Terdapat sebelas adab seorang penuntut ilmu yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah. Ia adalah seperti berikut :
- Apabila bertemu guru, mendahului dengan memberi salam.
- Jangan banyak berkata-kata di hadapan guru. (bercakap-cakap ketika guru mengajar).
- Jangan berkata-kata sesuatu tanpa izin guru.
- Jangan bertanya kepada guru melainkan telah mendapat izin daripada guru.
- Jangan menyangkal perkataan gurunya itu dengan katanya si fulan menyalahi apa yang engkau kata.
- Jangan memberi isyarat kepada guru untuk menyalahi bicaranya dan menyebabkan guru bersangka bahawa kamu lebih pandai daripadanya kerana ia kurang adab dan kurang berkatnya.
- Jangan berbisik-bisik dengan orang yang sama duduk di hadapan guru (rakan seperjuangan).
- Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan guru, tetapi hendaklah duduk tunduk lagi beradab seolah-olah ia dalam sembahyang.
- Jangan membanyakkan pertanyaan kepada gurunya tatkala guru letih.
- Apabila guru berdiri, atau baru sampai, hendaklah dia berdiri untuk mentakzimkan guru dan jangan diikuti dengan pertanyaan ketika guru berdiri hingga sampai guru ke tempat duduknya melainkan kerana darurat, ia tidak ditegah.
- Jangan bersangka buruk dengan kepada guru yang menyalahi pada pendapat atau pengetahuannya kerana gurunya itu terlebih tahu akan segala hukum syarak dan segala rahsia syariat.
Sampaikan pada rakan-rakan, anak-anak, murid-murid, dan sesiapa sahaja yang bergelar penuntut ilmu. Insya Allah dengan menjaga adab-adab seorang penuntut ilmu, ilmu yang diperoleh akan lebih berkat serta bermanfaat.
To be continued....'Adab Orang Yang Alim'....insya Allah...
0 comments:
Post a Comment