Pages

Apr 23, 2012

Keberkatan Umur

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi, melangkah longlai keluar dari bilik doktor. Dada terasa sesak. Terus menuju ke kereta. Termenung lama di situ. Bergenang air mata tak tertahan.

Ya Allah, Allah tak akan menguji seseorang di luar batasan kemampuannya.
 Menenangkan fikiran.

Terima sms daripada ustazah. Terima kasih atas kata-kata semangat. Sekurang-kurangnya saya ingat. Ingat yang Allah uji sebab Allah sayang. Tak perlu kita persoalkan,"kenapa?". Tak perlu tanya,"why me?".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
(At-Taubah 9:51)
google image
Kawan-kawan, mari kita beramal soleh selagi ada kesempatan, kesihatan dan kelapangan.
Kerana, kita tak tahu bila Allah akan tarik semua itu. Mungkin tanpa kita sedari atau kita sedari tapi mungkin kita sudah tiada daya lagi waktu itu.
Sebenarnya banyak yang nak dicoret, tapi entah mengapa, tak mampu untuk meneruskan kalam saat ini.
Ma'asalam. 


Ya Allah, kurniakanlah kami umur yang berkat.


Nota bawah : Lusa - physio.

















3 comments:

Hilmiah said...

tiap dugaan ada hikmahnya..maybe bukan sekarang,tp akan datang..insyaAllah,semua selamat..

Akh Joko said...

umur berkat, jiwa raga sehat nan manfaat..

inga lima perkata sebelum lima perkara'

~kamilah~ said...

to hilmiah :

insyaAllah pasti ada hikmahnya...tq shbt sbb sentiasa ada tika sy 'jatuh' sejak dulu lagi...alhamdulillah allah kurniakan shbt dpt awk.


to akh Joko : t.kasih. Insya Allah. sungguh terkesan bila sakit, terkenangkan waktu sihat.