Pages

Sep 24, 2011

Berlapang Dada

Assalamualaikum wbt.


Sejak kecil, pastinya setiap daripada kita mempunyai cita-cita atau impian tersendiri. Tidak kiralah cita-cita nak jadi apa bila besar nanti, atau impian untuk buat sesuatu yang amat disukai.

Selalunya, cita-cita yang amat diambil berat oleh keluarga atau cikgu di sekolah. Masa darjah satu, cikgu selalu tanya nanti bila besar kamu nak jadi apa?. Maka, pelbagai jawapan yang didengar. Dengan seraut wajah penuh harapan. Mengharapkan cita-cita dapat digapai suatu hari nanti.

Masa tu, kalau kawan mintak biodata, mesti ada juga diselitkan cita-cita. Lepas tu, kawan pun komen, "Eh, kau nak jadi..., bla..bla..bla.....".



Hari berlalu berganti bulan dan tahun. Usia juga semakin meningkat. Masing-masing anak yang dahulunya kecil menginjak usia dan berkerja untuk merealisasikan impian sewaktu kecil.

Persoalannya, berapa peratuskah di antara kita yang mencapai cita-cita yang diimpikan sewaktu kecil? atau mungkin tidak tercapai kerana cita-cita kita berubah dengan perubahan pengetahuan dan masa?

Jom kita imbas semula apa cita-cita kita waktu kecil dan apa pula yang kita lakukan sekarang?

Apakah yang kita rasakan? Sedih atau gembira?

Lupakah kita semua, bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Benar, pada pandangan kita, kita tidak berjaya merealisasikan impian kita sewaktu kecil.

Namun, adakah kita gagal?




Berlapang dadalah!


".....kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisaa' 4:19)


Betapa Allah sayangkan kita. Kita pernah gagal dalam peperiksaan. Pada pandangan manusia memanglah buruk. Namun Allah tutup satu pintu dan buka seluas-luasnya dan sebanyak-banyaknya pintu yang lain tanpa kita sedari.

Allah Maha Berkuasa, boleh sahaja DIA menjadikan kita mencapai apa yang diimpikan. Tapi Allah tahu, itu bukan yang terbaik untuk kita.

Sungguh kita menzalimi diri sendiri jika masih ingin bersangka buruk pada Allah, masih merungut, "kenapalah aku tak dapat jadi..............".

Hentikan persangkaan buruk dan mulalah berlapang dada mulai saat ini.

Nescaya hati kita akan jauh lebih tenang.

2 comments:

Anonymous said...

saya selalu sangka buruklah ya, hmmm, tak baik betul pemikiran ni~

hmmm, ayuh, berlapang dada~

~An-Nur~ said...

samalah kita... tulis entry ni sebab nk ingatkan diri yg selalu fikir negatif...

ada ja tak kena...ish3....