Pages

Nov 21, 2011

Awasi Masa Daripada Ancaman Mata Pedang

Assalamualaikum wbt.



Hari ini hari ke tiga cuti persekolahan. Secara zahirnya, sekolah bercuti maka kawanku telah berkata kepadaku hari Jumaat yang lalu, "Cikgu bestlah cuti. Cikgu yang lagi seronok daripada anak murid". Saya hanya tersenyum dengan kata-katanya. Seronok memang ada, fitrah manusia yang suka pada waktu senggang, waktu berehat.  Ada suatu perasaan yang menerjah ke dalam lubuk hati tatkala mengingatkan cuti.

Namun perasaan cuti kali ini cukup berbeza dengan cuti-cuti sebelumnya. Cuti semasa zaman sekolah, zaman belajar. Sungguh saya sudah memikirkan tentang waktu cuti yang diberikan Allah ini untuk mengisinya dengan seadilnya. Pembahagian masa amat penting. Jika dahulu, pulang dari asrama, erti cuti hanya untuk berehat di rumah, menonton televisyen. Semakin umur bertambah, fikiran semakin matang(Insya Allah). Saya tidak lagi menggambarkan masa cuti saya sekarang sama seperti gambaran waktu cuti semasa usia kanak-kanak dan remaja dahulu.

Saya sudah mengingatkan diri saya bahawa tiada lagi istilah cuti seperti zaman remaja. Walaupun tidak ke sekolah, saya telah merancang beberapa target utama yang mesti dicapai biiznillah sebelum bermula sesi persekolahan pada tahun hadapan. Jika waktu sekolah, saya tidak sempat untuk mengaji setiap kali selesai solat 5 waktu, saya boleh mengaji dan mentadabbur maksudnya tiap kali selesai solat 5 waktu. Buku-buku ilmiah, bukan majalah hiburan yang melalaikan juga boleh dihadam semuanya. Kalau dahulu, mahu tidak mahu kita mengulangkaji pelajaran kerana hendak exam, tapi sekarang dengan kemahuan sendiri dan fokus yang baik kita dapat menambah ilmu di dada juga dengan lebih baik.

Jika saya yang hidup di tanah kebun, ada beberapa target juga untuk berbudi kepada tanah dan membantu abah ummi di kebun kerana waktu persekolahan sebelah pagi, saya tidak dapat membantu mereka. Kehidupan kita berbeza maka target juga berbeza.

Kita selalu mendengar pepatah Arab yang bermaksud, masa ibarat mata pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu. Semasa di universiti, teman sebilik menampal sesuatu di boardnya. Saya masih boleh menggambarkan dengan jelas satu poster yang dihasilkannya sendiri. Pada poster tersebut ditulis , AWASI dan gambar mata pedang, KUAT MAKAN, KUAT TIDUR. KUAT MAIN. Bila dikenang kembali, tersenyum saya sendirian, tapi hati membenarkan apa yang ditulisnya.


Tiada lagi istilah cuti bagi kita. Setiap detik waktu moga terisi dengan perkara yang bermanfaat. Perkara yang meningkatkan iman dan ketaqwaan. Kita cuti dalam bekerja tapi kita tidak cuti dalam ibadah. Kita cuti dalam belajar tapi kita tidak cuti dalam mentaati Allah. Kita sentiasa bekerja dan belajar untuk memenuhi bekal yang akan dibawa ke penghidupan yang kekal nanti.

Sahabat-sahabatku, para pembaca dan diriku... berjaga-jagalah dengan ancaman  mata pedang. Usah biarkan ia memotong diri kita. Jangan biarkan diri kita tertipu oleh masa. Semuanya berbalik kepada diri kita, mind setting kita dan niat kita.

Choose-your-own!

2 comments:

Anonymous said...

hehe, milah update lagi kerap dari saya, bagus, bagus, hmmm betul juga ya, kuat makan, kuat tidur, kuat main!

Hazmi Al-Wafi said...

"Kewajipan yita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada.." Imam Hasan Al-Banna.

Moga kita tidak lalai dengan waktu lapang yang ada.Kerana tempat rehat HambaMya adalah di syurga sana.