Pernah suatu ketika, semasa di matrikulasi. Guru bahasa Inggeris meminta kami memberi satu kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Pelbagai jawapan yang diberikan. Apa lagi, masing-masing masuk bakul, angkat sendirilah! hehe..
Tiba giliran salah seorang classmate lelaki. Dia berdiri dengan gahnya dan menjawab, "good looking".
Miss secara spontan tersenyum dan berkata, "Nice!". Kami pula yang lain tertawa. Ada juga rakan perempuan yang memandang seakan tidak percaya apa yang dikatakan jejaka tersebut.
Adakah benar good looking hanya dilihat pada raut wajah yang tampan, segak dengan gaya yang elegance atau wajah yang ayu, manis senyumannya?
**************************************
Dalam Islam, good looking yang dimaksudkan bukan hanya paras rupa yang cantik, wajah yang tampan, kulit yang putih berseri tanpa cacat cela.
Maksud yang sebenar jauh lebih mendalam dan hanya dapat dinilai dengan mata hati yang celik.
Hati kita secara fitrah suka segala sesuatu yang baik.Benarlah wajah yang cantik atau tampan boleh dikatakan good looking.
Saya ingin pembaca bandingkan dua perwatakan ini. Saya tukarkan watak classmate saya tadi dengan watak seorang perempuan.
Pertama,
seorang wanita yang cantik manis, muka bujur sirih tanpa sebarang jerawat, bekerja di satu syarikat yang terkenal di dunia. Gajinya besar, memandu kereta mewah yang jarang-jarang sahaja orang yang dapat memilikinya. Pakaiannya pula mengikut peredaran zaman tetapi sayang seribu kali sayang, tidak menutup aurat. Sayang kan? Duit banyak tapi belum mampu untuk membeli pakaian yang sempurna dari segi syarak.
Kata-katanya pula melambangkan keangkuhan dirinya. Solat pula kadang-kadang sahaja sempat ditunaikan. Maklumlah, wanita berkaliber, sibuk menghadiri program kerja di sana-sini.
Masa zaman sekolah, menjadi pelajar terbaik. Straight A's. Tapi sayang, bila ustazah buka Iqra' nak test mengaji, mulalah baca tersekat-sekat. Huruf jim dan khaf pun masih bertukar. Itu belum lagi diminta membaca tulisan jawi yang tiada baris.
Ok, sekarang kita perhatikan pula watak seterusnya.
Kedua,
wanita ini jika kita lihat tidaklah cantik. Jika berada dikhalayak, pastinya tidak menjadi perhatian ramai sampaikan ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Ye lah, wajah biasa-biasa saja. Pakaiannya pula tidak langsung mengikut peredaran zaman. Tapi yang amat menyejukkan hati yang memandang, ia menutup aurat.
Tidak ketat, tudung tidak jarang, tidak mengikut bentuk tubuh badan.
Kerjanya biasa saja. tapi wangnya digunakan dengan betul. Cara dia bersyukur dengan wang yang diberikan ialah membeli pakaian yang sejajar dengan tuntutan agama Islam. Dia juga rajin bersedekah ke jalan yang Allah.
Bila berkata sesuatu, dia menyusun kata dengan amat baik, tidak menyakiti hati setiap yang mendengar, mudah diajak berbincang dan mudah juga mendapat kata sepakat. Solat pula menjadi tiang hidupnya, membaca al-quran dan mentadabbur isinya.
Akademiknya semasa di sekolah tidaklah cemerlang, tetapi kemahiran yang ada digunakan sebaik mungkin, mendalami agama secara berterusan dan cuba menyampaikan kepada orang lain selagi terdaya.
Antara dua watak di atas, yang manakah lebih good looking pada pandangan mata hati kita yang celik?
Agak-agaknya, jika kita sebagai mertua ingin mencari menantu, yang manakah yang lebih kita utamakan untuk dipilih menjadi menantu pilihan?
Kita hanya manusia.
Bagaimana pula Allah swt?
DIA telah menjawab dengan jelas dalam firmanNya yang bermaksud,
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Al-A'raaf 7:26)
Ia bertepatan sabda Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.(Hadis riwayat Muslim).
Tepuk dada tanyalah iman!
p/s : kawan-kawan, sama-sama kita berdoa menjadi good looking pada pandangan Islam. Ameen.
5 comments:
for u...http://www.jebril.com/en
artikel yg dapat membuka mata.....gud job!
rasa sedih pula baca artikel ni, cukup terkesan, hmmm, dugaan betullah Milah, saya rasa kadang-kadang saya tak kuat bila saya mula nak jadi lebih baik, hmmmm...
ada hikmahnya saya jadi cikgu sebelum ni, saya belajar tutup aurat, tapi bila masuk tempat baru, ada masa masa tertentu saya rasa alone, sendiri, sorang-sorang, tapi saya tepis jauh-jauh~
hmmmm, saya nak pastikan duit yang saya dapat digunakan untuk membeli keperluan bersyariat~...
kerja sebagai ibadah, saya nak ubah niat, dengan berpakaian tutup aurat saya tetap boleh buat kerja lebih bagus dari orang lain, awak tahu kan kerja saya ni banyak keluar, hmmm, kuatkan diri! terima kasih atas ingatan~
bab pakaian memang mengganggu fikiran saya, saya niat nak pakai sampai bila-bila, tapi masih perlukan sokongan orang sekeliling, huhu..
daku hamba yang lemah, tapi kita tak boleh mengaku kalah,~
to hilmiah: t.ksh sahabatku...sentiasa bg sokongan sentiasa bg benda yang manfaat kt sy tanpa jemu...erm, sahabat..bila sy dpt jengah blog awk???hehe
to nadiah : artikel berdasarkan pengalaman penulis...hehe.. u know me rite??? ":-D
to syahidah : syida, ingat ja kita tak pernah keseorangan. memang sy faham pe yang awak rasa sbb sy rasakan bnda tu ms sy kt Sabah dlu. tentang pakaian, cuba sehabis-habis-habis mungkin nk istiqamah dgn apa yg awak dah buat.
Sungguh sy sukaaa sgt dgn penampilan syida skarang.
teruskan beristiqamah! Semangat sentiasa mempertahankan hijrah kita..x nak mundur2 lg.
Suka ayat nie...
"kerja sebagai ibadah, saya nak ubah niat, dengan berpakaian tutup aurat saya tetap boleh buat kerja lebih bagus dari orang lain"
Muslim yang kuat lbh baik drp muslim yg lemah.
cik mila: yap..hehe
syida: kuat kan semangat..nadiah pun kekadang rasa keseorangan....rs mcm semakin teruk di sabah ni....tak sabar nk balik semennjung....nk kembali jadi yang dulu
Post a Comment