Assalamualaikum wbt.
Saya tertarik dengan satu penulisan oleh
seorang penulis di alam maya yang saya kagumi penulisannya..saya kongsikan di sini.
Jom kita hayati...
Di dalam tulisan bertajuk
Muslimah & Tudung Labuh,
ada seorang muslimah yang telah memberi komen menceritakan sebab beliau
masuk Islam. Menurut beliau, pemakaian sebahagian muslimah yang
bertudung labuh telah menarik hatinya untuk mengenali seterusnya memeluk
agama yang suci ini.
Berikut adalah petikan komen beliau:
Tudung labuh boleh jadi sebab kepada hidayah ALLAH.
Hari ini, saya menulis dengan ringkas di
Facebook mengenai satu situasi yang berlaku di dalam majlis rasmi sebuah
kementerian. Ia berkaitan bagaimana si muslimah bertudung labuh secara
tidak langsung telah mengubah situasi majlis kepada yang lebih baik.
Berikut adalah mesej tersebut:
Muslimah bertudung labuh menyedarkan manusia akan agama.
Dua situasi di atas menyebut kebaikan
yang dihasilkan secara tidak langsung oleh para muslimah yang bertudung
labuh. Ia memberi mesej kepada kita betapa pakaian menurut syariah
Islam bukan sahaja memberi kebaikan kepada si pemakainya, bahkan buat
orang-orang di sekelilingnya.
Da`wah Bil-Hal Si Muslimah Bertudung Labuh
Dakwah ada bermacam-macam jenis. Jika da`wah bil-lisan adalah seruan kebaikan kepada manusia melalui ceramah, kuliah, seminar, forum dan seumpamanya. Manakala da`wah bil-hal pula adalah seruan kebaikan kepada manusia melalui perbuatan dan penzahiran perilaku.
Da`wah bil-hal ialah dakwah
tanpa suara. Ia mengajak manusia kepada kebaikan berdasarkan penunjukan
contoh dan aksi. Dakwah bentuk ini adalah antara bentuk dakwah yang
paling memberi kesan kepada orang yang mahu didakwahkan. Malah orang
yang berada di sekeliling pun turut terkesan melalui dakwah cara ini.
Betullah kata pepatah “action speaks louder than words.”
Kita lihat situasi pertama di atas:
Seorang gadis yang pada asalnya bukan
beragama Islam, bagaimanapun setelah beberapa kali melihat wanita-wanita
Islam yang bertudung labuh, terus jatuh hati dengan pakaian sederhana
yang penuh kedamaian dan ketenangan itu. Bahkan telah mencetus hidayah
untuk beliau masuk Islam selepas dari itu. Semuanya berpunca dari cara
berpakaian muslimah yang bertudung labuh.
Tentu ini bukan kes yang pertama atau
kedua. Mungkin ada banyak lagi kes sebegini yang tidak kita ketahui
yang berlaku di luar kesedaran kita. Secara tidak langsung,
muslimah-muslimah yang bertudung labuh telah berdakwah hanya melalui
pakaian mereka. Secara tidak mereka sedari, pahala kebaikan dari sisi
ALLAH mengalir ke dalam buku amalan mereka. SubhanAllah! Pahala
percuma buat mereka!
Kita lihat situasi kedua pula:
Si VVIP itu mungkin lalai dengan agamanya
sehingga habis semua lelaki dan perempuan dijabatnya tanpa berasa segan
dan kekok. Mungkin kerana penghayatan agamanya kurang hasil dari
persekitaran dan latar belakangnya sendiri. Namun, setelah tiba giliran
si muslimah yang bertudung labuh ingin mengambil sijil penghargaan
beliau, si VVIP itu tiba-tiba tersedar akan tuntutan agamanya yang
melarang dari lelaki dan perempuan bebas berjabat salam atau
bersentuhan.
Kehadiran muslimah itu telah
menyelamatkan lain-lain muslimah di belakang gilirannya. Kerana sebelum
muslimah bertudung labuh itu naik ke pentas, telah ada sok-sek-sok-sek
di kalangan muslimah di tempat duduk yang masing-masing mengadu sesama
mereka betapa tidak sensitifnya si VVIP itu terhadap agama. Mereka
merujuk kepada perbuatan si VVIP yang bersalam sakan dengan
wanita-wanita bukan mahramnya di atas pentas.
Namun, tanpa bersuara si muslimah
bertudung labuh itu telah menyampaikan mesej agama kepada si VVIP itu
lalu menyedarkannya. Beliau tidak meneruskan perbuatan beliau
bersalaman dengan wanita selepas itu. Tidakkah hal ini boleh
menyebabkan sayang ALLAH tercurah kepada wanita bertudung labuh itu?
Lain-lain wanita terselamat kerananya. Dan kerananya juga si VVIP itu
tersedar. Dengan izin ALLAH, tentu ada bahagian pahala dari sisi ALLAH
hasil dari perbuatan tidak langsung ini.
Dua contoh di atas hanyalah sebahagian daripada banyak contoh da`wah bil-hal yang
dilakukan oleh para muslimah yang bertudung labuh. Dan tentunya ia
tidak terhenti di situ sahaja. Banyak lagi contoh dalam masyarakat kita
bagaimana si muslimah bertudung labuh boleh berdakwah secara tidak
langsung hanya melalui pakaian tudung labuh mereka. Antaranya ialah:
- Meredakan nafsu para lelaki yang selama
ini melihat perempuan hanya sebagai objek seks. Dengan melihat si
muslimah bertudung labuh, si lelaki mungkin datang jiwa beragama secara
tiba-tiba dan insaf. Pandangan nafsu mereka akan ditenangkan dan
diganti dengan keimanan.
- Muslimah yang bertudung labuh selalu
mengingatkan para masyarakat akan agama. Dengan kehadiran mereka,
selalu secara tiba-tiba sahaja orang ramai akan teringat akan suruhan
solat, suruhan tutup aurat, larangan mengumpat dan lain-lain hal
berkaitan agama. Kebiasaannya masyarakat akan segan untuk melakukan
perkara-perkara yang bercanggah agama secara terbuka di hadapan muslimah
yang bertudung labuh kerana secara amnya mereka mengingatkan kita
kepada agama dan rasa beragama.
- Memberi contoh kepada lain-lain muslimah tentang cara berpakaian yang betul dan menepati syariat Islam.
- Menunjukkan kesederhaan dan kesopanan
para wanita Islam kepada masyarakat Islam atau yang bukan Islam yang
terkeliru dengan nilai-nilai ummat Islam yang dipesongkan oleh media dan
persepsi masyarakat.
- Dan lain-lain lagi.
Semoga tulisan ringkas ini dapat membuka
hati para muslimah di luar sana agar bertudung labuh dan berpakaian
menutup aurat yang tepat dan sempurna menurut yang dikehendaki oleh
Islam. Tuan/puan boleh membaca secara ringkas mengenai cara berpakaian
muslimah yang betul menurut Islam di sini:
Percayalah wahai para muslimah sekalian,
bahawa apabila kalian berpakaian menutup aurat dengan sempurna, kalian
bukan sahaja beroleh pahala kerana menepati kehendak agama yang
dikehendaki atas diri kalian. Dan ia bukan sahaja bakal menyelamatkan
kalian dari bahaya yang mungkin datang dari lelaki-lelaki yang jahat.
Bahkan dengannya juga kalian beroleh pahala melalui dakwah yang kalian
lakukan secara tidak sengaja, iaitu da`wah bil-hal yang telah dijelaskan di atas.
Semoga ALLAH Ta`ala pelihara para muslimah sekalian dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…
2 comments:
السلم عليكم ورحمة الله
Tugasan dakwah tidaklah hanya terhad kepada perkataan tetapi perlulah juga menunjukkan contoh yang baik.
dakwah bil hal lebih mengena pada obyek dakwahnya
Post a Comment