Assalamualaikum wbt.
Bismillah..........
Hari ini, saya nak kongsikan satu hasil cetusan idea seorang sahabat yang amat istimewa dalam hidup saya.
Sama-sama kita mengambil iktibar daripada hasil tulisan beliau. Saya menunaikan amanah untuk di 'publish' di ruang ini....
KEHIDUPAN REALITI
(part 1)
Hari demi
hari, hidup semakin mencabar.Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka
menjadi orang yang berguna dan cerdik pandai.Dapat gaji besar, rumah besar,
kereta besar..macam dalam bait lagu
‘kalau aku kaya’.Itulah realitinya..
Semasa
anak-anak dalam kandungan,ibu bapa dah plan anak-anak bakal jadi
apa..doktor,engineer, lawyer, pilot, penyanyi,pelakon dll..Maka,sejak dari
kecik, anak-anak akan dihantar ke seberapa banyak tempat tuition untuk menuntut
ilmu sains, English ,matematik dan sebagainya. Ibu bapa sanggup menghabis duit
beratus-ratus demi anak-anak..Selain itu,anak-anak akan dihantar ke kelas muzik
untuk release tension mereka.So,anak-anak akan diajar bermain
piano,biola,violin, tarian dan sebagainya..
Bila
anak-anak belajar agama..???tak pe,nanti mereka akan belajar agama di sekolah.Apa
guna ustazah dan ustaz dibayar kalau tak mengajar anak-anak mengenai solat,
hukum hakam dan lain lain. Bila anak-anak praktikkan solat,
puasa dan lain-lain ajaran islam.. ??Nanti-nanti mesti tahu.Kan dalam kad
pengenalan ada tulis ‘ISLAM’. Tu yang penting. Ibu bapa nak suruh anak-anak
solat zohor,kesian budak-budak penat balik sekolah.Nak suruh solat asar,mereka
dah kena bersiap untuk kelas muzik.Nak suruh solat maghrib,tak sempat sebab kena
bersiap untuk ke tuition. Nak suruh solat isyak,penat aktiviti
seharian..Biarlah budak-budak ni tidur.Nak kejut untuk solat subuh..awal
sangat.kesian..Jadi bila mereka bersolat.. ???tak pe..besar nanti mereka
tahu kewajipan solat itu..ayat ini ada dalam pemikiran ibu bapa kini.
Maka akan lahirlah generasi yang kiblat pun tak tahu
arah mana..Lebih malang,kiblat apa pun tak tahu..Sejadah ada..Tu pun nasib ada
sebab hantaran mak ayah pada zaman perkahwinan dulu. Tak mustahil kajian yang
dilakukan di sekolah-sekolah menengah di satu daerah mencatatkan lebih dari 70%
para pelajar tidak cukup SOLAT 5 WAKTU. PELAJAR SEKOLAH MENENGAH bukan sekolah
rendah. Salah siapa ??Salah ibu bapa atau para guru ?? Para guru
bersama pelajarnya 8 jam sehari sahaja. Selebihnya.. ???Tidak kesian ke
lahirnya generasi yang terlalu kejar dunia sehingga lupa tugas sebenar kita
dilahirkan didunia ini ?
KEHIDUPAN REALITI (part 2)
Apabila
sudah dewasa,maka anak-anak akan dapat tawaran universiti..Ibu bapa gembira
sebab anak-anaknya pandai dan dapat tawaran di universiti ternama dan kos yang
power. Sesetengah ibu bapa just remind anak-anak mereka tentang pointer..’Kamu
buatlah apa pun,yang penting pointer mesti dekan’.Maka,anak-anak mencari
kegembiraan ‘diluar’. Di universiti,
mereka akan berjumpa dengan macam-macam ragam jenis manusia. Dan yang penting,
tiap individu tidak akan masuk campur hal orang lain. Katanya kenapa perlu
menjaga tepi kain oarang. Ini menyebabkan rakan serumah membuat maksiat, tak
tegur. Alasannya, kubur masing-masing. So, tahun pertama kebanyakkan adik- adik
gadis sudah mempunyai teman lelaki. Katanya untuk berkongsi masalah. Kenapa
mesti berkongsi masalah dengan teman yang berlain
jantina ??biasanya,apabila ditanya, mereka akan menjawab’Tak pe,dia bakal
imam saya ‘.BAKAL je kot..niat tak menghalalkan cara.
WAHAI ADIK
–ADIK GADIS, KITA ADA MARUAH UNTUK DIJAGA. MARUAH AGAMA,MARUAH IBU BAPA,MARUAH
DIRI.KALAU SEMASA MENJADI TEMAN,SUDAH PEGANG SANA SINI.SIAP SALAM CIUM TANGAN
SEBELUM BERPISAH.KATANYA KENA PRACTICE.NANTI KALAU DAH KAHWIN,SENANG.PRACTICE
MAKE PERFECT.HELLO..BENDA MACAMNI TAK DA NAK PRACTICE. TIME ‘BERCOUPLE’ SIAP
TOLONG MASAK MAKAN KESUKAAN TEMANNYA.KATANYA NAK RASA MAKANAN AIR TANGAN TEMAN
WANITANYA.TAK DA MAKNANYA..KEDAI MAKAN BANYAK KAT LUAR..NAK MAKAN APA,BOLEH
CARI..ADA YANG TOLONG BASUH PAKAIAN TEMAN LELAKINYA..AMBOI..KEDAI DOBI BELAMBAK
KAT LUAR..BOLEH BUAT SENDIRI..COME ON LA..ADA YANG LEBIH MALANG,SIAP BOLEH STAY
UP MALAM-MALAM KAT LUAR DENGAN PASANGAN MASING-MASING .KATANYA UNTUK LEBIH
MENGENALI DIRI PASANGAN.JAGA DIRI KAMU ADIK-ADIK GADIS..
Wahai ibu
bapa..kalian tahu anak-anak keluar dengan siapa ??Keluar pulang ke rumah
pukul berapa??Cara pemakaian macam mana ??? pergi ke mana ??Tak
pe,ibu bapa akan cakap..kami yakin dengan anak kami.Kami yang mendidik
mereka..baik lah..Anda tahu cara anak-anak anda..tapi hakikatnya adakah anda
tahu… ???
Di mana
kesilapan besar semua masalah ini berlaku ???Sama-sama kita berfikir dan
berdoa semoga keturunan kita dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T.Ayuh semua
saudaraku , kita berubah sebelum terlambat. Kepada saudara-saudara yang telah
bergelar ibu bapa, berilah ilmu agama dan ilmu akhirat semaksimum kepada
anak-anak kalian. Kepada adik-adik, ayuhlah berubah..Dunia hanya
sementara,Jangan terlalu leka dan tersalah langkah. Berubahlah selagi diberi
peluang. Kepada saudara-saudara islam sekelian, sama-samalah kita bertegur,
mengingati kearah kebaikan. Tidakkah kita semua bersaudara.. ??Ayuh
berubah dan berdoa menjadi hamba yang lebih baik disisiNya.
P/s : berbakat juga sahabat saya ni.......saya akan pujuk beliau untuk sama2 berjuang di medan ini satu hari nanti...kita akan berkunjung ke blog beliau :)) Biiznillah...