Pages

May 18, 2012

Jumaat Terakhir

Assalamualaikum wbt.

Selepas solat fardhu Asar tadi, kami sekeluarga menerima berita kepulangan ke rahmatullah salah seorang tukang yang membuat kerja renovate rumah kami. Beliau salah seorang yang menyiapkan kerja-kerja akhir.

Abah terkejut kerana 2 minggu lepas, kali terakhir berjumpanya sebelum beliau pulang ke Kemaman, bersamaan hari Jumaat semasa kami bertolak ke Kuala Lumpur. Beliau kemalangan jalan raya. Namun tiada sebarang luka. Mungkin kecederaan dalaman. Beliau tidak berselera makan sejak minggu lalu.

Sepanjang bekerja di rumah kami, Abah banyak bergurau senda dengannya dan makan minum bersama di sebelah siang.

"Baru lagi bergurau dengan xxxxx." kata abah tadi.

Beliau dari negara jiran, merantau mencari rezeki di sini untuk keluarga. Adik saya ada memberitahu, beliau menunjukkan gambar anaknya yang seorang tinggal bersama isterinya di kampung.

Beliau meninggal hari Jumaat dan menurut seorang alim, seseorang yang meninggal pada malam Khamis atau hari Jumaat, dia akan terlepas dari seksa kubur pada hari tersebut.

Hidup kita ni singkat sangat.

Tapi, berapa kali kita ingat mati setiap hari?

Mati datang pada kita tak kira masa dan tempat.

Darjat seseorang bukan dikira pada harta, rupa, keturunan dan pangkat.

Tetapi TAQWA.

Terdetik dalam hati saya, Allah swt telah mengangkat darjat beliau, seorang yang pada zahirnya seorang yang susah, bekerja berat mencari rezeki yang halal dan berpanas terik. Namun di sisi Allah swt, kita tidak tahu.

Bandingkan pula dengan seseorang yang duduk di kerusi empuk, dalam bilik air cond, belum tentu darjatnya tinggi di sisi Allah swt.

Moga kita sama-sama pulang ke pangkuan Pencipta kita dengan hati yang tenang.
Moga Allah menyudahi kehidupan kita dengan kesudahan yang baik.

Al Fatihah untuk arwah.


                Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu'anhu.

2 comments:

NadiaH NaDya said...

innalillah..

~kamilah~ said...

kullu nafsin zaaiqotul maut....