Pages

Jan 17, 2013

Garisan Segi Empat, Lurus Dan Garis-Garis Kecil

Assalamualaikum wbt.
 


Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., beliau berkata maksudnya,

"Suatu ketika Nabi SAW membuat garisan segi empat, kemudian baginda membuat garisan lurus memanjang di tengah-tengahnya hingga keluar dari batas garis persegi itu, sementara di kedua sisi garis tengah itu terdapat garis-garis kecil. Baginda lalu menerangkan : 'Beginilah manusia. Garis persegi ini menggambarkan kurungan ajalnya yang sekali-kali dia tidakkan mampu lari darinya. Garis lurus memanjang yang keluar dari batas garis persegi ini menggambarkan angan-angannya, sedang garisan kecil ini menggambarkan berbagai gangguan dan cubaan yang bakal menimpanya;jika ia mampu selamat daripada yang satu, mungkin akan tertimpa oleh yang lain dan jika ia mampu menghindar daripada yang satu, boleh jadi akan terperangkap oleh satunya lagi (dan seterusnya)."
~Riwayat al-Bukhari no 6417~

Jan 6, 2013

Di Sebalik Musibah

Assalamualaikum wbt.


Daripada Abu Said dan Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud,

Tiada sesuatu pun yang menimpa diri seorang Mukmin, sama ada berupa keletihan, rasa sakit, kecemasan, kesedihan, gangguan, mahupun kesusahan, bahkan sampai tertusuk duri sekalipun, melainkan Allah akan menghapus dosanya berkat musibah yang menimpanya.

~Riwayat Muslim no.2573~


Jan 3, 2013

Ke Makam Bonda

Assalamualaikum wbt.



 By : UNIC

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Jan 1, 2013

Sudah-Sudahlah Karaoke

Assalamualaikum wbt.

Petang semalam, masa "lepak-lepak" kat rumah, ada dua orang budak datang  hantar notis/surat, lebih kurang macam tu lah.

Rupa-rupanya, pemberitahuan tentang sambutan malam tahun baru untuk kawasan sini. Kawasan yang saya duduki sejak lebih 15 tahun ni. Buat pertama kalinya, buat pertandingan karaoke.."M****** Idol". Dalam tentatifnya ada pula doa awal tahun, dalam majlis seperti itu. Apa nak jadi.

Tersentap darah saya. Sudahlah tahun baru orang Islam- 1434H hari tu, tiada sambutan daripada penduduk, inikan pula tahun Masihi disambut besar-besaran dengan majlis "maksiat".

Nak dikatakan penduduk kawasan ini ramai yang bukan Islam, saya rasa 99.9% orang Islam.

Ia menjadi perbualan hangat dalam family saya malam tadi. Abah memberi nasihat dan kami mendengar.

Tengah malam tadi, saya sudah melelapkan mata dan tiba-tiba terjaga dengan bunyi bunga api, mercun. Dalam hati ni memanglah penuh dengan segala ketidaksenangan. Disambung pula dengan nyanyian.

Sambutan itu diadakan dekat sahaja dengan perkuburan Islam. Seberang jalan saja.

Jika masjid, sunyi sepi. Yang ada semuanya warga emas dan beberapa orang sahaja orang muda.

Inilah realitinya orang Islam sekarang. Sudah jaaaaauh daripada ajaran agama sendiri.
 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
~Al-Baqarah 2:208~
 
 
 
 
 Nota : Esok mula sekolah. No more cuti..(^__^)