Pages

Jan 1, 2013

Sudah-Sudahlah Karaoke

Assalamualaikum wbt.

Petang semalam, masa "lepak-lepak" kat rumah, ada dua orang budak datang  hantar notis/surat, lebih kurang macam tu lah.

Rupa-rupanya, pemberitahuan tentang sambutan malam tahun baru untuk kawasan sini. Kawasan yang saya duduki sejak lebih 15 tahun ni. Buat pertama kalinya, buat pertandingan karaoke.."M****** Idol". Dalam tentatifnya ada pula doa awal tahun, dalam majlis seperti itu. Apa nak jadi.

Tersentap darah saya. Sudahlah tahun baru orang Islam- 1434H hari tu, tiada sambutan daripada penduduk, inikan pula tahun Masihi disambut besar-besaran dengan majlis "maksiat".

Nak dikatakan penduduk kawasan ini ramai yang bukan Islam, saya rasa 99.9% orang Islam.

Ia menjadi perbualan hangat dalam family saya malam tadi. Abah memberi nasihat dan kami mendengar.

Tengah malam tadi, saya sudah melelapkan mata dan tiba-tiba terjaga dengan bunyi bunga api, mercun. Dalam hati ni memanglah penuh dengan segala ketidaksenangan. Disambung pula dengan nyanyian.

Sambutan itu diadakan dekat sahaja dengan perkuburan Islam. Seberang jalan saja.

Jika masjid, sunyi sepi. Yang ada semuanya warga emas dan beberapa orang sahaja orang muda.

Inilah realitinya orang Islam sekarang. Sudah jaaaaauh daripada ajaran agama sendiri.
 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
~Al-Baqarah 2:208~
 
 
 
 
 Nota : Esok mula sekolah. No more cuti..(^__^)


4 comments:

win3 said...

kejadian semacam tu sama dengan yg dsini menyambut thun bru dgn penuh hura2 dan sarat maksiat

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Bapa borek anak rintih.

Begitulah keadaan sebuah keluarga, masyarakat ataupun negara jika pemimpinnya menunjukkan perkara yang baik, pasti baiklah orang di bawah pimpinannya. Dan begitulah di sebaliknya..

NoorVictory said...

Selamat kembali ke sekolah kak! :)

Saya konvo tahun ni jugak in shaa Allah. Lepas tu akak doakan saya dapat posting cepat eh.

Tahun baru, azam baru, tapi dimulakan dengan benda-benda yang tak patut. Huhuhuu :(

Na'uzubillah min zalikh..

~An-Nur~ said...

win3 : sama saja di mana2 bila agama diletakkan di bawah.

Abd razak : macam tulah bila pemimpin tunjuk contoh tak baik,maka org di bawah inilah jadinya.

Noor Victory : Insya Allah..moga berjaya adik..nanti bagi tahu lah posting mana yea..
rindu USM..:)