Pages

Dec 25, 2012

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok

Assalamualaikum wbt.

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim (MKI)
Harga : RM18.00

Saat saya membaca buku ini, banyak yang menyentuh hati saya. Mungkin kerana situasi penulis ada kaitannya dengan saya. Mungkin juga saya golongan  "biasa-biasa" yang tetap sama sedang berjuang berdakwah pada diri sendiri.

Ya. Bermula dengan diri sendiri.

Berjuang memerdekakan diri daripada kepompong kejahilan dan dalam masa yang sama melawan sifat malas, sombong, bangga diri dan sebagainya.

Begitu susah berdakwah pada orang lain namun tak kurang juga pada diri sendiri. Jika tidak dengan rahmat dan kasih sayang Allah serta konsep Tawakkal kepada Allah, tidaklah kita dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Tetaplah berusaha dan berdoa kerana, seperti kata penulis dalam buku ini Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segala kesulitan hamba-hambaNya.

Di antara azam yang diceritakan oleh penulis,
"Saya bertekad untuk mahu sembahyang berjemaah di masjid pada setiap waktu, berpuasa pada siang hari Isnin dan Khamis, bersembahyang malam pada waktu sepertiga malam yang masih tersisa dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari beserta dengan terjemahannya sekali. Ia misi yang ringkas dan sesuai dengan keperluan asas sebagai seorang Islam."

Itu contoh amalan yang dilakukan oleh penulis dalam usaha berdakwah dengan diri sendiri dan kemudiannya menyebarkann terutama pada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kita?
Tidak terkecuali untuk berdakwah terutama pada diri sendiri. Jika tidak mampu yang berat cukuplah yang wajib tidak ditinggalkan, lakukan secara bersungguh-sungguh mengharapkan redha Allah.Setiap larangan pula ditinggalkan tanpa ragu serta berusaha melawan hawa nafsu. Pastinya tidak mengecewakan.

Subhanallah.
Moga kita sama-sama dapat berubah menjadi lebih baik

"Ya Allah, jadikan kami hari ini lebih baik daripada hari semalam, hari esok lebih baik daripada hari ini, setiap hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari yang berlalu."
Amiin.


Teruskan Membaca..:)


4 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Berusaha membentuk diri dengan ilmu yang dipelajari...

aTieYusof Family said...

InsyaAllah akan cuba cari buku ni..
menarik..utk memperbaiki diri..:)
TQ for sharing..

win3 said...

ibdak binafsika, mulai dari diri sendiri hal yang harus dilakukan

NoorVictory said...

Tak nampak pulak akak dah buat pasal buku nih. Saya dah habis baca kak. Belinya dah lama, tapi praktikal hari tu macam takdan nak baca. Tu yang cuti ni ingat nak habiskan baca semua buku yang saya beli in shaa Allah.

Buku Menuai Hidayah Iman tu harga dia RM19.90. Saya tak pandai buat perkongsian macam ni. Hihi. Saya cuma tau buku tu bagus atau tak je ikut pandangan saya.

Nanti akak dah baca buku tu akak kongsikan pulak eh! :)