar mana pun ujian yang mendatang pada diri kita, moga kita tidak alpa dan sentiasa beringat-ingat untuk merebut pelbagai ganjaran yang Allah sediakan untuk kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Kita seharusnya bersyukur kerana hidup beragama Islam dan memahami agama Islam dan kita sungguh istimewa disediakan bulan ini sedangkan itu tiada pada agama lain.

Dalam usaha kita menempuh jalan, meredah segala halangan, tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk kembali bertemu Sang Pencipta suatu hari nanti. Bila saya fikirkan semula, dulu asal saya dari lahir ke dunia, kemudian menginjak ke umur dewasa dan seterusnya menempuh hari2 yang semakin mendekat ke noktah terakhir.

Untuk apa?

Dengan merenung semula, tujuan saya diciptakan ke dunia, ia boleh menenangkan fikiran ini dan melihat segala yang kita tempuhi sehari-hari adalah garisan2 ujian yang mesti ditempuh.

Namun,
pada akhirnya saya akan pulang ke tempat asal, bertemu Sang Pencipta. Mahu atau tidak mahu itulah hakikat kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan sentiasa perlu diingatkan tentang tujuan kehidupan yang sementara ini.

Sama2 kita bermuhasabah diri, dalam keadaan dunia yang semakin tua umurnya. Dalam suasana manusia yang semakin alpa dengan kehidupan dunia dan segala 'kecanggihan teknologi' dan segala macam perhiasan yang boleh merambangkan mata yang tidak dilapisi dengan selaput keimanan dan ketaqwaan yang jitu.

Ingin saya kongsikan di sini satu hadith menceritakan,
Seorang sahabat Rasulullah bertanya, "Ya Rasulullah, yang bagaimanakah orang yang baik perbuatannya?" Nabi menjawab,"Yang panjang usianya dan baik amal perbuatannya." Sahabat bertanya lagi, "Dan yang bagaimana orang yang paling buruk?" Nabi menjawab,"Adalah orang yang panjang usianya dan buruk amal perbuatannya." 
(Hadith riwayat Ath-Thabrani dan Abu Na'im)

Selamat Mentarbiah Diri..





Jul 3, 2013

Tukang Masak

Assalamualaikum wbt.

Satu hari, dalam perjalanan yang panjang masa balik sekolah, berborak2 pasal restoran2 sekitar yang pada mula makanannya sedap, tapi dah jadi tak sedap.

Ada pulak yang mulanya tak sedap tapi jadi sedap pulak. Bila dicungkil2 sebabnya, TUKANG MASAK.

Berubah2 rasa disebabkan tukang masak yang berbeza dan bertukar2. Ada yang restoran sama cuma cawangan ja yang berbeza tapi tetap ada yang sedap dan ada yang kurang sedap.

Bila kami duk bincang2, kesimpulannya TUKANG MASAK tu penting. Kalau tak sedap, pelanggan makin kurang. Tambahan pulak kalau service lambat.

Harap boleh jadi TUKANG MASAK yang boleh menambat hati 'pelanggan' di rumah satu hari nanti.

Insyaallah.






Jun 3, 2013

Menuai Hidayah Iman

Assalamualaikum wbt.


Atas saranan seorang adik blogger Noor, saya memesan buku ini melalui seorang kawan. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya.

Ketika mula membaca buku yang istimewa ini, saya merasakan perlu memahami setiap bait tulisan dengan berhati-hati kerana istilah2 yang digunakan dirasakan agak 'tinggi' bagi saya yang bukan daripada jurusan agama.

Ustazah (rakan) di sekolah juga mengingatkan saya supaya memahami dengan tepat apa yang mahu disampaikan oleh penulis.
*tapi, pembaca di luar sana tak perlu risau kerana ini hanyalah pendapat saya secara peribadi .:)*

Semakin saya sampai ke pertengahan buku ini, semakin saya mengerti apakah yang dimaksudkan dengan Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.

Cuma saya ingin kongsikan di sini,
 Perkara-perkara yang menghalang turunnya hidayah Allah:-
  1. Terus berada dalam kejahilan, suka melakukan kejahatan serta suka memuaskan hawa nafsu dan syahwat.
  2. Tidak berusaha menuntut ilmu sedangkan ilmu adalah asas kepandaian. Ilmu pengetahuan agama membuatkan lebih mudah bagi manusia mendapatkan hidayahNya.
  3. Tidak beramal denga ilmu yang dipelajari.
  4. Sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri.
  5. Suka melakukan maksiat.
  6. Makan makanan yang haram. 

Akibat Tidak Mendapat Hidayah.
  1. Terasa berat mahu beribadat dan taat kepada Allah walaupun dia tetap berusaha.
  2. Mudah terjerumus ke dalam maksiat walaupun dia berusaha mengelak daripadanya.
  3. Tertutup pintu hatinya apabila memohon daripada Allah, sehingga dia berasa tidak perlu berdoa.

Ini hanyalah secebis daripada banyak lagi ilmu berharga yang terdapat dalam buku ini. Kisah2 menarik tentang para sahabat Nabi SAW yang merasai nikmat Iman.
Juga kisah2 mereka yang tidak mendapat nikmat Iman. Inilah yang amat menyentuh perasaan saya kerana ternyata betapa besarnya Nikmat Iman dan ianya milik Allah. Dengan sifat belas kasihan Allah SWT, kita dapat merasai nikmat itu.

Alhamdulillah!

Akhir kata, dapatkan buku ini dengan harga RM19.90 sahaja.

Yalla Iqra'.







May 7, 2013

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum wbt.



Beliau berumur 82 tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.

Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.

Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya (gambar kanan) pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:


Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.

Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.

Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249. Ketika menang besar ini beliau melepaskan jawatannya dan diserahkan kepada timbalannya untuk meneruskan perjuangan.

Beliaulah bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990 - 2013) iaitu Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.