Pages

Apr 13, 2012

Ada Yang Lebih Penting

Assalamualaikum wbt.


 Semasa di universiti, kami diwajibkan mengambil subjek minor selain subjek major. Masih segar dalam ingatan ketika first year, saya sudah berkira-kira untuk memilih pengajian Islam sebagai subjek minor. Mungkin kerinduan yang mendalam untuk belajar input agama di dalam kelas formal. Bosan juga menghadap test tube selalu ..:-)

Ada juga sahabat terdekat yang juga membuat perhitungan sepertiku. Kami gagahi juga mendaftar subjek pertama untuk minor kami iaitu Asas Akidah Islam. Apabila sudah satu semester menghadiri kuliyah dan membuat tugasan, alhamdulillah rasa bersyukur sangat Allah bagi peluang ambil subjek ini.

Semester berikutnya, kami teruskan dengan subjek lain yang semuanya telah disepakati kami untuk diambil bersama. Bukan apa, ada teman, lebih rasa bersemangat nak berkejar ke kelas dan nak cari rujukan bersama. Ada teman di perjalanan.



Paling diingati, semasa subjek munakahat, penuh dewan kuliyah. Sampaikan ada yang tak dapat tempat duduk(first day). Lecturer sempat lagi bergurau dengan mengatakan, "Amboi,subjek ni memang sentiasa dapat sambutan hangat. Almaklumlah, semua tengah buat persiapan nak nikah".

Bergema satu dewan dengan derai ketawa para students termasuklah kami.(^__^)


Walaupun ada 3 orang lecturers yang mengajar subjek ini secara bergilir, semuanya best2. Tak hairanlah kelas sentiasa penuh kerana terasa sayang nak escape walaupun sekali..hehe...
Ada satu part yang tiada dalam silibus, tapi saya masih ingat yang salah seorang Dr telah memberi tugasan kepada kami.

Tugasan apa ya?

Tugasan untuk menghafaz cara solat jenazah untuk lelaki dan perempuan. Pada mulanya ada antara kami yang tertanya-tanya apakah rasionalnya Dr beri tugasan 'sampingan' seperti ini. Dr dengan wajah yang begitu menenangkan, dengan suara yang begitu bersemangat menyatakan bahawa tugasan ini sangat penting untuk kami.

Antara kata-kata Dr., seorang anak/menantu yang baik, dia berupaya memberi sumbangan terakhir kepada ibu/bapa/mertua sebelum jenazah mereka disemadikan di dalam liang lahad. Jika lebih baik boleh mengimami solat jenazah tersebut. MasyaAllah!

Alangkah bertuahnya mendapat/menjadi seorang anak/menantu seperti ini. Bukan mudah untuk mencari/menjadi sepertinya pada zaman ini. Zaman di mana manusia meletakkan kelebihan material/rupa sebagai kayu ukur menjadi menantu pilihan.


Seperti mana di antara kata-kata saidina Ali r.a.

"Jika seseorang mempunyai harta, dia akan menjaga hartanya. Tetapi sebaliknya jika seseorang mempunyai ilmu, ilmu itulah yang menjaganya".

Dr. juga berpesan kepada kami, setelah membina baitul muslim, ajarkan pula kepada anak-anak. Tampal pada dinding/board di rumah kaifiat solat jenazah. Sentiasa pula mengingatkan anak-anak supaya memberi bakti terakhir sebelum kita dikebumikan kelak. Lebih indah lagi jika diajar cara menguruskan jenazah bermula dari memandikan, mengkafankan, menyolatkan dan mengebumikan.

Membina keluarga muslim yang berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah tetapi pada hakikatnya tidak mustahil. Semuanya bermula daripada kita. Kita yang akan menjadi ibu bapa.

Terima kasih Dr. yang telah mengingatkan kami. Yang telah membuka minda kami untuk menyedari hakikat sebenar kami mengambil subjek munakahat. 

Banyak sekali yang masih perlu diperbaiki.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Ayuh perbaiki diri dan luruskan niat.

2 comments:

NadiaH NaDya said...

:)
ada agama ada segalanya
kna blaja balik cara nk mandi n solat jenazah ni
ingt2 lupa suda

~An-Nur~ said...

duk belek jugak ni caranya...

slalu lupa2....