Pages

May 23, 2012

Adab Orang Yang Alim

Assalamualaikum wbt.

Ini sambungan daripada entry sebelum ini yang bertajuk Adab Penuntut Ilmu. Jika seorang yang menuntut ilmu ada adabnya, apatah pula gurunya / orang yang alim.

Sumber : Kitab Sirus Salikin.

Terdapat 17 adab seorang yang alim :

  1. Ihtimal iaitu hendaklah menanggung dan menerima segala kesusahan yang didatangkan oleh anak muridnya iaitu segala pertanyaan dan pekerjaan yang menyusahkannya yakni dia hendaklah bersabar dan tidak cepat marah.
  2.  Luzumul hilm iaitu bersifat lembut dan bukan pemarah.
  3. Menundukkan kepalanya.
  4. Jangan membesarkan diri atas segala hamba Allah swt melainkan atas orang yang zalim kerana menegahkan zalimnya.
  5. Tawadhuk iaitu memilih untuk merendahkan diri dalam perhimpunan orang banyak dan di hadapan orang ramai.
  6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main di dalam perhimpunan orang banyak.
  7. Kasih sayang dengan orang yang belajar kepadanya, berperangai dengan lemah lembut dalam pekerjaan dan perkataan diperlakukan kepada muridnya seperti mereka adalah anaknya.
  8. Menanti dan memperkasa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang jahil dan membaikkan & membetulkan pertanyaan orang yang dungu dan orang yang bebal dengan menunjukkan jalan kebajikan dan benar dan meninggalkan marah serta menghentakkan kaki kepada orang yang baru belajar.
  9. Jangan meminta upah atas mengajarkan tetapi hendaklah ikhlas kerana Allah ta'ala.
  10. Jangan malu daripada berkata "Tidak tahu" pada suatu perkara yang ia syak padanya @ berkata "wallahu a'lam".
  11. Bersungguh-sungguh menghadap orang yang bertanya, dan jika dia tidak memahami soalan, hendaklah dia betul-betul memahaminya supaya dia menjawab soalan yang ditanya.
  12. Menerima dalil yang membenarkan perkataan orang dan muridnya, dan jangan ditolakkan dalilnya kerana guru itu malu kepada orang ramai kerana mengikut yang benar adalah wajib dan jikalau ada beberapa orang yang di bawah kita sekalipun.
  13. Mengikut kepada yang benar dengan kembali kepadanya ketika tersalah ia pada sesuatu masalah atau lancar lidahnya kepada sesuatu yang bukan dari kehendaknya.
  14. Menegah ia akan orang yang belajar ilmu itu akan memberi mudharat kepadanya.
  15. Menegah ia akan orang yang berniat dengan belajar ilmu itu akan memberi manfaat kepada sesuatu yang lain daripada Allah swt.
  16. Menegah ia daripada orang yang belajar ilmu yang fardhu kifayah dahulu daripada selesai mengetahui ilmu fardhu ain.
  17. Hendaklah ia mengamalkan ilmu itu supaya diikuti oleh orang yang belajar ilmu itu akan ilmunya dan perkataannya.

May 20, 2012

Wahai Ali !

Assalamualaikum wbt.


Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan wasiat kepada Saidina Ali Abu Talib.


Wahai Ali ! Orang mukmin itu ada 3 tanda :

~Benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat.
~Benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama.
~Benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

 Wahai Ali ! Orang berakal itu ada 3 tanda :
  • Menggunakan dunia untuk manfaat akhirat.
  • Menanggung kekasaran orang.
  • Sabar atas segala kesusahan.
 Wahai Ali ! Orang berilmu itu ada 3 tanda :

*Berkata benar.
*Menjauhkan yang haram.
*Merendah diri.

Wahai Ali ! Orang yang takut kepada Allah itu ada 3 tanda :

# Memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk.
#Menjauhi kawan jahat.
#Meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada haram.

Wahai Ali !

*Tiada agama bagi orang tidak takutkanNya.
*Tiada amal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya.
*Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya.
*Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya.
*Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedekahnya.
*Tiada keamanan bagi orang yang tiada rahsia.
*Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya.
*Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya.

Sumber daripada buku~ MENYERU KEPADA ALLAH : Panduan Untuk Pendakwah Muda.




May 18, 2012

Jumaat Terakhir

Assalamualaikum wbt.

Selepas solat fardhu Asar tadi, kami sekeluarga menerima berita kepulangan ke rahmatullah salah seorang tukang yang membuat kerja renovate rumah kami. Beliau salah seorang yang menyiapkan kerja-kerja akhir.

Abah terkejut kerana 2 minggu lepas, kali terakhir berjumpanya sebelum beliau pulang ke Kemaman, bersamaan hari Jumaat semasa kami bertolak ke Kuala Lumpur. Beliau kemalangan jalan raya. Namun tiada sebarang luka. Mungkin kecederaan dalaman. Beliau tidak berselera makan sejak minggu lalu.

Sepanjang bekerja di rumah kami, Abah banyak bergurau senda dengannya dan makan minum bersama di sebelah siang.

"Baru lagi bergurau dengan xxxxx." kata abah tadi.

Beliau dari negara jiran, merantau mencari rezeki di sini untuk keluarga. Adik saya ada memberitahu, beliau menunjukkan gambar anaknya yang seorang tinggal bersama isterinya di kampung.

Beliau meninggal hari Jumaat dan menurut seorang alim, seseorang yang meninggal pada malam Khamis atau hari Jumaat, dia akan terlepas dari seksa kubur pada hari tersebut.

Hidup kita ni singkat sangat.

Tapi, berapa kali kita ingat mati setiap hari?

Mati datang pada kita tak kira masa dan tempat.

Darjat seseorang bukan dikira pada harta, rupa, keturunan dan pangkat.

Tetapi TAQWA.

Terdetik dalam hati saya, Allah swt telah mengangkat darjat beliau, seorang yang pada zahirnya seorang yang susah, bekerja berat mencari rezeki yang halal dan berpanas terik. Namun di sisi Allah swt, kita tidak tahu.

Bandingkan pula dengan seseorang yang duduk di kerusi empuk, dalam bilik air cond, belum tentu darjatnya tinggi di sisi Allah swt.

Moga kita sama-sama pulang ke pangkuan Pencipta kita dengan hati yang tenang.
Moga Allah menyudahi kehidupan kita dengan kesudahan yang baik.

Al Fatihah untuk arwah.


                Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu'anhu.

May 16, 2012

Hari Guru 2012

Assalamualaikum wbt.


Selamat Hari Guru khas untuk semua insan yang bergelar 'cikgu'. Moga tetap sabar dan ikhlas mendidik anak murid kita....Insya Allah.


Saya masih ingat ketika sekolah rendah, ada satu sajak yang sungguh popular terpampang di dinding sekolah sebagai mural. Selalu baca dengan kawan-kawan tiap kali lalu di kawasan tu tapi pemahamannya mungkin berbeza. Dulu sekadar baca, tapi sekarang lebih menghayati maknanya.

Guru O Guru





BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


May 13, 2012

Miscellaneous

Assalamualaikum wbt.



Segala puji Allah s.w.t yang masih memberi kesempatan untuk kita menyedut udara secara percuma tanpa sebarang bayaran supaya kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah s.w.t. namun kita sebagai manusia sering saja terlupa mensyukurinya.

Alhamdulillah, minggu lepas, selamat pergi dan balik ke pesta buku. Tima kasih banyak2 Cik Nadiah atas layanan yang sangat best!!! Maaf sangat, kesihatan tak berapa mengizinkan masa tu. Jemput datang ke sini......dah banyak ke baca buku2 yang kita beli tu?

Komen adik yang tiba-tiba bersuara melihat saya yang sering sakit-sakit silih berganti sejak akhir-akhir ni,

"Sakit ni sebab banyak dosa"..

Terkedu. Terdiam.

Ada benarnya kata adik, sakit kaffarah dosa kita.

Kelmarin, saya ke hospital untuk physio. Syukur alhamdulillah, semua berjalan lancar dan temujanji seterusnya tidak dibuat memandangkan keadaan yang semakin pulih.

"Banyaknya akak da improved!".

Saya tersenyum mendengar kata-kata adik praktikal.

Allah sentiasa memberi ujian kepada kita dan kita tiada pilihan untuk lari dari ujian tapi, menempuhinya dengan sabar(penting sangat), usaha dan doa yang tak putus2.

Daripada sakit ni, saya dapat ambil salah satu iktibar penting iaitu untuk kita membuang habit yang buruk bukanlah mustahil, tapi mesti dengan mujahadah.


Contohnya, saya suka duduk cross leg tanpa saya sedar yang ia salah satu  punca saya sakit. Ahli physio menasihati saya supaya membuang tabiat duduk cross leg kerana menyebabkan saya sakit di bahagian lutut hingga hujung kaki. Dia juga berkata bukan sakit ni disebabkan saya seorang yang obses memakai kasut high heel. (tepat sekali rumusan beliau).

Balik daripada temujanji pertama, saya nekad tak mahu lagi duduk cross leg ni. Sepanjang proses nak membuang tabiat tu, ada juga terlupa tapi setiap kali baru saja nak duduk cross leg, bila teringat, saya cepat2 duduk straight. Dalam proses ni, terasa sangat yang bukan mudah nak membuang sesuatu habit tetapi ia tak mustahil. Saya dah dapat membuang habit ni dalam masa 2 minggu. Thank you Allah!

Begitu juga dengan tabiat kita yang lain, apa2 yang kita nekad mahu buang dari diri kita, insyaAllah, Allah akan membantu kita melawannya namun perlu semangat, mujahadah yang kuat. Sama seperti taubat nasuha.

Tidak lupa juga, baru-baru ini, saya berjalan dalam terik panas mentari, melalui tepi deretan bangunan kedai. Hajat hendak melihat tudung di kedai berdekatan.

Dalam hati terdetik, panasnya.

Tiba-tiba saya terlihat seorang pakcik sedang membuka barang-barang untuk membaiki kasut. Rupanya beliau seorang pembaiki kasut. Tersentuh hati melihatnya duduk di tepi kedai yang tiada koridor berbumbung. Untuk mencari rezeki halal kepada keluarga bukanlah perkara yang mudah. Bukan mudah ibu bapa kita mencari rezeki untuk kita. Berjemur di tengah panas, menahan kesejukan, melayan kerenah manusia yang pelbagai.

Dalam masa kita senang, ada yang susah. Kita rasa mudah dapatkan gaji tetap setiap bulan, namun ada yang berhempas pulas mencari wang. Kita mesti banyak bersyukur, bersyukur dan bersyukur. Bersyukur dengan hati, lidah dan perbuatan.

Cukup dahulu saya coretkan buat kali ini. Terlalu banyak yang ingin diceritakan tetapi ada yang lebih penting hendak diselesaikan. Pen-off.














May 1, 2012

Minggu Lepas, Semalam & Buku

Assalamualaikum wbt.


Minggu Lepas.

Saya terima kiriman daripada Cik Amy, sebuah buku yang sangat cute, sebesar tapak tangan, mudah dibawa, senang letak dalam handbag.

Alhamdulillah, sudah pun saya baca dan belek satu persatu dari depan ke belakang.



Syukran jazilan Cik Amy...

p:s - minta maaf tak berkesempatan ke Balok sebab ada urusan.


Semalam.

"Ini untuk awak," tiba-tiba sebelum pulang, ustazah memberi hadiah dan meletakkan di atas meja.

"Terharunya, tima kasih banyak la ustazahhhh..." saya tersenyum hingga ke telinga (^__^).

"Harap awak suka la teacher, saya semalam tak tahu nak pilih buku apa untuk awak."

"Insya Allah saya suka..."


Alhamdulillah, saya terima buku lagi daripada ustazah.

Pagi ni saya dah mulakan pembacaan. Insya Allah saya hadamkan molek2. Nanti saya akan buat sedikit kupasan tentangnya kemudian. InsyaAllah.


Buku apa ya? Biarlah rahsia dahulu...hehe


Buku.

Benarlah, saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan, kawan-kawan silih berganti sejak sekolah, uni dan tempat kerja sekarang, kawan-kawan yang suka membaca, suka kepada buku dan yang penting bukan buku-buku yang tak bermanfaat.

p:s - Cik Nadiah, sila doakan hajat kita minggu ni, juga berkaitan buku dimakbulkan Allah dan dipermudahkan.


Yalla IQRA' !!!