Assalamualaikum wbt.
Pernah suatu ketika dulu....kita semua menduduki satu alam yang sungguh indah..sungguh selesa...
sentiasa dilindungi...namun kita sudah meninggalkan alam itu dan tidak akan kembali ke sana...
|
Alam Rahim..... |
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
~A-li'Imraan 3:6~
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
~Ar-Ra'd 13:8~
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang
kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah
kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian
dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan
kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang
demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami);
dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu
yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang
ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa
kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur
dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa
kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke
peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu
yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi)....~Al-Hajj 22:5~
*Selalu saya terfikir kenapa rahim ibu dinamakan rahim?*
*mungkin sebab terlalu best duduk dalam perut ibu dengan segala sifat kasih sayang sepanjang di sana*
MasyaAllah wa tabarakallah...
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah.
2 comments:
melihat kondisi seperti itu nampaknya gak pantaslah jika kita durhaka kepada ibu apalagi pada Allah yan telah menjadikan kita sempurna seperti saat ini
السلم عليكم ورحمة الله
Rahim ibu, alam persinggahan sementara sebelum kita hidup di alam fana ini. “Bilik” paling kebal dari sebarang ancaman dan satu tempat yang menunjukkan belas kasihan Allah SWT.
Post a Comment