Pages

Jul 29, 2012

Luqman Al Hakim, Ayahnya Serta Hati Dan Lidah

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari, bapa Luqman Al Hakim memintanya supaya pergi ke pasar dan membeli daging yang paling baik. Apabila pulang dari pasar, Luqman Al-Hakim menunjukkan kepada ayahnya apa yang dibelinya. Dikeluarkannya satu persatu.

Ayahnya terkejut kerana yang dibeli oleh Luqman Al-Hakim ialah HATI dan LIDAH.

Kata ayahnya,"Wahai anakku, mengapa engkau membeli HATI dan LIDAH?"

Jawab Luqman Al-Hakim, "HATI dan LIDAH lah daging yang paling baik. Jika hati baik, maka akan baiklah seluruh anggota badan. Begitu juga dengan lidah, jika lidah baik, akan baiklah seluruh jasadnya."

Ayahnya terdiam mendengar kata-kata Luqman Al-Hakim.

Selang beberapa bulan kemudian, ayah Luqman Al-Hakim sekali lagi menyuruhnya ke pasar dan membeli daging yang paling buruk.

Tatkala pulang dari pasar, Luqman Al-Hakim menunjukkan apa yang dibelinya kepada ayahnya. Ternyata yang dibelinya ialah HATI dan LIDAH sekali lagi.

"Wahai anakku, mengapa engkau membeli HATI dan LIDAH sekali lagi?" soal ayah Luqman Al Hakim.

"Aku membeli HATI dan LIDAH kerana jika hati itu buruk, akan buruklah seluruh jasadnya. Begitu juga dengan lidah. Jika ia buruk, akan buruklah seluruh jasadnya." jawab Luqman Al Hakim.

Aduhai, itulah peranan hati dalam memerintah seluruh jasad kita. Hati ibarat raja yang mengarahkan hulubalangnya. Jika raja itu baik, nescaya hulubalangnya juga akan diperintah untuk melakukan sesuatu yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Hati yang baik akan mengarahkan anggota badan melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah swt. Hati yang sakit pula akan mengarahkan jasad melakukan perkara yang buruk.

Sebagaimana Ibn Taymiyyah telah membahagikan hati manusia kepada 4.
  • Hati yang sejahtera
  • Hati yang lalai
  • Hati yang sakit
  • Hati yang mati
HATI dan LIDAH menjadi tunjang kepada segala tindak tanduk kita.

Berwaspadalah dengan HATI masing2. Tiada doktor pakar di dunia yang dapat merawat hati kita daripada penyakit hati ini melainkan kita kembali kepada Allah dengan "masuk Islam secara keseluruhan".

Sebahagian doa Nabi Ibrahim a.s kepada Allah swt ialah

"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"
~Asy-Syu'araa' 26:87-89~


"Awasi HATI dan LIDAH kita"






4 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Hati bagaikan cerminan bagi diri insan. Ia perlu digilap sentiasa supaya pancaran cahayanya kian bersinar cemerlang dan menerbitkan kata-kata yang baik melalui lidah.

~An-Nur~ said...

ya, btul tu ustaz..:-)

Ichsan Afriadi said...

Assalamu'alaikum, semoga hati dan lidah kita senantiasa dituntun olehNya. Aamiin ya Rabb...

-Salam kenal :)

~An-Nur~ said...

waalaikumussalam..

InsyaAllah...:-)

t.kasih