Pages

Dec 23, 2012

Berkata Baik Atau Diam

Assalamualaikum wbt.


Lately..saya rasakan ada yang tersalah faham dengan apa yang saya katakan. Itulah lidah, bisa membawa bencana kepada kita.

Kadangkala kita tidak memaksudkannya, namun disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Merenung kembali diri, cuba mencari nasihat2 yang berguna buat diri, sehinggalah saya diajar untuk menghadam satu hadith,

Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda,
 “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia
 berbuat baik kepada jiran tetangganya. 
Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka
 hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan 
Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.
~H.R. Bukhari~

Kadangkala kita lebih baik berdiam diri.
Memilih untuk DIAM.

Banyakkan BERISTIGHFAR.




5 comments:

aTieYusof Family said...

100% setuju..
kadang2 DIAM itu lebih baik dari berkata2... :)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Setiap yang terbit di dalam hati terbina atas percakapan lidah, maka ada baiknya kita diam kerana perkataan yang jahat itu menghitamkan hati.

win3 said...

keselamatan insan terleatak bagaimana dia menjaga lisannya

win3 said...

keselamatan insan terleatak bagaimana dia menjaga lisannya

Kalam Abid said...

Berdiam mengajar kita mengalah. Dan mengalah bukan bermakna kita kalah. Cukuplah bila kemenangan itu sudah ada di sisi Allah