Pages

Sep 28, 2011

Pasca UPSR

Assalamualaikum wbt.

Hari ini.

Salah satu aktiviti pasca UPSR 2011.

Bukit Gambang Water Park.











Sep 27, 2011

Awk..Tak rimas ke ??

Assalamualaikum wbt.

Entry kali ini saya copy n paste setelah meminta izin daripada empunya blog. Saya tak ubah walaupun satu patah perkataan.

Credit kepada tuan blog    Nashir as - Sunnah

Sama-sama kita hayati....


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana masih di beri kesempatan hidup dan dengan rahmatNya diri ini masih lg boleh ber'blogging'. Moga segala apa yang di postingkan menjadi salah satu amal jariah, begitu juga dengan blogger-blogger yang lain. Entry kali ini hanya di copy paste dari blog rakan ana, minta izin share ye..:)

Isi entry kali ini amat menarik, mungkin lebih dekat dengan muslimah..tapi uslub dakwah yang digunakan amat kreatif dan terkesan di hati ini..Moga para pembaca beroleh manfaat dan para Dai'e mendapat idea baru dalam lapangan dakwah masing-masing.'credit' kepada penulis.Selamat Membaca !!

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)


Padai suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.
" Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

*gmbr ni ana jmpa kt laman sesawang mana ntah,dah xigt..Moga muslimah didalam gmbr ni xberkecil hati dgn ana..Gunakan gmbrnya utk posting kali ini.
 
 
 

Sep 24, 2011

Berlapang Dada

Assalamualaikum wbt.


Sejak kecil, pastinya setiap daripada kita mempunyai cita-cita atau impian tersendiri. Tidak kiralah cita-cita nak jadi apa bila besar nanti, atau impian untuk buat sesuatu yang amat disukai.

Selalunya, cita-cita yang amat diambil berat oleh keluarga atau cikgu di sekolah. Masa darjah satu, cikgu selalu tanya nanti bila besar kamu nak jadi apa?. Maka, pelbagai jawapan yang didengar. Dengan seraut wajah penuh harapan. Mengharapkan cita-cita dapat digapai suatu hari nanti.

Masa tu, kalau kawan mintak biodata, mesti ada juga diselitkan cita-cita. Lepas tu, kawan pun komen, "Eh, kau nak jadi..., bla..bla..bla.....".



Hari berlalu berganti bulan dan tahun. Usia juga semakin meningkat. Masing-masing anak yang dahulunya kecil menginjak usia dan berkerja untuk merealisasikan impian sewaktu kecil.

Persoalannya, berapa peratuskah di antara kita yang mencapai cita-cita yang diimpikan sewaktu kecil? atau mungkin tidak tercapai kerana cita-cita kita berubah dengan perubahan pengetahuan dan masa?

Jom kita imbas semula apa cita-cita kita waktu kecil dan apa pula yang kita lakukan sekarang?

Apakah yang kita rasakan? Sedih atau gembira?

Lupakah kita semua, bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Benar, pada pandangan kita, kita tidak berjaya merealisasikan impian kita sewaktu kecil.

Namun, adakah kita gagal?




Berlapang dadalah!


".....kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 4:19)


Betapa Allah sayangkan kita. Kita pernah gagal dalam peperiksaan. Pada pandangan manusia memanglah buruk. Namun Allah tutup satu pintu dan buka seluas-luasnya dan sebanyak-banyaknya pintu yang lain tanpa kita sedari.

Allah Maha Berkuasa, boleh sahaja DIA menjadikan kita mencapai apa yang diimpikan. Tapi Allah tahu, itu bukan yang terbaik untuk kita.

Sungguh kita menzalimi diri sendiri jika masih ingin bersangka buruk pada Allah, masih merungut, "kenapalah aku tak dapat jadi..............".

Hentikan persangkaan buruk dan mulalah berlapang dada mulai saat ini.

Nescaya hati kita akan jauh lebih tenang.

Sep 22, 2011

The Best Of Ustaz Azhar

Assalamualaikum wbt.

Layan ceramah sambil-sambil minum kopi.....













Sep 21, 2011

Good Looking, Isn't It?

Assalamualaikum wbt.


Pernah suatu ketika, semasa di matrikulasi. Guru bahasa Inggeris meminta kami memberi satu kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Pelbagai jawapan yang diberikan. Apa lagi, masing-masing masuk bakul, angkat sendirilah! hehe..

Tiba giliran salah seorang classmate lelaki. Dia berdiri dengan gahnya dan menjawab, "good looking".

Miss secara spontan tersenyum dan berkata, "Nice!". Kami pula yang lain tertawa. Ada juga rakan perempuan yang memandang seakan tidak percaya apa yang dikatakan jejaka tersebut.


Adakah benar good looking hanya dilihat pada raut wajah yang tampan, segak dengan gaya yang elegance atau wajah yang ayu, manis senyumannya?

**************************************

Dalam Islam, good looking yang dimaksudkan bukan hanya paras rupa yang cantik, wajah yang tampan, kulit yang putih berseri tanpa cacat cela.

Maksud yang sebenar jauh lebih mendalam dan hanya dapat dinilai dengan mata hati yang celik.


Hati kita secara fitrah suka segala sesuatu yang baik.Benarlah wajah yang cantik atau tampan boleh dikatakan good looking.

Saya ingin pembaca bandingkan dua perwatakan ini. Saya tukarkan watak classmate saya tadi dengan watak seorang perempuan.

Pertama,
seorang wanita yang cantik manis, muka bujur sirih tanpa sebarang jerawat, bekerja di satu syarikat yang terkenal di dunia. Gajinya besar, memandu kereta mewah yang jarang-jarang sahaja orang yang dapat memilikinya. Pakaiannya pula mengikut peredaran zaman tetapi sayang seribu kali sayang, tidak menutup aurat. Sayang kan? Duit banyak tapi belum mampu untuk membeli pakaian yang sempurna dari segi syarak.

Kata-katanya pula melambangkan keangkuhan dirinya. Solat pula kadang-kadang sahaja sempat ditunaikan. Maklumlah, wanita berkaliber, sibuk menghadiri program kerja di sana-sini.

Masa zaman sekolah, menjadi pelajar terbaik. Straight A's. Tapi sayang, bila ustazah buka Iqra' nak test mengaji, mulalah baca tersekat-sekat. Huruf jim dan khaf pun masih bertukar. Itu belum lagi diminta membaca tulisan jawi yang tiada baris.

Ok, sekarang kita perhatikan pula watak seterusnya.

Kedua,
wanita ini jika kita lihat tidaklah cantik. Jika berada dikhalayak, pastinya tidak menjadi perhatian ramai sampaikan ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Ye lah, wajah biasa-biasa saja. Pakaiannya pula tidak langsung mengikut peredaran zaman. Tapi yang amat menyejukkan hati yang memandang, ia menutup aurat.
Tidak ketat, tudung tidak jarang, tidak mengikut bentuk tubuh badan.

Kerjanya biasa saja. tapi wangnya digunakan dengan betul. Cara dia bersyukur dengan wang yang diberikan ialah membeli pakaian yang sejajar dengan tuntutan agama Islam. Dia juga rajin bersedekah ke jalan yang Allah.

Bila berkata sesuatu, dia menyusun kata dengan amat baik, tidak menyakiti hati setiap yang mendengar, mudah diajak berbincang dan mudah juga mendapat kata sepakat. Solat pula menjadi tiang hidupnya, membaca al-quran dan mentadabbur isinya.

Akademiknya semasa di sekolah tidaklah cemerlang, tetapi kemahiran yang ada digunakan sebaik mungkin, mendalami agama secara berterusan dan cuba menyampaikan kepada orang lain selagi terdaya.


Antara dua watak di atas, yang manakah lebih good looking pada pandangan mata hati kita yang celik?

Agak-agaknya, jika kita sebagai mertua ingin mencari menantu, yang manakah yang lebih kita utamakan untuk dipilih menjadi menantu pilihan?
Kita hanya manusia.

Bagaimana pula Allah swt?
DIA telah menjawab dengan jelas dalam firmanNya yang bermaksud,
 
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).   
(Al-A'raaf 7:26) 

Ia bertepatan sabda Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.(Hadis riwayat Muslim).


Tepuk dada tanyalah iman!

 

The second lady...Good Looking, Isn't It?




p/s : kawan-kawan, sama-sama kita berdoa menjadi good looking pada pandangan Islam. Ameen.

Sep 17, 2011

She's Married

Assalamualaikum wbt.

Actually, dah lama sangat tak contact dengan Kak Tie. Dengar daripada kawan-kawan berita gembira ni..-p

Sumber gambar : Cik Yaya... thanx a lot...:-p



“Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair”.


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Q.S. Ar Ruum, 030:021)


"Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia (dengan putrimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)-nya niscaya terjadi malapetaka di bumi dan kerusakan yang luas."
(H.R. At-Turmidzi)


"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin saja kecantikan itu membuatmu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana harta / tahtanya mungkin saja harta / tahtanya membuatmu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya. Sebab, seorang wanita yang solehah, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
(H.R. Ibnu Majah)

Sep 13, 2011

UPSR 2011

Assalamualaikum wbt.


UPSR 2011 (13-15 September 2011)



Bittaufik wan najah!

Sep 11, 2011

Ingatan Tak Pernah Padam

Assalamualaikum wbt.


"Ni yang Tok bagi", tiba-tiba adik bersuara sambil menunjukkan anak tudung berwarna coklat.



Terhenti saya melipat baju. Rupanya adik terjumpa anak tudung yang arwah tok bagi dulu.
Ingatan kepada Tok kembali menerjah kuat. Sayu mula bersarang di lubuk hati.

Dada mula berasa sesak. Dan air mata gugur lagi buat sekian kalinya.

Ya, ingatan kepada arwah tak pernah padam.

Tok sangat pemurah. Semua benda nak diberi. Saya juga dapat baju kurung kedah. Saya masih ingat masa Tok bagi baju tu. Tok cakap, " Ambik ni Tie, Tok nak buwi jugok ke mu"....

Kalau pasal duit, memang tak pernah berkira. Masa Tok datang ke rumah, Tok memang tak senang selagi tak dapat tukar duit RM50 jadi sepuluh sepuluh. Tok cakap senang nak bagi anak cucu mari.

Masa saya sakit kepala, sakit kaki dan demam, Tok juga yang tak henti-henti menjenguk saya di bilik.
Sejuk tangan Tok merasa kepala saya. "Panas ngandang ni Tie".

Walaupun tangan Tok selalu kebas, Tok jugak yang urut kaki saya.

Saya pulang dari sekolah. Tok mesti akan menyapa, "Balik daahh cucu kite...".

Aduh, emosi.

Emosi sebab masa sakit kaki Ramadan yang lalu, duduk dengan Tok kat rumah masa orang lain pergi Tarawikh.

Tok, Tie tak sangka tu antara saat terakhir dengan Tok. Tok nak balik raya Terengganu. Masa Tok balik, 14 Ramadan.

Masa malam Tok balik tu, Tie bangun dari tidur salam Tok tapi tak sempat nak cakap sangat sebab Tok nak cepat, tumpang Yie yang singgah ambik Tok. Dia dari KL nak ke Terengganu.

Cantiknya percaturan Allah. Rupa-rupanya Allah nak Tok jenguk kampung Tok buat kali terakhir sebelum Pemilik Tok jemput Tok kembali kepadaNYa.
 
Tok, Tie doakan Tok diampunkan segala dosa. Tok, Tie naaak sangat meninggal macam Tok, hari Jumaat bulan Ramadan.

Ameen Ya Rabb. Kau Maha Mendengar.

Al-Fatihah.

Sep 9, 2011

Rasulullah Tahu Zaid Akan Mati Syahid

Assalamualaikum wbt.

Satu cerita tentang mukjizat insan agung yang sentiasa kita rindui iaitu Nabi Muhammad saw.

Peristiwa pada peperangan Mu'tah. Ketika Rasulullah saw mengirimkan sejumlah pasukan untuk memerangi bangsa Rom di bawah pimpinan panglima perang Zaid bin Harithah r.a. dengan jumlah pasukan sebanyak 3000 orang sementara pasukan Rumawi yang akan mereka hadapi berjumlah 200 000 orang.

Ketika itu para sahabat pernah mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum keberangkatan mereka ke medan perang, "Kita akan memetik kemenangan dalam perang kemudian disusul dengan syahidnya Zaid bin Harithah, kemudian disusul dengan syahidnya Abdullah bin Rawahah, kemudian diambillah pucuk pimpinan oleh Khalid bin Walid atau yang bergelar pedang Allah dengan bendera Islam di tangannya dan umat Islam pun memperoleh kemenangan dalam perang tersebut.

Ketika pasukan muslimin kembali dari peperangan yang hebat tersebut,benarlah apa yang beliau beritakan sebelumnya akan peristiwa yang terjadi selama peperangan tersebut. Dan benarlah ketika mereka mendengar Abdullah bin Rawahah  yang mengambil alih pimpinan pasukan dan dilanjutkan oleh Khalid bin Walid yang terkenal dengan strategi peperangannya.

Ketika beliau melihat jumlah pasukan lawan yang begitu besar, beliau pun melakukan gerakan yang menggambarkan seakan-akan umat Islam dalam jumlah yang sangat besar.

Sejarah telah membuktikan kemahiran Khalid bin walid dalam berperang, sehingga benarlah bahawa Rasulullah saw menganugerahkannya kehormatan sebagai pedang Allah.

Buku yang dipinjam daripada seorang sahabat yang disanjungi...syukran ya Ustazah Akma!



p/s : Zaid, Khalid al-Walid antara nama-nama yang baik diberikan kepada anak. Special untuk mereka yang sedang menanti kelahiran zuriat..

Eksplorasi Buku

Assalamualaikum wbt.

Program Eksplorasi Buku Sekolah-Sekolah Daerah Pekan.

Program ini sebagai perintis bagi program di peringkat seterusnya.

Bertempat di SBT SK Seri Biram, Pekan.



Pembahagian kumpulan


Mendengar arahan


Duk wat pe tu?

Laman sekolah yang sungguh bersih dan cantik (^__^)

Sempat berkunjung ke Galeri sekolah

Sesi terakhir...

Sep 5, 2011

HambaMu

Assalamualaikum wbt.

Lagu daripada sahabatku...Cik Amy..

Syukran jazilan sahabatku..

Moga kita sama-sama menjadi sebenar-benar HAMBA ALLAH.



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

 

Sep 3, 2011

Resmi Lalang

Assalamualaikum wbt.



Ada manusia yang sombong. Tersentak saya mendengar percakapannya.

Lenggok kata-katanya membuatkan saya terdiam.

Menilai apa yang dikatakannya. Sungguh tak patut. Sungguh mengguriskan hati.


Hai, bagaimana ingin saya katakan padanya.


Ya Allah, bagaimanalah perasaan orang yang dikatakannya jika mereka mendengar.


Janganlah kita terlalu sombong.


Asal kita semua sama.


Daripada setitis air yang hina. 

Jika Allah swt tiba-tiba menarik nikmat darimu, tidak dapat daku bayangkan.


Makin banyak kita berkata-kata untuk membanggakan diri, makin terserlah kelemahan kita, makin musuh dapat membaca strategi peperangan kita.


Sudahlah

Cukuplah


Berhentilah membangga diri.

Yang penting kita ingat bahawa ramai lagi khalayak yang mendengar ada kelebihan dari segala segi.


Sombong tak ke mana.


Tak akan pergi jauh.

Nak tunjuk pada siapa?
Hanya Allah swt yang berhak menunjukkan kekuasaanNya.


"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18)


Mari Ikut Resmi Padi
















Sep 2, 2011

~Mood Raya~

Assalamualaikum wbt.




 Masih dalam mood raya. 

Tahun ini jalan-jalan round kampung di Terengganu.

Bertemu sanak-saudara. 

Alhamdulillah...

Ada yang sihat, ada yang terlantar sakit.

Yang pasti, itu ingatan penting untuk diri.