Pages

Dec 25, 2012

Travelog Dakwah Meniti Hari Esok

Assalamualaikum wbt.

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim (MKI)
Harga : RM18.00

Saat saya membaca buku ini, banyak yang menyentuh hati saya. Mungkin kerana situasi penulis ada kaitannya dengan saya. Mungkin juga saya golongan  "biasa-biasa" yang tetap sama sedang berjuang berdakwah pada diri sendiri.

Ya. Bermula dengan diri sendiri.

Berjuang memerdekakan diri daripada kepompong kejahilan dan dalam masa yang sama melawan sifat malas, sombong, bangga diri dan sebagainya.

Begitu susah berdakwah pada orang lain namun tak kurang juga pada diri sendiri. Jika tidak dengan rahmat dan kasih sayang Allah serta konsep Tawakkal kepada Allah, tidaklah kita dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Tetaplah berusaha dan berdoa kerana, seperti kata penulis dalam buku ini Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segala kesulitan hamba-hambaNya.

Di antara azam yang diceritakan oleh penulis,
"Saya bertekad untuk mahu sembahyang berjemaah di masjid pada setiap waktu, berpuasa pada siang hari Isnin dan Khamis, bersembahyang malam pada waktu sepertiga malam yang masih tersisa dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari beserta dengan terjemahannya sekali. Ia misi yang ringkas dan sesuai dengan keperluan asas sebagai seorang Islam."

Itu contoh amalan yang dilakukan oleh penulis dalam usaha berdakwah dengan diri sendiri dan kemudiannya menyebarkann terutama pada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kita?
Tidak terkecuali untuk berdakwah terutama pada diri sendiri. Jika tidak mampu yang berat cukuplah yang wajib tidak ditinggalkan, lakukan secara bersungguh-sungguh mengharapkan redha Allah.Setiap larangan pula ditinggalkan tanpa ragu serta berusaha melawan hawa nafsu. Pastinya tidak mengecewakan.

Subhanallah.
Moga kita sama-sama dapat berubah menjadi lebih baik

"Ya Allah, jadikan kami hari ini lebih baik daripada hari semalam, hari esok lebih baik daripada hari ini, setiap hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari yang berlalu."
Amiin.


Teruskan Membaca..:)


Dec 23, 2012

Berkata Baik Atau Diam

Assalamualaikum wbt.


Lately..saya rasakan ada yang tersalah faham dengan apa yang saya katakan. Itulah lidah, bisa membawa bencana kepada kita.

Kadangkala kita tidak memaksudkannya, namun disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Merenung kembali diri, cuba mencari nasihat2 yang berguna buat diri, sehinggalah saya diajar untuk menghadam satu hadith,

Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda,
 “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia
 berbuat baik kepada jiran tetangganya. 
Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka
 hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan 
Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.
~H.R. Bukhari~

Kadangkala kita lebih baik berdiam diri.
Memilih untuk DIAM.

Banyakkan BERISTIGHFAR.




Dec 19, 2012

Da'wah Bil Hal Muslimah Bertudung Labuh

Assalamualaikum wbt.

Saya tertarik dengan satu penulisan oleh seorang penulis di alam maya yang saya kagumi penulisannya..saya kongsikan di sini.

Jom kita hayati...




Di dalam tulisan bertajuk Muslimah & Tudung Labuh, ada seorang muslimah yang telah memberi komen menceritakan sebab beliau masuk Islam.  Menurut beliau, pemakaian sebahagian muslimah yang bertudung labuh telah menarik hatinya untuk mengenali seterusnya memeluk agama yang suci ini.
Berikut adalah petikan komen beliau:
Tudung labuh boleh jadi sebab kepada hidayah ALLAH.
Hari ini, saya menulis dengan ringkas di Facebook mengenai satu situasi yang berlaku di dalam majlis rasmi sebuah kementerian.  Ia berkaitan bagaimana si muslimah bertudung labuh secara tidak langsung telah mengubah situasi majlis kepada yang lebih baik.

Berikut adalah mesej tersebut:

Muslimah bertudung labuh menyedarkan manusia akan agama.
Dua situasi di atas menyebut kebaikan yang dihasilkan secara tidak langsung oleh para muslimah yang bertudung labuh.  Ia memberi mesej kepada kita betapa pakaian menurut syariah Islam bukan sahaja memberi kebaikan kepada si pemakainya, bahkan buat orang-orang di sekelilingnya.

Da`wah Bil-Hal Si Muslimah Bertudung Labuh

Dakwah ada bermacam-macam jenis.  Jika da`wah bil-lisan adalah seruan kebaikan kepada manusia melalui ceramah, kuliah, seminar, forum dan seumpamanya.  Manakala da`wah bil-hal pula adalah seruan kebaikan kepada manusia melalui perbuatan dan penzahiran perilaku.

Da`wah bil-hal  ialah dakwah tanpa suara.  Ia mengajak manusia kepada kebaikan berdasarkan penunjukan contoh dan aksi.  Dakwah bentuk ini adalah antara bentuk dakwah yang paling memberi kesan kepada orang yang mahu didakwahkan.  Malah orang yang berada di sekeliling pun turut terkesan melalui dakwah cara ini.  Betullah kata pepatah “action speaks louder than words.”

Kita lihat situasi pertama di atas:
Seorang gadis yang pada asalnya bukan beragama Islam, bagaimanapun setelah beberapa kali melihat wanita-wanita Islam yang bertudung labuh, terus  jatuh hati dengan pakaian sederhana yang penuh kedamaian dan ketenangan itu.  Bahkan telah mencetus hidayah untuk beliau masuk Islam selepas dari itu.  Semuanya berpunca dari cara berpakaian muslimah yang bertudung labuh.

Tentu ini bukan kes yang pertama atau kedua.  Mungkin ada banyak lagi kes sebegini yang tidak kita ketahui yang berlaku di luar kesedaran kita.  Secara tidak langsung, muslimah-muslimah yang bertudung labuh telah berdakwah hanya melalui pakaian mereka.  Secara tidak mereka sedari, pahala kebaikan dari sisi ALLAH mengalir ke dalam buku amalan mereka.  SubhanAllah!  Pahala percuma buat mereka!

Kita lihat situasi kedua pula:
Si VVIP itu mungkin lalai dengan agamanya sehingga habis semua lelaki dan perempuan dijabatnya tanpa berasa segan dan kekok.  Mungkin kerana penghayatan agamanya kurang hasil dari persekitaran dan latar belakangnya sendiri.  Namun, setelah tiba giliran si muslimah yang bertudung labuh ingin mengambil sijil penghargaan beliau, si VVIP itu tiba-tiba tersedar akan tuntutan agamanya yang melarang dari lelaki dan perempuan bebas berjabat salam atau bersentuhan.

Kehadiran muslimah itu telah menyelamatkan lain-lain muslimah di belakang gilirannya.  Kerana sebelum muslimah bertudung labuh itu naik ke pentas, telah ada sok-sek-sok-sek di kalangan muslimah di tempat duduk yang masing-masing mengadu sesama mereka betapa tidak sensitifnya si VVIP itu terhadap agama.  Mereka merujuk kepada perbuatan si VVIP yang bersalam sakan dengan wanita-wanita bukan mahramnya di atas pentas.

Namun, tanpa bersuara si muslimah bertudung labuh itu telah menyampaikan mesej agama kepada si VVIP itu lalu menyedarkannya.  Beliau tidak meneruskan perbuatan beliau bersalaman dengan wanita selepas itu. Tidakkah hal ini boleh menyebabkan sayang ALLAH tercurah kepada wanita bertudung labuh itu?  Lain-lain wanita terselamat kerananya. Dan kerananya juga si VVIP itu tersedar. Dengan izin ALLAH, tentu ada bahagian pahala dari sisi ALLAH hasil dari perbuatan tidak langsung ini.

Dua contoh di atas hanyalah sebahagian daripada banyak contoh da`wah bil-hal yang dilakukan oleh para muslimah yang bertudung labuh.  Dan tentunya ia tidak terhenti di situ sahaja.  Banyak lagi contoh dalam masyarakat kita bagaimana si muslimah bertudung labuh boleh berdakwah secara tidak langsung hanya melalui pakaian tudung labuh mereka.  Antaranya ialah:
  1. Meredakan nafsu para lelaki yang selama ini melihat perempuan hanya sebagai objek seks.  Dengan melihat si muslimah bertudung labuh, si lelaki mungkin datang jiwa beragama secara tiba-tiba dan insaf.  Pandangan nafsu mereka akan ditenangkan dan diganti dengan keimanan.
  2. Muslimah yang bertudung labuh selalu mengingatkan para masyarakat akan agama.  Dengan kehadiran mereka, selalu secara tiba-tiba sahaja orang ramai akan teringat akan suruhan solat, suruhan tutup aurat, larangan mengumpat dan lain-lain hal berkaitan agama.  Kebiasaannya masyarakat akan segan untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah agama secara terbuka di hadapan muslimah yang bertudung labuh kerana secara amnya mereka mengingatkan kita kepada agama dan rasa beragama.
  3. Memberi contoh kepada lain-lain muslimah tentang cara berpakaian yang betul dan menepati syariat Islam.
  4. Menunjukkan kesederhaan dan kesopanan para wanita Islam kepada masyarakat Islam atau yang bukan Islam yang terkeliru dengan nilai-nilai ummat Islam yang dipesongkan oleh media dan persepsi masyarakat.
  5. Dan lain-lain lagi.
Semoga tulisan ringkas ini dapat membuka hati para muslimah di luar sana agar bertudung labuh dan berpakaian menutup aurat yang tepat dan sempurna menurut yang dikehendaki oleh Islam.  Tuan/puan boleh membaca secara ringkas mengenai cara berpakaian muslimah yang betul menurut Islam di sini:


Percayalah wahai para muslimah sekalian, bahawa apabila kalian berpakaian menutup aurat dengan sempurna, kalian bukan sahaja beroleh pahala kerana menepati kehendak agama yang dikehendaki atas diri kalian.  Dan ia bukan sahaja bakal menyelamatkan kalian dari bahaya yang mungkin datang dari lelaki-lelaki yang jahat.  Bahkan dengannya juga kalian beroleh pahala melalui dakwah yang kalian lakukan secara tidak sengaja, iaitu da`wah bil-hal yang telah dijelaskan di atas.

Semoga ALLAH Ta`ala pelihara para muslimah sekalian dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Dec 17, 2012

Agama Yang Terabai

Assalamualaikum wbt.

Satu hari semasa latihan sukan...

Seorang Ustazah sedang membetulkan tudung kepala anak muridnya yang berusia 9 tahun sambil berpesan supaya tidak menanggalkan tudung dan sentiasa memakainya walau acara apa sekalipun disertainya, memberi kata2 semangat dan dorongan kepada saudara seagama yang kecil itu. Tambahan pula, dia hanyalah minoriti di sekolah.

Tiba-tiba...

"Tanggal je lah tudung ajeh(read : awak) tu...susah nak lari....", sapa seorang cikgu lain yang juga beraga Islam.

Begitulah....walaupun satu agama, satu masyarakat kecil, namun pengabaian terhadap agama tetap berlaku. Tak semua masyarakat sekeliling berfikir seperti kita berfikir dan kita juga tidak tahu apa yang mereka fikirkan. Sudah tentunya situasi di atas tidak baik untuk seorang kanak2 Islam yang hidup dalam kawasan yang majoriti kawan2nya bukan Islam. Contoh berbeza dari dua orang guru yang menjadi model kepadanya setiap hari.

Yang mana satu nak diikuti?

Kitalah yang mencorak anak-anak kecil di sekeliling kita. Namun pengabaian terhadap agama telah menjadi salah satu penghalang kita daripada melakukan sedemikian.



Satu hari di dalam bilik temuduga...

Temuduga sedang dijalankan kepada kumpulan pelajar cemerlang yang bakal di hantar belajar ke luar negara sekiranya mereka lulus dalam temuduga tersebut. Pendek kata, bakal-bakal profesional lah semuanya.

"Kamu solat Subuh tak pagi tadi?", tanya panel penemuduga kepada salah seorang calon.

"Apa kaitan solat Subuh dengan course yang saya nak ambik ni?," pertanyaan balas dari calon tersebut kepada panel.

Dan panel terus menggerakkan mata pen di atas kertas supaya calon ini tidak layak di hantar ke luar negara.

Seorang lagi calon ditanya, "Cuba baca surah Al-Fatihah."

"Maaf tuan, saya tak boleh baca."

Dalam hati panel, "Calon ini jugak tidak layak kerana dia tidak tahu membaca Al-Fatihah, jadi boleh disimpulkan bahawa dia seorang yang tidak solat."

Jika dihantar ke luar negara, kemudian balik menjawat jawatan yang besar2, maka akan hancurlah sistem masyarakat, porak-perandalah negara.



Pengabaian agama terus menular dalam masyarakat kita. Bukan sahaja dalam kalangan mereka yang tidak 'mengaji', malah cerdik pandai yang disanjung orang sekeliling.

Kita sibuk mahukan anak2 kita dapat straight A's...tapi kalau anak-anak tak solat, tak pandai mengaji tak da pun kisah..tak pentinglah kononnya.

 Kasihan Tak Bertempat.

"Tak pa lah, nanti dorang boleh cari sendiri..ni kecik lagi..besar nanti tahulah dorang nak beajar agama..." Itulah mind setting ibu bapa.

Nak kejutkan anak2 solat Subuh mula umur 7 tahun pun kesian. "Kesian nak kejutkan Along sebab dia kecik lagi. Mengantuk lagi tu tengah tidur lena."

Hai...sepatutnya kita kesian kat kat anak2, bila rebung dah jadi buluh.. bila agama sudah biasa diabaikan dan itulah mereka apabila dewasa. Ramai yang bermasalah ketika meningkat dewasa berpunca dari sekolah pertama mereka iaitu di rumah.

Sama-sama kita check semula, nilai diri masing2, di manakah kita tergolong?

Adakah dalam golongan yang mengabaikan agama?

Fikir-fikirkan!











Dec 11, 2012

Indahnya Saat Berada Di Dalam Rahim Ibu

Assalamualaikum wbt.

Pernah suatu ketika dulu....kita semua menduduki satu alam yang sungguh indah..sungguh selesa... 
sentiasa dilindungi...namun kita sudah meninggalkan alam itu dan tidak akan kembali ke sana...


Alam Rahim.....


Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
~A-li'Imraan 3:6~
Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.
~Ar-Ra'd 13:8~

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi)....~Al-Hajj 22:5~
*Selalu saya terfikir kenapa rahim ibu dinamakan rahim?*
*mungkin sebab terlalu best duduk dalam perut ibu dengan segala sifat kasih sayang sepanjang di sana*
 MasyaAllah wa tabarakallah...
Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah. 

Dec 4, 2012

Tentang Hudud

Assalamualaikum wbt.

Hudud.

Sesuatu hukum Allah yang banyak disalah anggap, diringan-ringankan oleh sesetengah pihak dewasa ini.

Mari kita sama-sama membaca dan memahamai sebaiknya intipati yang terdapat dalam hadith yang ingin saya kongsikan kali ini.

Daripada Aisyah r.a, 

"Bahawa kaum Quraisy pernah dirisaukan tentang hal seorang wanita daripada kalangan Bani Makhzum yang terbukti mencuri. Mereka lalu mengadakan musyawarah. Seseorang daripada mereka berkata, " Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah tentang hal ini?" Ada yang menjawab, "Tidak ada yang boleh berbicara dengan beliau dalam hal ini, melainkan Usamah bin Zaid, seorang yang disayangi Rasulullah saw. Seterusnya Usamah pun melaksanakan tugas tersebut, namun Rasulullah saw menjawab, "Apakah engkau mahu meminta bantuan tentang hukum had yang telah ditetapkan Allah agar diringankan?". Seterusnya, baginda berdiri dan bersabda, "Sesungguhnya punca hancurnya umat sebelum kamu adalah jika ada orang terhormat daripada kalangan mereka mencuri, mereka tidak menghukumnya ; namun ketika yang mencuri adalah orang yang lemah,mereka menegakkan hukuman atasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad saw mencuri, tentu akan ku potong tangannya".

~Riwayat al-Bukhari no 3475 dan Muslim no 8~


 Hukum Allah pasti akan mewujudkan keamanan...dan menyelesaikan masalah jenayah yang sangat berleluasa...

Usah ragu

Usah bimbang
 
Takutkah kita akan hukum Allah?


Nov 30, 2012

Tujuh Golongan Mendapat Naungan Allah

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini, saya membelek kitab Ringkasan Riyadhus Solihin yang disusun oleh Imam Nawawi dan diringkaskan oleh Syaikh Yusuf Al-Nabhani, mencari-cari sedikit bekal untuk hati, saya bertaawwuz, basmallah, berselawat ke atas Nabi saw dan mula membuka helaian demi helaian kitab. Tiba-tiba mata saya tertancap pada satu hadith Nabi saw yang sungguh padat dan menyentap hati kecil saya.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi saw, baginda bersabda,

"Tujuh golongan yang akan Allah swt menaungi mereka di bawah naunganNya yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya iaitu imam yang adil, pemuda yang taat beribadah kepada Allah swt, orang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling menyayangi kerana Allah sehingga bertemu dan berpisah juga keranaNya, lelaki yang diajak seorang wanita cantik untuk berbuat maksiat, namun berkata, "Sesungguhnya aku takut kepada Allah", orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sepi sehingga berlinang air matanya."

~Riwayat Bukhari no. 1423 dan Muslim no.1031~


Di manakah kita?

Nov 29, 2012

Jika Aku Jatuh Hati

Assalamualaikum wbt.

Saya masih ingat, video ini dikongsikan pada suatu program semasa di Penang beberapa tahun dahulu....semoga kita dapat mengingatkan diri dan sahabat-sahabat...



Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah
 jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin
 jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana 
jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati
 jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah
 jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah
 jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu…

Ya Allah
 jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

Tafsir Mimpi

Assalamualaikum wbt.

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar2 menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Nabi saw tidak bermimpi melainkan mimpi baginda akan menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa seorang wanita telah bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh badan Baginda berada di rumahku". Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya.

~Petikan daripada buku : Tafsir Mimpi.
~Oleh : Imam Ibnu Sirin
~Diterjemah oleh : Syahrin Nasution & Mohd. Raihan MA
~ Harga : RM 12.00


Selamat Membaca....

Nov 27, 2012

After 20 Years

Assalamualaikum wbt.




Sampai juga semula kat tempat masa kecik2...:-)

P/S : Tima kasih Teacher Nadiah....semoga bertemu lagi...JZKK

Nov 22, 2012

Cinta Ilmu

Assalamualaikum wbt.


Diskusi bersama seorang sahabat suatu ketika dahulu telah banyak membuahkan kesedaran dalam hati ini bahawa ilmu agama amat penting untuk mengharungi kehidupan sehari-hari.

Saya merupakan salah seorang yang tidak 'lahir' dari kelas pengajian agama secara formal di universiti melainkan beberapa kelas minor sahaja. Selebihnya, kelas yang dihadiri secara sukarela, perbincangan, pembacaan sendiri dan pelbagai sumber yang banyak disumbang daripada rakan-rakan yang juga mencintai ilmu agama.*alhamdulillah*

Merenung kembali perjalanan hidup yang Allah swt sudah mengaturkan segalanya hingga saat ini, maka satu kesimpulan awal yang dapat dipetik ialah Allah swt ingin saya lebih menghargai ilmu agama yang saya dapati dengan jalan penuh liku. Sungguh berbeza sekali dengan mereka yang berada dalam aliran agama yang belajar agama secara formal, menghadap tok guru setiap hari, dikelilingi suasana tarbiyah. Mereka belajar pelbagai kitab agama yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu agama, dari kitab-kitab yang nipis hinggalah yang setebalnya. Dahulunya, saya tidak dapat menyembunyikan betapa saya iri hati melihat mereka yang menguasai pelbagai disiplin ilmu,tidak lokek pula menyampaikan pada masyarakat di sekelilingnya sedangkan saya masih jauh untuk mencapai tahap seperti mereka.

Namun, setelah bertanya kepada seorang sahabat, beliau telah memberi satu pandangan yang berbeza kepada saya. Kata beliau, semua manusia berpeluang menjadi hebat. Hebatnya kita bukan kerana kita kaya, pandai mempengaruhi orang sekeliling, hebatnya kita ialah apabila kita sentiasa berusaha bermanfaat kepada saudara kita. Itulah yang saya pegang hingga saat ini.

Ilmu agama ialah alat untuk kita mengenal Allah. Setiap satu itu ada kuncinya. Kunci rumah, kunci kereta, kunci bilik. Begitu juga dengan syurga. Kuncinya ialah "Lailahaillah". Tiada satu pun yang layak disembah, ditakuti, diikuti melainkan Allah swt.


Kitab-kitab karangan ulamak yang masih banyak belum 'ditadah'







Melihat pada deretan kitab agama karangan ulamak. Betapa hari ini kita semua sudah jauh dari agama. Kita mementingkan ilmu dunia lebih dari ilmu akhirat. Tak dinafikan itu semua. Bersusah payah para ulamak silam mengarang kitab, namun kita? Sudahlah masih jauh nak mengarang kitab, tugas kita untuk belajar kitab juga diabaikan. Melihat pada harganya, sungguh sangat-sangat murah..ada yang berharga dua ringgit, lima ringgit tetapi ilmu di dalamnya sangat mahal. Rugilah kita biarkan umur kita berlalu tanpa berusaha mendalami isi kitab2 tersebut dan seterusnya mengamalkan pula.

Saya akan terus berusaha agar dapat mencintai ilmu agama, mencintai majlis ilmu, mencintai para ulamak dan berdamping dengan insan-insan yang soleh. Mengutip hikmah yang terbit dari bibir mereka agar menjadi bekalan menempuh dunia yang ada permulaan dan ada akhirnya.

Saya yakin, walaupun payah saya akan dapat mengharunginya, walaupun umur sudah meningkat namun saya masih bertatih mendalami agama, saya tak mahu terus terlewat hingga roh berpisah dari jasad....Bi iznillah..


Marilah kita Cintai Ilmu Agama!


Nov 20, 2012

Mursi: Mesir Tidak Akan Tinggalkan Gaza Sendirian

Assalamualaikum wbt.


KAHERAH: Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi berdiri teguh di pihak Palestin.


Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.

Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk menghentikan pencerobohan. "

Jurucakap Presiden Mesir, Dr Yasser Ali mengumumkan Rabu lalu bahawa Presiden Mohamed Mursi telah mengambil keputusan untuk memanggil balik duta Mesir ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Mursi juga mengarahkan Kementerian Luar Mesir untuk memanggil duta Israel ke Kaherah untuk mengeluarkan bantahan rasmi terhadap tindakan Israel.

Bercakap kepada TV kerajaan Mesir, jurucakap Presiden Mesir berkata, "Presiden Mursi telah mengikuti serangan kejam Israel di mana beberapa pejuang dan anak-anak rakyat Palestin terbunuh. Atas dasar ini, beliau telah memanggil balik duta Mesir ke Israel, dan telah mengarahkan wakil Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, dan memanggil duta Israel di Mesir untuk membantah serangan tersebut."

Osman juga menafikan laporan media Israel bahawa Tel Aviv telah meminta pengantaraan Mesir untuk gencatan senjata berikutan pembunuhan komander Hamas, Ahmed al-Jabari, menekankan bahawa "Mesir bukan pengantara; kami berada di pihak Palestin untuk menghentikan serangan Israel terhadap Paletin."

Beliau menambah bahawa Kaherah telah memanggil untuk campur tangan Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menambah "Mesir lebih prihatin untuk menghentikan pencerobohan, sebelum berbincang tentang gencatan senjata."

Duta Mesir kepada Pihak Berkuasa Palestin juga menafikan bahawa Kaherah berhubung dengan puak Palestin untuk menghentikan serangan roket ke Israel sebagai antara langkah ke arah gencatan senjata. Beliau memberitahu Asharq Al-Awsat "Israel memulakan pencerobohan, dan apa yang dilakukan puak Palestin adalah mempertahankan diri." Beliau menambah, "Ia adalah terpulang kepada pihak yang memulakan pencerobohan untuk menghentikannya."

Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil membuat satu lawatan selama tiga jam di Semenanjung Gaza Jumaat lalu di mana dia mengutuk pencerobohan Israel ke atas Gaza sebagai "bencana." Qandil melawat bangunan Council of Ministers di Gaza City, serta sebuah hospital yang merawat mereka yang cedera dalam serangan.

Perdana Menteri Mesir berkata, "Apa yang saya saksikan di Gaza adalah bencana dan saya tidak boleh berdiam diri. Pencerobohan Israel mesti dihentikan. "Beliau juga menegaskan bahawa "Mesir akan mencuba sedaya upaya untuk menghentikan pencerobohan dan mencapai perjanjian gencatan senjata".

Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon juga turut memberi gambaran bahawa Tel Aviv berminat dalam gencatan senjata, memberitahu radio Israel "Jika Hamas mengatakan ia memahami mesej dan melakukan gencatan senjata untuk tempoh yang lama melalui perantaraan Mesir atau sesiapa sahaja, maka itulah apa yang kami mahukan. Kami mahu ketenangan di selatan dan pencegahan yang kuat”.

Beliau menambah, "Rakyat Mesir telah menjadi saluran untuk menyampaikan mesej. Hamas sentiasa menggunakan mereka untuk meminta gencatan senjata. Kami sedang berhubung dengan Kementerian Pertahanan Mesir, dan ia boleh menjadi satu saluran di mana gencatan senjata dapat dicapai."

Walau bagaimanapun, ia jelas kelihatan bahawa pendekatan luar Mesir telah berubah dengan ketara sejak rejim Mubarak dijatuhkan dan pelantikan Presiden yang disokong Ikhwanul Muslimin. Presiden Mohamed Mursi, bercakap Jumaat lalu, menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" dan memanggil serangan Israel ke atas wilayah itu sebagai "satu pencerobohan secara terang-terangan terhadap kemanusiaan."

Mursi membuat komen tersebut dalam ucapan selepas solat Jumaat. Beliau menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir yang semalam, dan Arab hari ini bukan Arab yang semalam”.

Nov 16, 2012

Bahagia Menjadi Siti Muthi'ah

Assalamualaikum wbt.

Rasulullah saw bertemu dengan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah lalu baginda memulakan bicara, "Wahai anakku, mahukah kamu menjadi seorang perempuan yang baik dan isteri yang dicintai suami?" tanya baginda saw dengan penuh kelembutan sebagai seorang ayah kepada anaknya.

"Tentu saja wahai ayahuku," jawab Fatimah lembut.

"Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang perempuan  yang sangat baik akhlaknya. Namanya Siti Muthi'ah. Pergilah temui dan teladani akhlaknya."

'Apakah kesitimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah saw?' hati Fatimah terdetik. Apakah amalan yang dilakukan oleh Siti Muthi'ah sehingga ayanhandanya memuji sebagai perempuan yang harus diteladani dan dicontohi?

Maka bergegaslah beliau menuju ke rumah Siti Muthi'ah dengan turut membawa Hasan, putera Fatimah masih kecil itu. Begitu gembira Siti Muthi'ah tatkala mengetahui tetamu yang bakal singgah di rumahnya ialah puteri kesayangan Rasulullah saw. Seraya membuka pintu, Siti Muthi'ah bersuara, "Sungguh gembira sekali aku menyambut kedatanganmu wahai puteri Rasulullah saw. Namun maafkanlah aku sahabat, suamiku telah mengamanahkan bahawa aku tidak boleh menerima tetamu lelaki di rumah ini."

"Ini Hasan puteraku, bukankah dia masih kanak2 ?" kata Fatimah sambil tersenyum.

"Maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah," jawab Siti Muthi'ah lembut.

Fatimah mulai berasa akan keistimewaan yang dimiliki oleh Siti Muthi'ah. Dia semakin kagum dan berhasrat menyelami lebih dalam akhlak wanita. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegas kembali seorang diri.

"Aku menjadi berdebar-debar gerangan apakah membuatmu begitu ingin ke rumahku wahai puteri nabi?" ujar Siti Muthi'ah.

"Memang benar Siti Muthi'ah. Aku membawa berita gembira buatmu dan ayahku sendiri yang menyuruhku ke sini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi yang sangat baik, kerana itu aku ke sini untuk mencontohimu wahai Siti Muthi'ah."

 Siti Muthi'ah begitu gembira mendengar kata-kata Fatimah, namun masih terdetik rasa ragu. "Adakah engkau sedang bergurau wahai sahabatku? Aku wanita biasa yang tidak mempunyai keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri," ucap Siti Muthi'ah dengan penuh nada rendah diri.

"Aku tidak berbohong wahai Siti Muthi'ah. Ceritakanlah agar aku dapat mencontohimu."

Siti Muthi'ah terdiam dan terfikir. Dalam masa yang sama Fatimah terlihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan.

"Buat apa dengan tiga benda ini?" tanya Fatimah.

Siti Muthi'ah tersenyum malu. Namun setelah didesak Siti Muthi'ah pun bercerita.




"Fatimah, suamiku bekerja keras memerah keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Sebaik kulihat suamiku pulang bekerja, cepat-cepat kusambut kedatangannya. Lalu aku buka bajunya dan aku lap tubuhnya dengan kain kecil ini hingga kering peluhnya. kemudian suamiku akan berbaring di tempat tidurnya bagi merehatkan badannya, lalu aku mengipas sehingga lelahnya hilang dan lena tidurnya,"jawab Siti Muthi'ah.

"Sungguh luar biasa pekertimu, Siti Muthi'ah. Lalu untuk apa rotan ini?" tanya Fatimah lagi.

Siti Muthi'ah menjawab, "Kemudian aku berpakaian yang paling indah untuknya. Setelah suamiku bangun dan mandi, aku siapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku berkata kepadanya, "Oh, kekanda bila mana layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan di hatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan nyatakanlah kesalahanku agar tidak aku ulangi lagi," sambil dia menunjuk ke arah rotan itu.

"Seringkali engkau dipukul olehnya?" tanya Fatimah bedebar-debar.

"Tidak pernah, Fatimah. Bukan rotan yang diambilnya. sebaliknya dirikulah yang ditarik dan dipeluk dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari."

"Oh sungguh luar biasa dirimu wahai Siti Muthi'ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi pekerti baik," kata Fatimah dengan perasaan kagum.

'Kamu memang layak menjadi wanita yang pertama masuk syurga,' bisik hati Fatimah.

Petikan dari buku Tika Bidadari Berbisik.

 




Nov 14, 2012

Bermula 1434H

Assalamualaikum wbt.


 Bismillahi tawakkaltu 'alallah

Melangkah ke tahun baru beberapa minit sahaja lagi

 
Moga tahun ini menambah keimanan kita semua
InsyaAllah...

Nov 12, 2012

Pasca UPSR '12

Assalamualaikum wbt.
 
Minggu akhir sekolah yang lepas, berkesempatan mengiringi murid2 mengikuti rombongan pasca UPSR. Tahun ini, tiada seorang pun murid Islam yang berada dalam tahun 6.

Ini kali kedua dalam masa 3 bulan saya ke sebuah tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.

Ada satu perkara yang saya perasan tentang sikap anak murid saya ni.

Pelawa cikgu makan.

Memang tak lekang dari mulut budak2 ni. Tiap kali makan, even makan jajan, coklat tak kira lelaki atau perempuan semuanya macam dah dilatih kat rumah. Kalau masa makan nasi bertambah2 lagi. Saya yang tiap kali dipelawa ni memang nampak sangat itu cara hidup mereka.

Mereka semua majoriti orang susah. Tapi, asyik nak belanja saya makan itu ini. Naik segan juga cikgu ni.:-)

Agakan saya, mereka dah terbiasa kat rumah.

Pagi hari kedua, saya perhati dari jauh, murid2 laki kait buah pisang kaki. Nasib baik juga, tuan homestay ni memang seorang yang dikenali...boleh la juga buat macam rumah sendiri..(^__^).

Sanggup menjerit dari jauh, pelawa lagi cikgu nak makan tak buah pisang kaki . Bukan seorang yang mempelawa, tapi majoriti. Anak muridku tak biasa tengok buah ni. Mereka cakap macam rasa ciku...heheh..

Saya tersenyum je. Betul atau tidak, itu yang mereka rasa dengan lidah mereka. Biar saja mereka memberi komen buat pertama kali makan pisang kaki.

Kebersamaan mereka ni memang terserlah. Saya tabik akhlak budak ni dalam bab pelawa makan.
Ye lah, ada orang yang besar2 makan sorang2 walaupun depan orang lain, tak pelawa pun makan.


Mereka yang di atas...'mengerjakan' pokok pisang kaki.
Yang pasti, saya akan merindui mereka lepas ni sebab mereka semua dah menginjak ke sekolah menengah tahun depan.

Harapan cikgu, moga semua murid2 ni menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi untuk mengubah nasib keluarga...dan yang paling penting tak lekang dari doa cikgu, moga Allah memberi hidayah kepada kamu beserta keluarga untuk bersama-sama dengan cikgu dalam satu agama mentauhidkan Allah Yang Esa...amin.

Allahu musta'an....

Nov 10, 2012

Fadhilat Faqir

Assalamualaikum wbt.




Kata Imam Al-Ghazali,
 "Faqir bermaksud ibarat tiada mendapat sesuatu yang kita berhajat kepadanya."

Rasulullah saw bersabda dalam doa baginda,
"Hai Tuhanku, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin,matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan himpunkanlah aku dalam himpunan segala orang miskin."
  
 Maka, kata Aisyah r.a,
"Mengapa Ya Rasulullah?"

Maka jawab baginda saw,
"Mereka itu masuk dahulu ke syurga daripada orang yang kaya
 dengan empat puluh tahun. 
Hai Aisyah, jangan engkau tolak segala orang miskin walaupun dengan sebelah buah tamar.
Hai Aisyah,kasih olehmu segala orang miskin dan hampirkan dirimu dengan mereka itu nescaya engkau akan hampir dengan Allah swt pada hari kiamat."  

Dalam hadith riwayat Tirmizi, daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda,
"Masuk syurga orang faqir dahulu daripada orang kaya dengan lima ratus tahun iaitu nisfu hari."

Nisfu hari=separuh hari = 500 tahun
1 tahun akhirat = 1000 tahun dunia.

Jika dilihat, terdapat perbezaan antara masa yang disabdakan dalam dua hadith di atas. Bagaimanapun, empat puluh tahun lebih awal ialah bagi orang faqir yang berkehendak kepada kekayaan.
Manakala lima ratus tahun lebih awal ialah kepada orang faqir yang zuhud.

Kelebihan orang faqir ialah tidak terikat dengan harta untuk disoal semasa hari kiamat.Tersebut juga dalam kitab Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub, nabi yang terakhir di kalangan para anbia yang akan memasuki syurga ialah Nabi Sulaiman a.s, dan sahabat yang terakhir akan masuk syurga di kalangan para sahabat ialah Abdul Rahman bin Auf kerana kekayaan mereka.

Sabda Nabi saw,
"Tiap-tiap suatu ada kuncinya dan anak kunci syuga ialah mengasihi segala orang miskin dan fuqara' (orang faqir) kerana sabar mereka itu dan merekalah yang sedudukan dengan Allah swt pada hari kiamat yakni hampir kepadaNya."

Oleh itu, secara kesimpulannya, kita hendaklah redha dengan kesusahan/kemiskinan di dunia. Jika kita terdiri daripada orang yang senang/kaya, kasihanilah pada orang miskin. Berilah sedekah, hulurkan zakat, dan sumbangkan pelbagai sokongan moral atau jalan kepada mereka.

Allahu a'lam.

Mengapa bersedih jika miskin?

Nov 4, 2012

Kuasa Memilih

Assalamualaikum wbt.

Saya membelek-belek akhbar-akhbar pagi ini. Dua akhbar yang berbeza. Dua pemikiran yang saling bertentangan. Dua jalan cerita yang sama sekali berlainan.

Saya membaca isi kandungannya satu-persatu. Kadangkala, saya tersenyum namun saya dapat rasakan senyuman saya itu sinis. Adakalanya pula saya tersenyum puas. Ada ketika yang lain pula, saya mengulang bacaan berkali-kali kerana menilai agenda mereka. Di saat rasa marah, saya membacanya kuat agar didengar dan dinilai "masyarakat kecil" di sekeliling saya.

Sungguh emosi saya membaca.

Bukan kita dituntut menilai apa yang dibaca?
Bisakah kita tersenyum  bangga membaca suatu yang merendahkan agama Allah?

Beza antara kita dan makhluk lain ialah mempunyai akal.
Apakah kita tak mahu bersyukur dicipta sebagai manusia, tak dicipta sebagai haiwan?
Samakah kita dengan haiwan ternakan?     


Sebagai seorang yang mengakui Tuhanku ialah Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah, kita mempunyai kuasa memilih. Membezakan mana yang mesti dipilih dan yang mana mesti ditegah.

Setiap hari kita diberi pilihan. Janganlah menjadi seorang yang buta tuli daripada melihat kebenaran.
Syaratnya cukup mudah. Yang Mana menegakkan Allah Dan Rasul, itulah yang sepatutnya menjadi pilihan.

Mengapa ada yang masih menentang?
Sebenarnya mereka berpura-pura tidak tahu. Fitrah dalam hati mereka sebenarnya telah mengingatkan, telah memberi signal kepada mereka.
Namun, nafsu mereka mengatakan tidak.
Dan mereka tunduk kepada nafsu.

Nafsu demi kepentingan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat lebih abadi.

Wajarkah kita memilih mereka yang melawan hukum hakam Allah?
Wahai pembaca, bukalah minda kita semua. Nilailah sebaiknya apa yang dibaca benar atau tidak.

Kita semuanya hebat. Belajar ke peringkat yang tinggi. 
Namun jangan dipandang hina mereka yang di bawah kerana kadangkala mereka yang di bawah itu jauh lebih pandai berfikir daripada kita yang di atas.

TAQWA mereka melebihi mereka yang berada tinggi di mata manusia.


Allah hu akbar..
Sedarlah...
Bukalah mata hati kita...
Nilailah apa yang berlaku di sekeliling kita...
Kerana kita ada kuasa...
Kuasa memilih yang BENAR!




 
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ~Al-A'raaf 7:179~




Kita Berhak Memilih!


Tika Bidadari Berbisik

Assalamualaikum wbt.

Wanita adalah ciptaan yang terhebat. Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, maka sepilah dunia ini.

Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita diciptakan? Ya...daripada kitalah lahirnya seorang yang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia! Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga.

Fitrahnya... kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh, semakin pula mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. Ingatlah...wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan yang terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi.

~Petikan dari Buku Tika BIdadari Berbisik~

Penulis : Siti Farrah Shahwir & Noraini Ismail

Cantik kulit buku ni....


Teruskan membaca!

P:S ~ syukran pada ustazah yang sudi meminjamkan buku ni pada saya...JZKK

Oct 25, 2012

Menutup Aurat Dengan Sempurna Di Hari Pernikahan

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan jemputan2 walimah semakin banyak... berkadar terus dengan tempoh cuti sekolah hujung tahun nanti, saya sarankan kepada bakal2 menjadi mutazawwijin supaya menjaga batas-batas agama Islam semasa hari pernikahan nanti.

Bukan apa, banyak sekali walimah2 yang dihadiri tidak mengikut syariat Islam terutama pengantin yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Mulakan perjalanan baru dalam hidup anda dengan cara yang barokah...InsyaAllah...

Di bawah ini antara contoh pengantin yang menutup auratnya dengan sempurna. (lebih pada panduan buat muslimah)




 Semoga bermanfaat!

Oct 22, 2012

Macam Rumput

Assalamualaikum wbt.

Dari kejauhan...

Terlihat satu pemandangan yang sangat hebat. Langkah diberhentikan.

Google Image

Walaupun hampir setiap hari melaluinya namun entah mengapa baru kali ini satu perasaan yang lain daripada biasa mengusik hati.

Pandangan mata dilontarkan sejauh mungkin.

Monolog hati bermula.

Jika diberi pilihan, adakah aku mahu menjadi seperti rumput yang banyak itu?

Warnanya hijau. Menenangkan setiap mata yang memandang.
Mudah tumbuh tanpa jagaan rapi.
Tak perlu modal yang besar untuk menjadi penguasa di bumi.
Berbudi pula pada haiwan ternakan.
Bisa mencengkam bumi dari tertindas oleh manusia seperti aku.

Namun, hatiku mengatakan aku tidak mahu menjadi seperti rumput.

Bukan kerana aku tak suka bermanfaat kepada makhluk lain.

Tetapi kerana bilangannya.
Bilangannya yang banyak, mudah dicari, mudah dijumpa.

Inilah perumpamaan bagi orang2 yang berdosa di akhir zaman.
Orang2 yang menderhaka kepada Zat Yang Maha Agung.

Bilangannya sangat banyak dan semakin bertambah hari demi hari.
Sebut sahaja mahu melihat mereka yang lalai.
Mudah saja dihimpunkan.

Tapi, sukar sekali mengumpulkan mereka yang sentiasa mengingati Zat Yang Maha Agung.
Sukar sekali melihat mereka dalam kelompok yang ramai.
Bilangan mereka tidak seperti rumput2 itu.

Mereka sangat sedikit.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang sedikit!









Oct 17, 2012

Antara Percaya Dan Tidak

Assalamualaikum wbt.

Petang tadi, saya ke kedai membeli sedikit keperluan. Masa dah siap membeli, nak ke parkir kereta.

Tiba-tiba...

Satu suara menyapa, "Akak nak gi bandor ke?"

Saya menoleh terkejut sambil menjawab, "Tak". Rupanya ada sorang budak lelaki macam dalam kesusahan. Umurnya saya agak sekolah rendah. "Kenapa? Awok nak gi mane?"

"Hospital"

"Kenapa?"

"Mak accident. Ada kat ICU"

"Ayah mane?"

"Tak de. Bercerai"

"Ada abang kakak?"

"Takde. Anak tunggal."

"Akak bukan tak nak tolong awok, tapi akak ni takut betul ke tak awok ni?"

"Betul"

"Betul ke?" Saya tanya lagi sebab memang takut. Zaman sekarang ni macam-macam berlaku. Saya pulak kebetulan keluar sorang tadi.

"Betul"

"Emmmm...akak hantar awok kat bus stop sana, akak bagi tambang, awok g bandor naik teksi bole?"

"Bole."

"Nek lah kete..." saya menjemput dia naik.

Dalam hati ni memang berdebar.

Saya terus menuju ke bus stop, tapi bila dah sampai dekat bus stop, tak sampai hati pulak nak tinggalkan kat situ. Terus je menuju ke bandar.

Masa dalam kereta, sempat la tanya interview cket2...maknya keje di satu pasaraya, accident masa nak gi kerja, dia dapat tahu masa balik sekolah ada kawan maknya telefon rumah.

Saya minta IC nya, katanya ada pada mak. Rupanya dia tingkatan satu.

Saya ni berdoa sepanjang jalan dalam hati, mintak Allah selamatkan. Mulalah saya fikir bukan2, takut tiba2 dikeluarkan senjata tajam atau ditumbuknya saya.

Tapi dia tak bergerak pun. Statik ja kat kerusinya.

Sampai depan hospital, saya tinggalkan dia depan pagar hospital dan pesan suruh hati2. Diikutkan perasaan memang nak ikut sampai ke ICU, tapi saya ni masih takut kalau2 dia hanya reka cerita dan ada orang lain yang dah menunggu maka tak jadilah saya nak turun dari kereta.

Allah......

Sungguh saya tak tahu apa yang saya dah buat petang tadi. Saya tak mudah nak bagi orang tak dikenali nek kereta lagi pulak kalau sorang2..tapi entahlah... moga adik tu betul2 perlukan pertolongan.

Husnu dzon...

*Tapi balik rumah tadi, ummi dah ingatkan lain kali hati2...ya, saya faham kebimbangan seorang ibu..:-)

Psttt.....isnin lepas..air lagi sejengkal nak sama paras jambatan..syukur saya lepas nak masuk ke sekolah...




Oct 14, 2012

Hutang

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya, semalam tiba-tiba teringat yang aku ni berhutang sesuatu.

Rasanya memang tak terbayar dah.

Sedih pulak rasanya.

Tapi

Setiap khalifah di muka bumi

Masih ada peluang untuk berubah

Malu sangat bila bersendirian di tikar sejadah

Tika tangan ditadah memohon keampunan
kepada Yang Maha Esa.

Lalu masih memohon supaya ditambah nikmat
Sedangkan nikmat yang sedia ada tidak digunakan sebaiknya.

Ya

Aku berhutang

waktu-waktu

umur di dunia

masa sihat

semuanya percuma

tapi tak digunakan semaksimanya untuk mengabdikan diri pada Pencipta

Tika kelalaian. 
Tika syaitan mengintai2 peluang untuk merosakkan hati 

Aku tak mahu bertemu dengan Tuhanku
 Dalam keadaan kotor.
Dalam keadaan kufur nikmat

Ya Allah
Ampunkan kekhilafan hamba



 


Oct 13, 2012

Unta

Assalamualaikum wbt.


Ladang unta...berdekatan masjid di Hudaibiyah

Unta memang terkenal dan selalu dikaitkan dengan orang Arab. Unta juga sememangnya sinonim dengan para Nabi dan Rasul.

Ada perumpamaan menggunakan unta yang Allah swt firmankan dalam Al-Quran sebagaimana  dari surah Al-A'raf  yang bermaksud ,

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Cuba bayangkan unta masuk ke lubang jarum?
Sesuatu yang secara logik akal tidak akan berlaku. Inilah balasan kepada mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.

Unta juga dijadikan sebagai ujian kepada ketaatan kaum Nabi Saleh a.s. iaitu kaum Thamud, firman Allah swt yang bermaksud,

Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
 Al-A'raaf 7:73

Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)". 
Al-A'raaf 7:77


Unta juga digunakan sebagai kenderaan utama bagi umat sejak zaman dahulu seperti dalam perisyiwa hijrah.
Rasulullah saw mempunyai unta yang bernama 'Adba sebagaimana dalam himpunan hadith  Bukhari yang bermaksud...

[1307] Dari Anas r.a.: Nabi s.a.w mempunyai seekor unta yang bernama 'Adba yang cepat larinya....

 Jadi, saya telah menamakan kenderaan yang saya gunakan setiap hari sebagai
Al-'Adba

^ __ ^


 

Oct 9, 2012

Miscellaneous Sabah

Assalamualaikum wbt.



Pejam celik, dah hampir dua tahun saya meninggalkan negeri di bawah bayu. Sebenarnya, memang tak pernah terfikir akan tinggal di sana, tapi perancangan Allah Maha Hebat mengatasi segala perancangan manusia.

Masih terbayang lagi, first impression saya melihat suasana Kota Kinabalu dari udara. Banyak sekali rumah tradisional di sepanjang persisiran pantai, laut yang membiru, pantai yang putih bersih. Dan, kapal terbang yang saya naiki selamat mendarat di bumi Sabah yang bakal saya huni tanpa saudara mara tika itu.

Saya hanya bertawakkal pada Allah, moga-moga menambah petunjuk dan hidayah kepada saya dengan perpisahan sementara dengan keluarga kali itu.

Sebenarnya banyak peristiwa yang dah menjadi sejarah berlaku sepanjang berada di sana. Terkadang saya menjadi lebih bersyukur kerana sudah mendapat didikan agama sejak kecil dan itulah bekalan yang saya bawa ke sana.

Minggu-minggu awal lagi, iman saya sudah diuji...bila mana masa Pendidikan Jasmani, saya telah di'marahi' oleh pensyarah gara-gara dituduh melanggar peraturan disebabkan tak "tight in" baju masa turun padang dan tak masukkan tudung dalam t-shirt masa tu. Biarlah di mata pensyarah dan kawan-kawan, saya 'degil' tak mendengar kata. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya sangat meminta maaf kerana memang saya tak dapat mengikut peraturannya ketika itu. Sebak menahan air mata yang bila2 saja akan gugur tapi seorang daie memang mesti "tebal muka" dan saya pasti ada di kalangan rakan yang sudah memahami mengapa saya lakukan demikian. Pensyarah siap katakan pada saya," kalau tak mahu ikut peraturan, bungkus baju balik kampung." Saya dah redha waktu tu walau apa pun terjadi, ada hikmahnya. Namun, rahmat dan kasih sayang Allah swt mengatasi segalanya. Saya selamat tak dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Alhamdulillah...

Dari sudut pandang saya secara personal, kehidupan semasa itu, suasana belajar, pergaulannya sangat bebas. Bersentuhan yang bukan mahram. Inikah bakal cikgu yang nak mendidik anak-anak? Saya sangat terkilan dan memang tertekan. Cuma menjaga diri dan berdoa. Semasa satu kem yang dah diadakan, seperti biasa adalah sesi "water confident" masa tu kami dibahagikan kumpulan bercampur lelaki dan perempuan. Jurulatih menyuruh kami memegang tangan lelaki yang bukan mahram kami. Sekali lagi saya menjadi 'degil' dan 'kebal'... Ini bukan situasi mencemaskan, bukan keadaan terpaksa. Ada muka2 rakan yang tak berpuas hati dengan saya, tapi saya doakan moga mereka faham satu hari nanti sebab saya lakukan demikian.

Situasi lain pula, ramai sekali yang tidak menjaga solat malah tak bersolat. Inilah penyakit umat akhir zaman. Bukan mudah untuk tetap istiqamah menunaikan solat walaupun tahu yang ianya wajib. Jadi, nak menjadi guru bukan mudah, bukan hanya cemerlang akademik, tapi akhlak lebih penting. Usah salahkan anak murid itu dan ini, tapi cuba pandang ke belakang, siapa kita pada masa yang lalu?

Wahai jiwa2 yang tenang!

Bersabarlah bila dilabel 'tak mendengar kata', 'kolot', 'tak bergaya', 'terlalu skema'.. Itu semua tak sampai secebis dari sakit yang bakal kita tanggung di akhirat kelak akibat tak menjaga hak2 Allah.

Kita terkadang berasa malu bila dilabel sedemikian.

Tapi mengapa kita tetap dengan pendirian untuk menjaga agama kita dari dipijak-pijak oleh mereka yang cuba memadamkan cahaya Allah?

Sebab kita faham. Kita faham yang itu memang tanggungjawab kita. Walau penat macam mana sekalipun, malu macam mana sekalipun, kita tetap mempertahankannya.

Moga tetap terus istiqamah saudaraku!





Oct 6, 2012

Tudung Yang Menutup Aurat

Assalamualaikum wbt.

Cuba berhenti berjalan dan pandang sekeliling.

Daripada 10 orang muslimah yang lalu-lalang di sekeliling, agak-agak berapa orang  yang menutup aurat dengan sempurna?

Walaupun perkara ni diulang berkali-kali, dari zaman sekolah sampai sekarang, dan yang pastinya ramai yang dah faham, tapi saja buat2 tak faham atau terlupa itu saya tak pasti...


Atas rasa tanggungjawab, saja nak buat ulangan sekali lagi tentang batas2 aurat wanita. Kalau kita lihat sekarang ni, banyak sangat fesyen muslimah yang sentiasa di "upgrade" mengikut peredaran zaman.

Tapi, sayangnya tak ikut syariat Islam. Dalam bahasa yang lebih mudah, tak tutup sempurna aurat. Jadi, apa salahnya, labuhkan tudung kita yang singkat supaya menutup dada. Kita pasti sayangkan aurat kita, tak mudah dipamerkan secara percuma kepada orang yang tak layak malah tak berhak melihatnya.

Isu utama bukan tak boleh berfesyen, tapi biarlah fesyen yang menutup aurat dengan sempurna.

Antara kesalahan semasa bertudung ialah:

*Memakai tutup rambut sahaja tapi leher terdedah.
*Memakai tudung tetapi tidak menutup dada.(Ini kesalahan yang paling kerap dilakukan)
*Memakai tudung yang menutup dada tetapi jarang, dan masih menampakkan bentuk leher. (Kebanyakan kain tudung bawal masih jarang)
*Memakai tudung tapi tak memakai anak tudung menyebabkan rambut masih dapat dilihat.

Semua di antara kita berhak untuk berubah menjadi lebih baik.

Perasaan saat kali pertama menutup aurat dengan sempurna memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Anda yang sudah mengalaminya pasti dapat memahami apa yang saya maksudkan di sini. Cuma yang boleh saya katakan ialah ketenangan.

"Peliharalah auratmu ketika sihat, nescaya Allah akan memelihara auratmu di kala kamu sakit...insyaAllah"

N.B : Saya akan sambung dengan garis panduan berpakaian pula khas buat kaum Hawa..akan datang..nantikan!!!

Oct 3, 2012

Dr Zakir Naik Di Malaysia

Assalamualaikum wbt.







Sep 30, 2012

Azam

Assalamualaikum wbt.

Dalam meniti kehidupan, senantiasa ada azam dan cita-cita yang hendak dilunaskan. Tak kiralah jangka pendek atau jangka panjang.

Namun, kadangkala halangan demi halangan di pertengahan jalan membuatkan kita berasa lemah semangat. Rasa tak mampu lagi untuk mencantas onak dan duri yang menghalang langkahan kaki ini.

Pelbagai usaha dilakukan, namun terasa masih jauh titik yang dituju, masih tinggi gunung yang hendak didaki.

Tapi, cukuplah Allah swt sebagai tempat bergantung.


"Fa iza 'azamta fa tawakkal 'alallah"

Moga aku terus kuat dan bergantung hanya pada tali Allah swt.

Allah humma amiinn...

Sep 27, 2012

Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala

Assalamualaikum wbt.



Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1.  Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5.  Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

~H.R Tarmizi~

Sep 22, 2012

Mesir Sebelum Dan Selepas Dr. Mursi

Assalamualaikum wbt.

Saya kongsikan satu buku yang baru sahaja dimiliki....

Baru mula menghadam buku ni...

Antara yang menarik...

"Kami akan mentaatimu jika kamu mentaati Allah, kami akan menderhaka jika kamu menderhaka kepada Allah. Kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu menyalahi tujuannya. Kami akan melakukan revolusi ke atasmu jika kamu tidak memberikan kepada golongan yang terkorban dan yang cedera hak mereka."
(Pesanan Abdullah Mursi buat ayahandanya)

Nota : Abdullah Mursi ialah anak kepada Dr. Mursi


Penulis: Riduan Mohamad Nor; M. Abd. Malik Abd. Karim
Terbitan: Jundi Resources 
 
FN : Sesuai untuk saya yang hanya melihat perkembangan Mesir dari jauh...:-)
 
Selamat Membaca !! ^__^