Pages

Feb 3, 2013

Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum wbt.

Dari mana saya perlu mulakan?..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Itulah sebaik-baik permulaan.

Lama juga tak menulis di sini. Walaupun di sini hanya dunia maya, namun salah satu 'dunia' yang boleh juga menjadi terapi pada diri sendiri.

Permulaan sesi sekolah yang baru, bermakna permulaan tugas yang baru untuk meneruskan rutin kehidupan. Dalam masa yang sama menghadapi ujian turun dan naik kehidupan. Namun pada Allah swt juga tempat bergantung, berlindung dan berpaut.

Tanpa bantuan Allah swt, kita pasti tak dapat bertahan. Siapa lagi yang selayaknya kita memohon perlindungan selain daripada Allah?. Memohon pertolongan Allah. Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Saat kita tak mampu lagi bertahan, saat segala kesabaran sudah sampai pada 'qadar' yang termampu dalam diri kita. Kita sudah berlepas tangan dan menyerahkan segalanya pada Allah swt untuk menentukannya.

Bersyukur, Allah hantarkan sahabat2 yang sentiasa tak jemu memberi semangat, pertolongan. Itulah antara nikmat Allah yang tak dapat saya dustakan. Sahabat-sahabat yang mengingatkan supaya sentiasa bergantung harap pada Yang Esa. Sebenar-benar tempat bergantung.


Moga setiap yang membaca coretan saya kali ini sentiasa kuat dan sabar menghadapi segala ujian Allah swt. Kita memohon supaya Allah sayangkan kita. Apabila Allah uji, itu tanda Allah sayangkan kita. Kita mesti banyak2 bersyukur dan ucapkan alhamdulillah. Redha dengan hati dan perbuatan. Allah Knows best. Mohonlah dengan sabar dan solat.

Mulakan langkah baru dalam hidup kita.

Terima Kasih Ya Allah dengan segala kasih sayangMu.

Bismillahi tawakkal tu 'alallah.






10 comments:

win3 said...

Kasih sayang Allah, itulah yang senantiasa kita cari, dimanapun kita berada semoga tetap mendapat kasih sayang Allah. trims Kamilah telah mengingatkan kembali akan kasih Nya

ismi nurash said...

Alhamdulilah..kasih sayang Allah swt yg paling agung dan terindah.. :)

NadiaH NaDya said...

:)

NoorVictory said...

Betul kak. Setiap dari kita mencari terapi dengan cara sendiri, kan? :)

Semoga akak pun terus kuat!

Belajar Photoshop said...

selalu berani masuk dalam sesuatu yg baru.. liek this :)
makasii iia buat artikelnya ;)

UMMI YL said...

Assalamualaikum kamilah..
Pastinya allah selalu sayang...mudah mudahan kita sentiasa sabar dan tenang menghadapi apa jua kesukaran...

Ni emel akak ye.
nurulzakiah@gmail.com

Amy.. said...

tiap yang berlaku,ada hikmahnya..dan dugaan Allah kepada hambaNya,pasti ada sebabnya..selamat berjuang~~~~

~An-Nur~ said...

syukran kepada semua sahabat yg telah meninggalkan komen di sini...

moga dalam peliharaan Allah sentiasa..amiin.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada~Nya dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari~Nya

Nurul F. said...

nice blog, happy always !
jalan jalan2 sini kejap :)