Pages

Jun 24, 2012

Emas Berkilau?

Assalamualaikum wbt.

Aduhai, sungguh hati saya tak tertahan sebak setiap kali melihat iklan suatu rancangan realiti yang melibatkan 'pakcik' dan 'makcik' merebut gelaran juara. Automatik tangan menukar channel lain sebentar.




Rugi..rugi..rugi...

Betapa usia muda mereka telah berlalu pergi. Sekarang, sudah sampai waktu tua. Allah masih memberi nikmat umur kepada mereka. Nikmat kesihatan yang membolehkan mereka bergerak, tidak terlantar sakit. Nikmat akal yang masih waras membezakan baik dan buruk.

Masa-masa kecemasan inilah sepatutnya digunakan untuk memikirkan kembali, dari mana kita datang, apa tujuan kita hidup dan ke mana kita akan kembali. Inilah masanya untuk koreksi diri, adakah kita melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan segala nikmat percuma yang diberikan Allah sepanjang hayat kita hingga saat ini.

Kita semua sudah tentu mahukan kesudahan yang baik. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada pemergian rakan-rakan yang telah pulang menghadap Ilahi dalam usia yang muda. Seharusnya kita mempersiapkan bekal yang secukupNya untuk kehidupan yang kekal abadi.

Life Begins at 40
Selalu kita dengar ungkapan ini. Pada saya, kata-kata ini ada benarnya. Ramai yang telah berubah menjadi semakin baik apabila usia meningkat. Kesedaran agama juga bertambah. Sudah semakin rajin ke masjid, semakin rajin mendalami ilmu agama, sudah semakin kuat untuk bangkit di tengah malam bersolat. Sudah semakin menutup auratnya.

Tapi,
Bagaimana pula yang masih seperti kehidupan di zaman muda yang banyak melakukan maksiat?

Jika kita tanya pada pakcik makcik yang telah melangkau usia 40 tahun, tentunya mereka masih ada harapan dan cita-cita yang masih belum tercapai. Tentunya mereka banyak menyesal tiap saat masa muda yang telah dibazirkan begitu saja. Tentunya mereka berkata, masa muda itu sungguh pantas berlalu. Sedar tak sedar, sudah di penghujung usia. Sedar tak sedar, kudrat sudah semakin terbatas. Sedar tak sedar, mata sudah semakin kabur untuk menelaah kitab. Sedar tak sedar rambut sudah semakin putih yang menandakan ajal semakin menghampiri.

Iktibar
Wahai diriku dan pembaca yang semakin tua dari sehari ke sehari, biarlah kita menjadi seorang yang semakin taat pada perintah Allah dan meinggalkan laranganNya. Umur kita bukan semakin panjang, bahkan semakin dekat menghampiri saat terhenti denyutan jantung kita. Saat terakhir hembusan nafas kita. Saat terakhir kita di dunia sebelum berpindah ke alam barzakh.

Berdoalah,

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.


Akhirul kalam...

Jadilah emas yang berkilau menegakkan agama Allah....
Bukan emas yang berkilau di mata manusia yang cuba memadamkan cahaya Allah...

Wallahu a'lam



5 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Waktu adalah modal. Berjalannya waktu bererti berkurangnya modal. Kerugian akan mengiringi setiap orang bersamaan dengan berlalunya waktu. Bila seseorang tidak mampu meraih keuntungan dari tiap detik kehidupannya, maka semakin tua usianya semakin banyak pula kerugiannya. Ketika waktunya habis kerana maut, maka ia akan pulang dengan tangan hampa bahkan membawa beban dosa.

Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa menghargai masa serta pengisian di dalamnya...aamiin

Alshaqina Nana said...

sy buat buat perkara yg sama.. tukar channel. malu nk tgok. =)

NadiaH NaDya said...

betul tu mila...bukankah nnti kita akan disoal dimana umur kita telah di habiskan...rsa mcm chek tau ja rancangan pe tu..:)

Joko S. Al-Hanif said...

mari qt 'ingat lima perkara sebelum lima perkara.. :)

~An-Nur~ said...

t.ksah semua atas comments...