Pages

Nov 29, 2011

Public Talk

Assalamualaikum wbt.

Semua dijemput hadir......

Tabung Masjid Untuk Digunakan Sebaiknya

Assalamualaikum wbt.

Pedih hati ini menahan sabar. Sabar dengan kerenah manusia yang tidak memahami atau belum memahami.

Jika kita besedekah ke tabung masjid atau ke rumah-rumah anak yatim sebagai contoh, kita pastinya niatkan supaya wang tersebut digunakan untuk program yang bermanfaat atau membeli kelengkapan yang diperlukan.
Kita tidak mahu sekiranya wang tersebut diperam seeloknya dalam simpanan akaun masjid tanpa digunakan.

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan ke atasnya” 
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Masyarakat di sekeliling kita masih ramai yang berfikiran cetek, masih ramai yang tidak memegang amanah sebaiknya. Saya katakan sebegini kerana ianya berasas.

Ramai yang telah bersedekah ke tabung sebuah masjid. Sayangnya, pemegang amanah sebagai bendahari tidak betul-betul memahami erti dia menjadi bendahari. Terlalu berkira dan kedekut untuk mengeluarkan dana untuk program. Baginya, semakin banyak duit masjid dikumpul, dia adalah bendahari yang berjaya. Apabila AJK mencadangkan supaya majlis ilmu diperhebat, dia menentang sekerasnya dengan alasan membazir. Tidak mahu mengeluarkan wang untuk dibayar kepada penceramah atau untuk menjamu jemaah yang hadir.


Bila dicadangkan pula supaya tabir putih dibeli untuk kegunaan ustaz yang ingin berceramah menggunakan projektor, dikatanya juga membazir. Kesudahannya, kain kafan yang disediakan untuk kematian digunakan sebagai tabir.

Sedarlah wahai bendahari!

Wang tersebut bukan sama sekali wang anda. Antum hanya pemegang amanah. Amanah yang akan disoal di akhirat kelak. Ke mana wang telah disedekah oleh hadirin ke tabung masjid?. Jangan kerana wang tersebut telah menjadikan kita hina di akhirat kelak.

Para penderma akan menuntut kembali kepada kamu sebagai bendahari kerana tidak menggunakan wang sedekah mereka semasa di dunia.

Begitulah harapan menggunung orang yang bersedekah ke tabung masjid.

Berhijrahlah pemikiran mulai sekarang. Keluar dari kepompong kejahilan dan lihatlah dunia yang lebih kekal abadi.

Amanah...nampak kecil tapi sangat besar!

Nov 27, 2011

Lihat Dan Fikir

Assalamualaikum wbt.

Keseorangan di suatu sudut taman
Melihat sekeliling kepada bunga yang sedang mekar
Pasti akan layu akhirnya
Moga kasih kita sesama insan tidak begitu

Berjalan perlahan
Mata tertumpu ke segenap ruang pandangan
Pokok dan haiwan pelbagai rupa
Moga kita sesama insan saling melengkapi

Berhenti di kolam
Ternampak pula katak yang melompat
Tanpa henti menjelajah kiambang
Moga kita sesama insan tangkas meneroka dunia

Langkah terhenti
Kaki sakit terkena duri
Siapa yang mengtakdirkannya?
Moga kita insan mengambil iktibar

Dongak pula ke langit
Awan membiru
Tapi siapa tahu, sampai bila ia begitu?
Moga insan selalu beringat sebelum terlambat




Nov 26, 2011

1433 H

Assalamualaikum wbt.

Dimulakan tahun 1433H dengan lafaz mulia bismillahirrahmanirrahim...


Moga hari ini lebih baik dari semalam, 
Hari esok lebih baik dari hari ini, 
Setiap hari yang mendatang lebih baik dari hari yang berlalu.
AMIN.


Allah Sorok Tiga Perkara Dalam Tiga Perkara

Assalamualaikum wbt.



Allah sorok RedhaNya dalam orang-orang yang berbuat amal soleh

Allah sorok MurkaNya dalam orang-orang yang berbuat kejahatan

Allah sorok WaliNya dalam hambaNya yang ramai


Keterangan :
Jika Allah swt tunjukkan redhaNya, nescaya manusia akan berhenti melakukan kebaikan. Contohnya, jika Allah swt tunjukkan bahawa seseorang itu telah masuk syurga dengan solat sunat dua rakaat yang dilakukannya, ramai manusia yang tidak akan melakukannya selepas itu.

Jika Allah swt menunjukkan murkaNya kepada manusia setiap kali manusia melakukan dosa, seperti turun bala dari langit setiap kali kesalahan dilakukan, nescaya manusia akan berasa sangat terseksa dan menderita.

Jika manusia mengetahui tentang wali-wali Allah dan kelebihan yang ada pada mereka, nescaya manusia akan menggunakannya untuk perkara yang tidak bermanfaat dan untuk mendapatkan jalan singkat dalam mencapai sesuatu perkara.


Nov 25, 2011

Jodoh - Mencari Yang Terlalu Sempurna

Assalamualaikum wbt.



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...


sumber : http://www.iluvislam.com/


Nov 24, 2011

Pisang Kaki

Assalamualaikum wbt.


Tengok buah ni kat kedai semalam...terus snap gambar...
Bentuk dan rupa pisang kaki yang tak sama langsung dengan pisang biasa


Khasiat

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. 

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.


Nov 23, 2011

Terkenang....

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari, selesai solat Zohor di rumah, saya turun ke kawasan parking Beverly Hills, sambil turun tangga, sambil tu jugak check semula dalam beg. Telekung, stationary, terjemahan Quran, noteboook, handphone dan wallet. Dan payung yang dipinjam daripada housemate. Lengkap. Melangkah terus tanpa begitu tergesa-gesa. Masih ada 10 minit sebelum seorang sahabat lama datang menjemputku kali ini.

Fikiran melayang, "Di mana tempat perjumpaan kali ini?" bercakap seorang di dalam hati.

Dan selang 5 minit, sahabatku tiba bersama suami dan sepasang little mujahidnya. Senyuman terukir. Dia duduk di tempat duduk belakang bersama saya. Salam dihulurkan dan dia membisikkan sesuatu ke telingaku. Terasa kehangatan ukhwah itu.  

"Maaflah Kamilah, sempit sikit, si kecik ni tidur, dah penat kot, dari pagi tadi tak tidur, ada program kat Teluk Likas". Dia berkata kepadaku dengan mesra sambil menunjukkan mujahidah kecil yang tidur nyenyak di ribaannya. Mujahid yang sulung pula mengintaiku dari tempat duduk hadapan. Saya hanya mampu tersenyum kepada anak pejuang itu.

Sepanjang perjalanan, telefon sahabatku tidak berhenti berdering, semuanya bertanyakan tentang pertemuan yang dijanjikan sebentar lagi. Mungkin ramai juga kali ini. Bisikku dalam hati. Saya betul-betul rasa seperti menyusahkannya kerana dia datang menjemputku hanya dengan bantuan GPS kerana mereka baru saja pindah ke Sabah tidak sampai sebulan.

Kereta mula memasuki kawasan perumahan dua tingkat. Mata saya memerhatikan sekeliling. Hujan lebat.
Akhirnya, berhenti di hadapan sebuah rumah tersergam indah. Rupanya, ramai yang sudah ada di situ. Kami disambut mesra oleh kawan-kawan kepada sahabatku. 

Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh suami kepada salah seorang akhawat yang berada di situ. Pertama kali saya berkenalan dengan ramai juga orang Semenanjung yang juga sedang menuntut ilmu di Sabah dan terdapat juga yang telah bekerja.

Banyak juga agenda yang telah disempurnakan satu persatu pada hari itu. Kemuadian yang tinggal hanya 'kaum wanita'. Sampailah pada suatu yang surprise...Sambutan hari lahir salah seorang akhawat yang baru sahaja saya kenali...

Alhamdulillah.....

Sekarang, hujan di luar membawaku mengenangkan waktu seperti ini pada tahun lalu....


Hari lahir seorang ukht... tahun lalu......











Nov 22, 2011

Ustaz Azhar Idrus di Kuantan

Assalamualaikum wbt.


Mari bersama kita luangkan masa ke kuliyah Ustaz Azhar bin Idrus bagi bulan November di Kuantan.
Jom pakat-pakat pergi. Tinggalkan sebentar urusan harian. 

Tarikh : 22 November 2011 (Selasa)

Tempat : Masjid Al Fatah Batu 3, Kuantan


 

Nov 21, 2011

Awasi Masa Daripada Ancaman Mata Pedang

Assalamualaikum wbt.



Hari ini hari ke tiga cuti persekolahan. Secara zahirnya, sekolah bercuti maka kawanku telah berkata kepadaku hari Jumaat yang lalu, "Cikgu bestlah cuti. Cikgu yang lagi seronok daripada anak murid". Saya hanya tersenyum dengan kata-katanya. Seronok memang ada, fitrah manusia yang suka pada waktu senggang, waktu berehat.  Ada suatu perasaan yang menerjah ke dalam lubuk hati tatkala mengingatkan cuti.

Namun perasaan cuti kali ini cukup berbeza dengan cuti-cuti sebelumnya. Cuti semasa zaman sekolah, zaman belajar. Sungguh saya sudah memikirkan tentang waktu cuti yang diberikan Allah ini untuk mengisinya dengan seadilnya. Pembahagian masa amat penting. Jika dahulu, pulang dari asrama, erti cuti hanya untuk berehat di rumah, menonton televisyen. Semakin umur bertambah, fikiran semakin matang(Insya Allah). Saya tidak lagi menggambarkan masa cuti saya sekarang sama seperti gambaran waktu cuti semasa usia kanak-kanak dan remaja dahulu.

Saya sudah mengingatkan diri saya bahawa tiada lagi istilah cuti seperti zaman remaja. Walaupun tidak ke sekolah, saya telah merancang beberapa target utama yang mesti dicapai biiznillah sebelum bermula sesi persekolahan pada tahun hadapan. Jika waktu sekolah, saya tidak sempat untuk mengaji setiap kali selesai solat 5 waktu, saya boleh mengaji dan mentadabbur maksudnya tiap kali selesai solat 5 waktu. Buku-buku ilmiah, bukan majalah hiburan yang melalaikan juga boleh dihadam semuanya. Kalau dahulu, mahu tidak mahu kita mengulangkaji pelajaran kerana hendak exam, tapi sekarang dengan kemahuan sendiri dan fokus yang baik kita dapat menambah ilmu di dada juga dengan lebih baik.

Jika saya yang hidup di tanah kebun, ada beberapa target juga untuk berbudi kepada tanah dan membantu abah ummi di kebun kerana waktu persekolahan sebelah pagi, saya tidak dapat membantu mereka. Kehidupan kita berbeza maka target juga berbeza.

Kita selalu mendengar pepatah Arab yang bermaksud, masa ibarat mata pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu. Semasa di universiti, teman sebilik menampal sesuatu di boardnya. Saya masih boleh menggambarkan dengan jelas satu poster yang dihasilkannya sendiri. Pada poster tersebut ditulis , AWASI dan gambar mata pedang, KUAT MAKAN, KUAT TIDUR. KUAT MAIN. Bila dikenang kembali, tersenyum saya sendirian, tapi hati membenarkan apa yang ditulisnya.


Tiada lagi istilah cuti bagi kita. Setiap detik waktu moga terisi dengan perkara yang bermanfaat. Perkara yang meningkatkan iman dan ketaqwaan. Kita cuti dalam bekerja tapi kita tidak cuti dalam ibadah. Kita cuti dalam belajar tapi kita tidak cuti dalam mentaati Allah. Kita sentiasa bekerja dan belajar untuk memenuhi bekal yang akan dibawa ke penghidupan yang kekal nanti.

Sahabat-sahabatku, para pembaca dan diriku... berjaga-jagalah dengan ancaman  mata pedang. Usah biarkan ia memotong diri kita. Jangan biarkan diri kita tertipu oleh masa. Semuanya berbalik kepada diri kita, mind setting kita dan niat kita.

Choose-your-own!

Nov 19, 2011

Taubat Kerja Besar!

Assalamualaikum wbt.

Sebelum memulakan perkongsian kali ini, saya mohon para pembaca melupakan sebentar segala urusan seharian, pinjamkan mata, fikiran, akal dan hati kepada setiap patah kata yang saya coretkan di sini. Moga ia menjadi panduan kepada kita sebagai pengembara di muka bumi, pengembara di bumi asing, pencari makna kehidupan yang sebentar ini.

Kita selalu merasakan bahawa kita akan terlepas daripada dosa kerana tidak melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa. Namun, apakah kita tidak menyedari? Tanda orang yang diterima taubatnya ialah merasai diri belum suci daripada dosa sekalipun dilakukan taubat berkali-kali. 


Dari hari ke hari, kita menangguh untuk bertaubat, kita buat-buat lupa. Natijahnya, hati kita akan semakin kotor dengan tompok- tompok hitam (dosa). Kita tidak dapat menjiwai sepenuhnya kerana kita tidak nampak dosa yang telah kita lakukan dan betapa ia telah mengotori hati kita. Hati kita bertambah kotor dan menjadi keras. Lebih keras daripada batu. Jika air yang menitik dari dinding gua, lama-lama akan menghakis juga batu di atas tanah tetapi tidak kepada hati yang keras.



Apakah tanda-tanda hati yang telah keras?

Mari kita semak diri kita sama ada terdapat tanda-tanda yang akan saya sebutkan ataupun tidak. Tanda-tandanya dapat dilihat secara zahir walaupun dosa itu perkara yang ghaib. Inilah rahmat Allah supaya kita segera bertaubat. Tanda-tandanya ialah hati kita tidak sedikitpun takut melakukan dosa, tidak merasai nikmat kemanisan beribadat dan ketaatan kepada Allah dan akhirnya nasihat yang diberikan sedikit pun tidak mendatangkan kesan dan manfaat.

Abdullah Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa "Seseorang mukmin yang melihat dosanya bagaikan bukit yang akan runtuh, sedangkan bagi orang munafik melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap di hujung hidungnya maka akan diusirnya dengan tangan sahaja".

Bersegeralah bertaubat. Saya bagi contoh, kita seorang pelajar. Hari ini kita melakukan kesilapan dalam peperiksaan. Markah lulusnya ialah 40%, namun disebabkan kita bertangguh untuk menghadam satu topik sebelum peperiksaan walaupun telah diingatkan oleh guru atau pensyarah, kita gagal mendapat markah lulus sekurang-kurangnya. Hanya 39%. Guru berkata kepada kita,"Cikgu tak akan naikkan markah kamu jadi lulus. Biar jadi pengajaran pada kamu supaya ambil perhatian pada apa yang cikgu katakan". Betapa kita menyesal waktu itu tetapi penyesalan sudah tidak berguna. Keputusan sudah pun dikeluarkan.


Begitulah juga kita. Kita tidak mahu menjadi seorang yang papa di akhirat disebabkan dosa yang belum ditaubatkan. Bertaubat sangat sangat sangat penting. Harapnya, dapat meresap terus ke dalam hati kita saat ini. Dengan menyedari kepentingannnya sahaja maka anggota kita akan bekerja.

Tiap suruhan pasti ada caranya. Bagaimana kita mahu mengajak orang yang berkekalan dalam maksiat berkhidmat kepada Allah? Kita mesti bertaubat supaya dosa kita tidak menjadi penghalang kepada ketaatan yang kita lakukan. Pasti kita akan merasai kemanisannya. Taubat yang menjadikan amalan kita diterima oleh Allah swt. Taubat seperti hutang yang belum dibayar. Ibadat pula seperti hadiah sahaja.Maka ibadat tanpa taubat adalah ditolak oleh tuan empunya hutang. Empunya hutan tidak akan menerima hadiah sekiranya hutang wajib belum dibayar. Bagaimana kita memohon hajat kepada Allah sedangkan Allah murka kepada kita ?. Seumpama kita memuji sahabat kita sedangkan pada masa yang sama kita menyakiti hatinya. Ini bermakna pujian itu hanya seperti senda gurau.


Adakah kita berada di ambang taubat?

Beberapa tanda yang kita akan sedari jika kita berada di ambang taubat. Antaranya ialah mengingati perbuatan dosa amatlah buruk, mengingat bahawa balasan terhadap dosa itu amatlah buruk dan mendapati diri ini sangat kerdil dan tidak akan tertahan azab Allah swt.

Jika kita sudah dapat merasakan seperti saya nyatakan tersebut, ia akan menjadi pendorong utama kita untuk bertaubat. Ini bermakna taubat tidak memadai dengan rasa menyesal sahaja. Jika taubat itu disertai dengan rasanya hilang keseronokan dengan dosa yang dilakukan selama ini,ia belum dinamakan bertaubat. Ini kerana masih ada dalam hatinya perasaan ingin menikmati hasil daripada dosa yang dilakukan. Itu semua hanya penipuan syaitan kepada kita dan menjadikan kita makin jauh beribu batu daripada Allah swt.

Mati?

Jika kita mati selepas kita bertaubat, maka kita akan mati sebagai seorang hamba yag telah bertaubat kepada Allah dan belum sempat kembali kepada dosa. Kita tekad dan bulatkan hati untuk tidak kembali kepada dosa yang telah dilakukan. Moga-moga dengan rahmat dan sifat Allah yang Maha Pengampun akan mengampuni segala dosa kita.



Imam Ghazali,seorang tokoh falsafah Islam menegaskan bahawa jangan pula kerana kebimbangan ini, menghalang kita untuk bertaubat.

Oleh itu, kembalilah ke pangkuan Allah, bersegeralah memohon keampunan Allah yang pintunya sentiasa terbuka kepada semua hambanya yang ingin kembali berteduh di bawah rahmatnya dengan hati yang bersih daripada dosa.

Taubat tanpa jemu itulah resepinya!

Nov 18, 2011

Catatan Minggu Akhir

Assalamualaikum wbt.

Hari-hari akhir sekolah minggu paling sibuk, paling menguji kekuatan mental, pembahagian masa yang seadilnya.



Minggu ni paling obvious saya seorang pelupa....
Tiga hari terlupa bawak bekas pensel ke sekolah maka tiga hari tu jugak beli pen baru kat kedai buku.
Apalah erti cikgu kalau tak bawak bekas pensel ke sekolah?Apa yang sebenarnya saya fikirkan minggu ni hinggakan saya terlupa semua ni?

Minggu ini juga saya teruji dengan sesuatu. Suatu yang sungguh di luar jangkaan. Saban waktu air mata tertumpah laju tanpa dapat ditahan. Bila difikirkan kembali, pasti ada hikmahnya.
Terpaku lama saya dalam kesunyian malam. Menadah tangan, memohon diberi kekuatan menempuh ujian yang diberi. Allah Allah Allah.....

Mengingatkan diri kembali dengan firman Allah swt yang menuntut hambaNYA supaya BERSABAR.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: 
(Al-Baqarah 2:155)

Alhamdulillah wa syukur lillah, segala puji yang hanya layak kepada Allah swt, tekanan dapat diserap sedikit demi sedikit.

"Ya, Allah sesungguhnya dari Mu datangnya ujian dan dari Mu juga datangnya penyelesaiannya.
Sesungguhnya aku makin terpesona dengan kekuasaanMu, aku dapat melihatnya. Aku merasakan hangatnya kasih sayangMu. Kasih sayang yang tiada tolok bandingnya dengan segala dunia dan isinya."

Allahu Rabbi........


Nov 15, 2011

Mathematics in The Holy Quran

Assalamualaikum wbt.


Tadi terbaca kat blog someone, cara nak cari muka surat dalam Al-Quran pada permulaan juzuk kalau kita tak ingat.

Cara-cara :-

1. Tolak satu dari nombor juzuk yang diingini
2. darab 2
3. Letakkan nombor dua di belakang hasil darab.


Contoh : Juzuk 15

1.  15-1 = 14
2.  14 x 2 = 28
3. so jawapannya 282

Juzuk 15 bermula pada page 282.......




Buat lah eksperimen yg confirm menjadi pada quran masing-masing....(^__^).

Nov 14, 2011

Takkan Berpaling Dari Mu

Assalamualaikum wbt.


google image
Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
Yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Terima kasihku Ya Allah
Tuhanku anugerah-Mu
Anugerah-Mu

Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

by: Rossa

SPM 2011

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan kepada semua calon SPM 2011.

Ciptalah sejarah untuk diri sendiri......


 


 

Nov 13, 2011

Program Motivasi

Assalamualaikum wbt.


Saya baru pulang dari Temerloh setelah berada di sana selama beberapa hari, menjadi guru pengiring.
Pertama kali sampai ke Penderas. Sungguh mengagumkan. Sekolah ini adalah antara sekolah Asli terbaik di Pahang.

Lanskap sekolah yang menarik dan lengkap dengan pelbagai fasiliti.

Banyak sekali pengalaman baru yang dicedok di sana.

Semasa majlis penutup, kata-kata perasmi yang menarik perhatian ialah,
"Tiada yang mustahil. Orang Asli jika digilap bakatnya dan betul caranya, akan menghasilkan produk yang lebih baik daripada kaum lain sama ada dari segi akademik ataupun sukan".

Nothing impossible......

 Lakonan semula kumpulan yang telah menjuarai malam kebudayaan

 Penyampaian sijil penyertaan

 p/s : catat sesuatu di sini utk generasi akan datang + tidur awal + esok kursus lagi.....=p

Nov 9, 2011

The Actual Task

Assalamualaikum wbt.

Berkali-kali saya menaip sesuatu di sini kemudian saya memadamnya kembali. Seakan ingin berkongsi sesuatu namun tidak tahu ingin bermula dari mana dan saya rasakan itu bukan dari hati saya. Jika tidak dari hati, ia tidak akan masuk ke hati yang membaca.

Hari ini sibuk. Esok bakal sibuk dan begitulah hari-hari seterusnya. Tanggungjawab semakin bertambah. Tapi saya gembira dengan kehidupan sekarang. Fasa kehidupan yang lebih menuntut saya belajar melalui pengalaman. Jika dulu semasa zaman belajar, saya banyak mendengar dan belajar di dalam kelas formal. Kini, saya belajar melalui kesilapan dalam tugasan seharian kemudian dibantu tanpa jemu rakan yang berpengalaman. Belajar daripada kosong dan kemudian menyusun angka demi angka.

Jika mula dihitung, masih terlalu banyak belantara yang belum diteroka. Masih jauh puncak gunung yang perlu didaki sebelum tiba di puncak. Masih banyak stesyen yang perlu disinggahi sebelum terus mara ke destinasi yang dituju. Langkah kaki yang diatur masih terlalu perlahan. Saya cuba sedaya upaya menyelesaikan cabaran demi cabaran yang ada. Sungguh, jalan yang dilalui amat berliku walaupun kadangkala saya alpa dengan jalan lurus dan mudah yang ditempuh.



Saya sentiasa cuba memperbaharui niat, terjun ke bidang yang saya makin jatuh cinta hari demi hari. Mula melekap terus di sanubari. Perjuangan yang menuntut kesabaran dan pengorbanan. Jika dulu, saya kurang peka dengan orang lain, tapi sekarang saya makin faham apa itu hubungan sesama manusia. Jika dulu, saya sibuk dengan hal sendiri, tapi sekarang saya mula memimpin orang sekeliling melangkah bersama. Jika dulu, saya asyik fikirkan peperiksaan sendiri, berdebar menanti natijahnya, tapi sekarang makin berdebar menunggu keputusan anak didik.

Peluang keemasan yang diberikan Allah swt melalui jalan yang tidak disangka-sangka. Sungguh rezeki itu milik Allah swt. Jauh daripada jangkauan logik akal saya. Kebesaran yang ditunjukkan Allah swt sangat membuatkan saya berasa terlalu kerdil. Percaturan Allah swt Maha Hebat. Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Tiada kata sebenarnya yang dapat diungkapkan untuk melambangkan betapa saya berasa takjub dengan percaturan Yang Maha Esa.

Doakan saya terus mara ke hadapan. Menyampaikan agama dalam apa jua bidang ilmu yang diajar.
Kerana itulah kehendak agama kita. Kerana itulah kehendak Allah meletak saya di sini. Kerana itulah pilihan terbaik Allah swt untuk saya. Itulah 'task' yang mesti saya sempurnakan.

'Task' yang akan terhenti bila-bila masa dengan datangnya saat kematian!

Nov 8, 2011

Berat Sungguh!

Assalamualaikum wbt.

Kita selalu tak peka.
Kita selalu ambik mudah.
Kita selalu tak nampak.
Tak nampak JUJUR itu teramatlah penting.


Mudah sungguh kita menyebutnya.
Mudah sungguh kita menulisnya di kertas.
Mudah pula kita lupa.
Bahawa kata JUJUR itu perlu dibawa kemana-mana.


Mengharapkan manusia jujur kepada kita
Meraih simpat.
Menagih kasih sayang.
Adakah mereka JUJUR kepada kita?

Tersungkurkah kita berhadapan dengan
manusia yang tidak JUJUR?

Jika yang dipercayai mengkhianati KEJUJURAN?

SIAPAKAH YANG PALING JUJUR?
JUJUR DALAM SEGALANYA?

DIALAH
ALLAHU RABBI!

Nov 5, 2011

Salam Aidiladha 1432H

Assalamualaikum wbt.


                        Salam Aidiladha buat semua teman di alam realiti dan alam maya....:-p

Nov 4, 2011

My Mother

Assalamualaikum wbt.

.
Siapalah kita tanpa ibu.
Asal dari ruang yang sempit yang hanya memuatkan tubuh kita.
Dalam rahim ibu.
Menumpang zat ibu, kasih sayang, dan bergerak ke mana sahaja bersama ibu selama 9 bulan 10 hari.
Alangkah akrabnya kita dengan ibu.
Alangkah banyak kita membebani ibu dan menyusahkan ibu.
NAMUN, ibu tak pernah rasa terbeban.

Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana 
yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (A-li'Imraan 3:6)

Kini apakah balasan kita kepada ibu?
Walaupun kita tak akan pernah dapat membalas jasa IBU.


Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,
Siapakah orang yang seharusnya aku hormati?
Jawab Nabi SAW : Ibumu
Sesudah itu siapa lagi?, Jawab Nabi SAW : Ibumu


Sesudah itu siapa lagi?, Jawab Nabi SAW : Ibumu

Sesudah itu siapa lagi?, Jawab Nabi SAW : Bapamu

BEGITULAH Tiga kali penghormatan IBU yang lebih tinggi daripada ayah.
Menggantikan 3 pengorbanan ibu yang tidak dapat dilakukan oleh bapa iaitu:

  • Mengandung
  • Melahirkan
  • Menyusukan

Mari dengar sambil menghayati lirik lagu di bawah.....




Selamat Tinggal Ibuku



Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerna Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu

Semoga Diri Ibu Bahgia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang

Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu

Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku



Nov 1, 2011

Ustaz Azhar "Aurat Wanita Muslim"

Assalamualaikum wbt.


Hukum aurat wanita muslim dengan wanita non-muslim




Hukum wanita memakai stokin



Hukum Memakai Jeans