Pages

Apr 13, 2012

Ada Yang Lebih Penting

Assalamualaikum wbt.


 Semasa di universiti, kami diwajibkan mengambil subjek minor selain subjek major. Masih segar dalam ingatan ketika first year, saya sudah berkira-kira untuk memilih pengajian Islam sebagai subjek minor. Mungkin kerinduan yang mendalam untuk belajar input agama di dalam kelas formal. Bosan juga menghadap test tube selalu ..:-)

Ada juga sahabat terdekat yang juga membuat perhitungan sepertiku. Kami gagahi juga mendaftar subjek pertama untuk minor kami iaitu Asas Akidah Islam. Apabila sudah satu semester menghadiri kuliyah dan membuat tugasan, alhamdulillah rasa bersyukur sangat Allah bagi peluang ambil subjek ini.

Semester berikutnya, kami teruskan dengan subjek lain yang semuanya telah disepakati kami untuk diambil bersama. Bukan apa, ada teman, lebih rasa bersemangat nak berkejar ke kelas dan nak cari rujukan bersama. Ada teman di perjalanan.



Paling diingati, semasa subjek munakahat, penuh dewan kuliyah. Sampaikan ada yang tak dapat tempat duduk(first day). Lecturer sempat lagi bergurau dengan mengatakan, "Amboi,subjek ni memang sentiasa dapat sambutan hangat. Almaklumlah, semua tengah buat persiapan nak nikah".

Bergema satu dewan dengan derai ketawa para students termasuklah kami.(^__^)


Walaupun ada 3 orang lecturers yang mengajar subjek ini secara bergilir, semuanya best2. Tak hairanlah kelas sentiasa penuh kerana terasa sayang nak escape walaupun sekali..hehe...
Ada satu part yang tiada dalam silibus, tapi saya masih ingat yang salah seorang Dr telah memberi tugasan kepada kami.

Tugasan apa ya?

Tugasan untuk menghafaz cara solat jenazah untuk lelaki dan perempuan. Pada mulanya ada antara kami yang tertanya-tanya apakah rasionalnya Dr beri tugasan 'sampingan' seperti ini. Dr dengan wajah yang begitu menenangkan, dengan suara yang begitu bersemangat menyatakan bahawa tugasan ini sangat penting untuk kami.

Antara kata-kata Dr., seorang anak/menantu yang baik, dia berupaya memberi sumbangan terakhir kepada ibu/bapa/mertua sebelum jenazah mereka disemadikan di dalam liang lahad. Jika lebih baik boleh mengimami solat jenazah tersebut. MasyaAllah!

Alangkah bertuahnya mendapat/menjadi seorang anak/menantu seperti ini. Bukan mudah untuk mencari/menjadi sepertinya pada zaman ini. Zaman di mana manusia meletakkan kelebihan material/rupa sebagai kayu ukur menjadi menantu pilihan.


Seperti mana di antara kata-kata saidina Ali r.a.

"Jika seseorang mempunyai harta, dia akan menjaga hartanya. Tetapi sebaliknya jika seseorang mempunyai ilmu, ilmu itulah yang menjaganya".

Dr. juga berpesan kepada kami, setelah membina baitul muslim, ajarkan pula kepada anak-anak. Tampal pada dinding/board di rumah kaifiat solat jenazah. Sentiasa pula mengingatkan anak-anak supaya memberi bakti terakhir sebelum kita dikebumikan kelak. Lebih indah lagi jika diajar cara menguruskan jenazah bermula dari memandikan, mengkafankan, menyolatkan dan mengebumikan.

Membina keluarga muslim yang berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah tetapi pada hakikatnya tidak mustahil. Semuanya bermula daripada kita. Kita yang akan menjadi ibu bapa.

Terima kasih Dr. yang telah mengingatkan kami. Yang telah membuka minda kami untuk menyedari hakikat sebenar kami mengambil subjek munakahat. 

Banyak sekali yang masih perlu diperbaiki.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Ayuh perbaiki diri dan luruskan niat.

Apr 5, 2012

Baca Dengan Hati

Assalamualaikum wbt.



Saya rasakan yang saya semakin kurang membaca akhir-akhir ini. Kalau dulu masa zaman belajar, mungkin ditambah dengan pengaruh 'rakan sebaya' yang suka membaca, jadilah diri ini pun suka membaca.

Bahan bacaan terutama buku, memang jadi teman baik walaupun hakikatnya, lebih suka baca buku / majalah yang tiada kaitan dengan pelajaran. Atleast, input tu tetap ada.

Tapi sekarang, jumlah bacaan kalau dibuat statistik, macam semakin berkurang. Risau juga bila difikirkan. Memang betul lah orang kata, pilih kawan tu penting. Hatta junjungan besar kita Rasulullah saw juga bersabda jika mahu menilai seseorang, lihatlah dengan siapa dia berkawan.

Jika kita lihat sahabat kita semua membaca, kita juga akan terpengaruh untuk membaca, berkongsi bahan bacaan dan mengisi waktu senggang dengan membaca. Kedai buku juga menjadi tempat wajib dikunjung dengan sahabat-sahabat.

Kini, saya tetap cuba membaca dengan hati, menjiwai setiap patah perkataan yang ditulis oleh penulis yang meluahkan nukilan dan idea mereka. Membaca juga seperti kita mengaji. Mesti ada roh. Roh untuk memahami, roh untuk menilai, roh untuk mengambil iktibar. Bukan bacaan kosong.

Hakikatnya, membaca ni suatu yang sangat-sangat menyeronokkan!!!
Percayalah!

Rasa tenang bila membaca, rasa ada something new.
Rasa makin banyak benda tak tahu & kemudian boleh induce kita nak membaca lagi.

Jom kita 'selak2' buku/majalah/kitab yang ada di sekeliling kita, mungkin ada yang kita masih tak tahu, tapi kita jadi TAHU selepas membaca. Mungkin ada majalah @ buku yang kita beli, tapi kita belum habiskan bacaan.RUGI TU...

Ya, ini Kempen Membaca Daripada Saya....^___^

Kempen Membaca Dengan Hati

Apr 4, 2012

Jangan Marah

Assalamualaikum wbt.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda :Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhari )

Apr 2, 2012

Perancangan Allah

Assalamualaikum wbt.





Alhamdulillah, hati melonjak gembira menerima perkhabaran Cik Amy dari tanah suci minggu lepas. Terkejut juga masa terima sms.

2 hari lagi insyaAllah cik Amy akan pulang ke tanah air.

***************************************************

Cerita seorang Hamba Allah :

Beberapa tahun yang lalu, beliau telah ke Tanah suci mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan bersama ayah dan ibunya.

Beliau berasa sangat seronok sepanjang berada di sana bagaikan tidak mahu lagi pulang ke tanah air, begitu juga dengan ayah dan ibunya.

Suatu hari di antara hari-hari terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air, semasa sedang mengaji di dalam Masjidil Haram, ayahnya telah menepuk bahunya seraya berkata, "Tak payah balik la, kita duduk sini ja..."

Hamba Allah tersenyum dan menjawab, "Ayah, kita balik dulu. Ada rezeki Insya Allah kita datang lagi".


Dengan izin Allah, setelah pulang, setiap pokok duriannya di kebun semuanya berbuah dan mendatangkan hasil yang lumayan. Ayahnya telah bercadang untuk menggunakan hasil daripada jualan buah tersebut untuk ke tanah suci sekali lagi mengerjakan umrah dan sebulan berpuasa di sana.

Kali ini, hamba Allah tidak ikut serta. Hanya ayah dan ibu yang tercinta ke sana.

Dengan perancangan Allah yang Maha hebat itu, ayahnya telah pulang ke rahmatullah di Makkah pada tahun tersebut......

Allah hu akbar!
Allah hu akbar!
Allah hu akbar!

Tatkala saya mendengar cerita ini, meremang juga seluruh tubuh.
Allah Maha Berkuasa Merancang Sesuatu.

Lihatlah, bagaimana Allah menghantar ayah kepada hamba Allah tersebut pulang kepada Nya dengan perancangan yang sangat teliti....Masya Allah wa tabarakallah!

Moga kita juga ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang sentiasa diberi perlindungan oleh Allah serta mati dalam husnul khatimah....Amin.

Mar 31, 2012

Kapitalisme Merantai Jiwa

Assalamualaikum wbt.

Biasa kita dengar tentang kapitalisme. Istilah ini lebih kepada sistem ekonomi. Kalu kita tengok maksud kapitalisme dalam wikipedia, "sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan".

Jika dulu, kalau mak ayah kita beli barang-barang, memang tahan. Ada kualiti. Boleh pakai sampai ke anak cucu. Contohnya kukur kelapa. Yang zaman mak ayah kita kecik dulu still ada sampai sekarang. Tapi kalau zaman sekarang, semua benda tak tahan lama. Bukan sebab negara dah makin  mundur. Logiknya, kalau negara makin maju, mestilah barang-barang semua boleh tahan lebih lama. Ini tidak, barang-barang semua memang direka sekali dengan expiry date...supaya apa? Supaya peniaga-peniaga dan sesiapa yang terlibat boleh cari makan.


Tak ke sistem kapitalis tu?


Kita ambil satu contoh, kereta. Kalau kereta dulu memang tahan lama. Kalau accident tu tak lah teruk sangat. Tapi sekarang, terkena sikit dah kemek..... alal-ala tin MILO gitu...Sebab apa? sebab nanti adalah kerja mechanic kat bengkel, dapat lah jimatkan kos pengeluaran tapi hasilnya sama.

Kalau dah settle bayar hutang kereta, mulalah makin banyak rosak kereta tu. Macam tahu-tahu je tuannya dah habis hutang kereta. Sebenarnya bukan kereta tu yang tahu, tapi yang mereka yang mencipta kereta tu yang tahu. Memang dibuatnya expiry date kereta tu 9~10 tahun.

Tak dinafikan, semua benda di dunia ni ada expiry date, tapi sistem kapitalisme ni memang sudah meresap dalam diri kita, diri umat Islam sekarang.

Nak dikaitkan juga di sekolah. Kalau kita masa sekolah dulu, selalu cikgu marah suruh kutip sampah kalau jumpa, buang dalam tong sampah atau pun, jangan buang sampah merata-rata, tapi kita buang juga. Kalau ternampak sampah pula, biarkan ja. Sebab apa?..sebab kita fikir, nanti kalau kita yang kutip sampah tu, makcik yang tukang sapu sampah tak da kerja nak buat...

Tak ke sistem kapitalis tu?

Saya perhatikan, begitu juga anak murid saya sekarang. Biarkan saja sampah bawah meja. Selagi saya tak tegur, tak da sivik nak kutip sampah sendiri. Tak tahu yang kutip sampah tu bukan supaya kawannya yang bertugas menyapu tu tak payah buat kerja, tapi untuk kebersihan kelas sendiri.

Kesimpulannya, kapitalisme tu memang dah termasuk meresap tanpa kita sedar dalam diri kita sejak turun temurun. Saya, kamu wahai pembaca, kita semua yang sedar sepatutnya menjadi agen perubahan pada corak pemikiran kita, generasi kita akan datang.



Jom hentikan kapitalisme!















Mar 30, 2012

Kahwin vs Couple

Assalamualaikum wbt.


 Part 1

 Part 2