Pages

Feb 28, 2011

Sudah Berlalu

Assalamualaikum wbt.

Detik itu semakin lama semakin jauh ditinggalkan masa yang berlalu namun masih segar dalam ingatan. Masih banyak yang dapat diceritakan satu persatu.

Tidak pula ketandusan idea untuk mengingat kembali saat tersebut. Tatkala menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Sekolah yang memenangi banyak anugerah di peringkat kebangsaan.

Ada sahaja rombongan pelawat setiap minggu datang dari seluruh Sabah dan Semenanjung yang datang untuk melihat sendiri sekolah tersebut dan membawa pulang idea-idea bernas ke sekolah masing-masing.

Saya mempelajari banyak sekali perkara baru tidak kira aspek pedagogi mahupun akhlak. Akhlak sesama muslim dan bukan muslim.

Kenangan yang tidak akan dilupakan.....insyaAllah.

malu pulak yang tengah =p
bukti kreatif
 congkak moden
Ni hasil tangan Azmeera
Sedapnye...nyum
Tengok pun da kenyang...
 sape nak join?

 latihan kebakaran

p/s : Cik Nadiah, bersedialah anda..hehe

Tambah kenalan, luas pengalaman

Silent Killer ?

Assalamualaikum wbt.


Pernahkan anda berasa syak kepada seseorang?


"Apalah yang dia buat tu? Mesti dia.........."(pelbagai andaian negatif yang keluar).


Apabila nafsu dan syaitan mula merajai hati, menggerakkan hati supaya lebih bersangka buruk kepada seseorang, pertimbangan mula menjadi kurang waras maka terjadilah pelbagai penyakit hati. Penyakit yang tiada penawar kecuali kembali kepada agama.

Tanyalah doktor-doktor pakar, "Doktor, ada tak ubat yang boleh hilangkan penyakit suka bersangka buruk?"



Pasti doktor menjawab, "Awak ni salah tempat."


Pergilah ke tempat yang betul. Gunakan ubat yang paling mustajab. Sebelum penyakit ini merebak dan menjadi lebih PARAH. Bersihkan segala kekotoran di hati yang telah lama termendap di sudut hati.



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat 49:12)




Tiadalah persangkaan yang buruk itu mendatangkan kebaikan melainkan lebih banyak pendustaan yang akan berlaku. Semakin ramai yang teraniaya akibat persangkaan yang bukan-bukan.

Banyak pihak yang terluka dan tidak kurang pula yang memutuskan tali persaudaraan. Betapa penyakit hati  menjadi silent killer yang amat berbahaya. Apabila hati mati, itulah kematian sebelum kematian yang sebenar.

Ayuh sahabat, kita bangkit bermujahadah menentang 'pembunuh' ini.Tanamkan niat di dalam hati untuk membaiki diri dan realisasikannnya dengan perbuatan seharian. Mula bangkit daripada 'tidur' yang panjang.


Prevention is better than cure!

Feb 23, 2011

Yaumul din

Assalamualaikum wbt


Beberapa hari yang lalu, usai solat Subuh, saya membaca Al-Quran beserta terjemahan. Sedang khusyuk memahami serta menelaah kalam-kalam Yang Maha Esa, saya sangat tersentuh dengan cerita perihal ahli syurga yang menceritakan tentang perihal rakannya di dunia.

Rakannnya semasa di dunia telah menempelaknya tentang kebangkitan semula selepas manusia dimatikan di dunia.

Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku)." Katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?. "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? "  (As- Saaffaat 31 : 51-53)

Kemudian ahli syurga tersebut telah mengajak temannya di syurga untuk melihat keadaan rakannya itu.
Alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan rakannya itu.

Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang. (As- Saaffaat 31 : 55)

Bayangkan rakan kita di dunia yang kita kenali dan bersenda gurau bersama tetapi tiba-tiba di akhirat sana kita melihat  mereka sengsara di dalam api azab. Sebaliknya, jika kita yang ingkar dan mendustakan Allah dengan sebarang bentuk sekali pun, tidak mustahil rakan kita yang melihat kita di tengah-tengah api yang menjulang (na'uzubillahi min zaalik).

Oleh sebab itu, sama-samalah kita bermuhasabah diri, patuh pada perintah Allah dan yakin dengan segala ketentuanNya. Kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti kehidupan setelah kematian, syurga, neraka, neraca mizan dan hari kiamat.


Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikut Islam dalam kehidupan seharian. Teringat saya pada Ustaz semasa di sekolah menengah pernah berkata bahawa hari Kiamat juga dipanggil yaumul din (hari agama).

Mengapa dipanggil yaumul din?

Kerana barangsiapa yang mengikut agama nescaya mereka akan selamat dan barangsiapa yang ingkar, mereka akan sengsara dan mendapat balasan yang setimpal dengan keingkaran mereka tanpa dizalimi sedikit pun.

Masihkah kita mahu leka sedangkan telah jelas antara kesudahan yang baik dan buruk?

Cerminlah diri masing-masing....

Layang-Layang

Assalamualaikum wbt




"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." ~~ John Petitsenn


Beranilah untuk berubah !

Feb 22, 2011

Kagum

Assalamualaikum wbt



Kagum......
Mengetahui tentang akhlak kamu
Mengenali kamu yang cintakan Allah
Melihat hatimu terpelihara dari maksiat
Mendengar kamu membacakan ayat-ayat suci

Kagum......
Allah lebih kamu utamakan daripada dunia dan isinya
Kamu bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran
Berkorban masa dan tenaga
Sedangkan yang lain berseronok dengan dunia



Doa : Ya Allah, tetapkanlah kami dalam agamamu.      Sesungguhnya kami HAMBA yang HINA.


Feb 20, 2011

Hakikat Taqwa

Assalamualaikum wbt




         Amirul Mukminin, Umar bin al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab, "Apakah hakikat Taqwa?"

         Ubai bertanya pula, "Pernahkah Amirul Mukminin berjalan di jalan yang banyak onak dan duri?"

         Umar menjawab, "Ya."

         Ubai bertanya kembali, "Bagaimana?"

         Umar menjawab, "Aku berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri."

         Ubai menegaskan, "Itulah hakikat taqwa."


Berulang kali saya membaca dialog ini dan jumlah yang sama juga saya semakin cinta dengan kalimah TAQWA.

Setiap kali meneliti dialog ini, air mata mudah sekali tertumpah. Mengenang dosa-dosa yang lalu. Betapa tidak berhati-hati dan melanggar onak dan duri di jalanan.

Dialog di atas dipetik daripada buku bertajuk Taqwa ; takut Tetapi Rindu hasil karangan Dato' Seri Haji Abdul Hadi  Haji Awang.

Buku ini telah dihadiahkan oleh dua sahabat semasa hari lahir ke-22 beberapa tahun yang lalu. Syukran Jazilan kepada Cik Syida dan Cik Qilah. Betapa saya bersyukur dipinjamkan Allah sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan saya kepada Pencipta.




Taqwa ; takut Tetapi Rindu